-->

Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020

- March 02, 2020
Ramai orang mempunyai impian untuk membina empayar perniagaan sendiri. Lihat saja di negara kita ini, saban hari kita mendengar usahawan baru muncul dengan pelbagai jenis perniagaan samada pertanian, perkhidmatan, perlancongan, dan produk.

Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020

Apabila bercakap mengenai perniagaan, perkara pertama yang terlintas difikiran kita adalah “modal” memulakan perniagaan. Tidak dinafikan, ramai yang mahu berniaga tetapi mempunyai kekangan daripada segi kewangan.

Senarai Pinjaman Perniagaan Bagi Tahun 2020

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa senarai bantuan perniagaan untuk usahawan mohon. Bagi usahawan atau pemilik bisnes yang mencari pinjaman perniagaan (business loan) berikut dikongsikan antara organisasi kerajaan yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta.

1. TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Terdapat beberapa skim pinjaman perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:

  1. Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
  2. Skim Pembiayaan Teman TEKUN
  3. Skim Pembiayaan Program TemanNita
  4. Skim Pembiayaan Kontra-i
  5. AR-RAHNU TEKUN

Pinjaman yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi TEKUN Nasional.

2. PROSPER PUNB

PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan syari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan.

Sila layari Portal Rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.

3. SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.

Semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU.

4. Dana TERAS TERAJU

Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat telah menyertai program Teras manakala RM1.42 bilion pembiayaan telah diluluskan. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

5. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Antaranya:

  1. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  2. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  3. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  4. Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  5. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  6. MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  7. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan,

6. Program Peningkatan  Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS, termasuk perusahaan mikro, menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp.

Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Manakala, geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda bercadang untuk mengeluarkan Produk Kosmetik Jenama Sendiri, anda boleh melayari laman web www.produkjenamasendiri.com

Semoga perkongsian Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020 ini membantu anda dalam mencari agensi atau badan untuk membuat permohonan bantuan perniagaan nanti.

Sumber: Malaysia.gov.my

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search