-->

8 Tip Persediaan Sebelum Memulakan Perniagaan

- March 03, 2020
8 Tip Persediaan Sebelum Memulakan Perniagaan. Adakah anda masih dalam perancangan untuk menubuhkan syarikat perniagaan dalam masa terdekat? Kami pasti anda dalam usaha mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang boleh dijadikan asas kepada perniagaan itu nanti. Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tip untuk persediaan sebelum memulakan perniagaan.

8 Tip Persediaan Sebelum Memulakan Perniagaan

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.

Manakala Usahawan mengikut definasi Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan. Kita perlu mencari kaedah-kaedah bagi membantu mempercepat pembangunan pengurusan.

Usahawan/bakal usahawan yang ingin menjalankan perniagaan perlu membuat persediaaan rapi dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan perniagaan berkenaan bagi memastikan kejayaan entiti perniagaan tersebut.

Persediaan Sebelum Memulakan Perniagaan

#1 – Mendapatkan Khidmat Nasihat Pra-Perniagaan

Para usahawan disarankan untuk mendapatkan ilmu perniagaan secukupnya sebelum melangkah ke alam perniagaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Terdapat  beberapa agensi kerajaan yang menyediakan khidmat nasihat kepada bakal usahawan seperti berikut:
  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  2. Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB)

#2 -  Membuat Persiapan Diri

Sebagai seorang usahawan, kita bukan sahaja perlu bijak dalam mentadbir syarikat serta para pekerja sahaja, kita juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan dan menggaji pekerja, pastikan anda mempunyai ilmu dan kemahiran mengenai bidang perniagaan anda terlebih dahulu. Ia penting bagi memastikan anda benar-benar tahu apa yang para pekerja anda sedang lakukan dan dapat membantu jika mereka melakukann sebarang kesilapan.

#3 -  Perancangan Kewangan Syarikat

Kaedah yang digunakan bagi memastikan sesebuah perniagaan mempunyai cukup wang adalah:
Penyediaan rancangan kewangan (belanjawan).

Jangkaan. Ramalan dan analisis terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan pada masa hadapan.
Analisis. Kesan kepada prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan.

Penilaian. Tindakbalas kepada peristiwa atau keadaan yang dijangka akan berlaku.

Dua (2) proses penting dalam Merancang Kewangan Perniagaan iaitu:
  1. Merancang Masa Hadapan
  2. Mengawal Prestasi Perniagaan

#4 -  Mendapatkan Maklumat Lokasi & Premis Perniagaan

Memilih lokasi yang baik untuk perniagaan anda amat penting dari segi meningkatkan peluang anda untuk berjaya. Memilih tapak yang sesuai untuk perniagaan anda memerlukan pemikiran dan penyelidikan yang teliti untuk membuat keputusan yang bijak. Terdapat juga agensi-agensi yang menawarkan ruang niaga untuk disewa seperti  MARA, Pihak Berkusa Tempatan dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

#5 – Membuat Rancangan Perniagaan

Usahawan yang telah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk memulakan perniagaan perlu merangka rancangan perniagaan bagi memastikan segala aspek di dalam perniagaan di ambil kira termasuk keperluan kewangan, sumber dan operasi perniagaan.

Tujuan penyediaan kertas kerja ini bukan semata-mata bagi tujuan memohon pembiayaan daripada institusi kewangan, tetapi sebagai garis panduan kepada usahawan berkenaan tentang perniagaan yang diceburi.

Usahawan boleh mendapatkan maklumat daripada website agensi yang menawarkan contoh panduan Rancangan Perniagaan.

#6 – Memohon Program Usahawan

Para usahawan perlu menjalani aktiviti latihan keusahawanan bagi menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. Program‐program di bawah latihan keusahawanan biasanya meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO).

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan kepada usahawan untuk dipohon. Di antara agensi-agensi/badan berkanun yang menyediakan program usahawan adalah seperti berikut:
  1. Program Usahawan Di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  2. Program di bawah Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)

#7 – Menjalani Latihan Usahawan

Latihan usahawan adalah proses penambahan ilmu dalam bentuk latihan/ kursus/ seminar/ bengkel  yang disediakankan oleh Kementerian/ Agensi meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi, pengurusan am dan sebagainya.

Berikut adalah antara Kementerian /agens yang menyediakan latihan / kursus kepada usahawan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan bagi membangunkan perniagaan mereka.
  1. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  2. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  3. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  4. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
  5. SME Corp. Malaysia

#8 – Mendapatkan Maklumat Bentuk Perniagaan dan Direktori Usahawan

Bentuk Perniagaan

Secara umumnya, terdapat 2 (dua) bentuk perniagaan yang dijalankan di Malaysia iaitu:

1. Barangan
  • Memerlukan lokasi pengeluaran - kilang
  • Output dari pengeluaran adalah stok - yang boleh diangkut dan / atau disimpan untuk penjualan masa depan
  • Kos pengeluaran akan termasuk kos atau bahan mentah dan input lain ke dalam proses pengeluaran
  • Memerlukan hubungan rapat dengan pembekal
  • Kualiti boleh dibina kepada produk melalui reka bentuk dan proses pengeluaran yang baik yang direka untuk memastikan kualiti yang betul dicapai
  • Cukup mahal untuk ditubuhkan. Proses pengeluaran perlu dibuat dan bekerja sebelum barang dapat dihasilkan.


2. Perkhidmatan
  • Lokasi adalah tempat perkhidmatan diberikan - baik secara fizikal atau maya (virtual)
  • Ia tidak boleh disimpan. Sebuah kedai harus terbuka untuk dijual. Pendandan rambut perlu berada di sana untuk memotong rambut
  • Kos utama perniagaan perkhidmatan adalah orang yang terlibat.
  • Memerlukan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi
  • Kualiti diukur dengan kualiti perkhidmatan pelanggan. Lebih sukar untuk diuruskan
  • Agak mudah untuk memulakan perniagaan perkhidmatan, terutamanya menggunakan francais, di mana format perniagaan telah ditubuhkan

Maklumat lanjut mengenai jenis-jenis perniagaan boleh dirujuk di Portal SMEInfo.

Jenis-Jenis Perniagaan

Di Malaysia terdapat lima (5) jenis perniagaan yang berlaku, anda perlu mengetahui dan memilih perniagaan tersebut berdasarkan posisi anda, kebolehan tersebut dilihat dari sudut kekuatan kewangan, kemahiran pembaca dan pengetahuan anda dalam menjalankan, membangun dan menanggung risiko perniagaan tersebut. Lima (5) jenis perniagaan tersebut ialah :

1-  Pemilikan tunggal/Enterprise

Perniagaan milikan tunggal atau enterprise merupakan perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Nama syarikat atau perniagaannya juga digunakan atas nama persendirian atau pemilik itu sendiri. Perniagaan ini didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tempoh masa untuk mendaftar perniagaan ini hanya 1 jam sahaja di kaunter SSM. Kebiasaannya modal yang digunakan oleh perniagaan ini adalah kecil, Sumber modal pula yang diperoleh juga kecil daripada harta pemilik sendiri, pinjam daripada keluarga, rakan-rakan yang dipercayai dan juga bank yang menawarkan pinjaman mikro. Contoh perniagaan seperti kedai runcit, kedai kasut dan sebagainya.

2.  Rakan Kongsi/Perkongsian

Perniagaan perkongsian sama seperti milikan tunggal, cuma ia memiliki lebih satu (1) orang dan tidak lebih 20 orang pemilik. Perniagaan ini di bawah Akta Perkongsian 1961. Modal yang biasanya diperolehi dari ahli perkongsian atau pinjaman bank  Keuntungan syarikat dibahagi mengikut modal dan kerja dan persetujuan bersama ahli syarikat. Begitu juga dengan kerugian syarikat perlu dikongsi bersama. Contoh perniagaan perkongsian ialah firma perakaunan, firma guaman dan sebagainya.

3.  Sendirian Berhad/Sdn Bhd

Perniagaan Syarikat Sdn Bhd merupakan satu perniagaan yang didaftarkan dibawah akta Syarikat 1965 tetapi mutakhir ini, akta ini telah digantikan dengan akta yang baru iaitu akta Syarikat 2016. Contoh syarikat Sdn Bhd yang mana ada tertulis dibelang nama syarikat tersebut Sdn Bhd seperti syahlam Sdn Bhd, Terus Maju Sdn Bhd dan sebagainya. Pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah 2-50 0rang sahaja.

Liabiliti syarikat tidak melibatkan harta peribadi pemilik, liabiliti Sdn Bhd adalah terhad. Jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat atau bankrapsi, kerugian ini tidak melibatkan harta pemilik tetapi yang rugi adalah syarikat, bukan pemilik. Hal ini merupakan satu kelebihan syarikat Sdn Bhd.

4.  Berhad/Awam berhad

Bagi Takrifan syarikat awam berhad ini yang mudah difahami adalah, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia boleh dijual beli oleh ‘public’ atau orang awam. Sebagai contoh, syarikat TM, Padini, Aeon, Petron, Nestle dan banyak lagi.

Bilangan pemilik minimum adalah 2 orang dan maksimum adalah tidak terhad.  Liabiliti atau hutang adalah terhad, yang membawa maksud tidak melibatkan harta peribadi. Modal syarikat ini diperoleh daripada penjualan syer kepada orang ramai, minimum untuk membeli syer syarikat awam berhad adalah 100 unit dan harga bergantung pada harga syarikat pada hari tersebut. Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia setakat Mei 2019 boleh dimuat turun di sini.

5.  Koperasi

Tujuan penubuhan koperasi adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi ahli-ahli dalam koperasi. Ahli dalam koperasi mestilah sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang aktif, sekiranya daripada 50 orang ahli itu sorang tidak aktif maka syarikat koperasi itu tidak dapat dijalankan.

Penubuhan Koperasi ini tertakluk dibawah akta Koperasi 1993 yang mana ahli mempunyai hak mendapat keuntungan melalui dividen sekiranya koperasi mendapat keuntungan. Ahli koperasi juga berhak mengundi Ahli pengarah mereka di dalam Annual Grand Meeting. Syarikat koperasi perlu mendaftar  di bawah Suruhanya koperasi Malaysia (SKM).

Maklumat lanjut untuk memilih jenis-jenis perniagaan boleh dirujuk di Portal SMEInfo.

Direktori Perniagaan Usahawan

Berikut adalah senarai direktori perniagaan yang boleh membantu para usahawan mencari maklumat mengenai perniagaan yang diceburi. Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  1. Direktori Perniagaan Malaysia, carian berdasarkan nama syarikat/perkhidmatan beserta serta lokasi. 
  2. Direktori Usahawan GiatMARA, senarai usahawan di bawah GiatMARA 
  3. Direktori Usahawan PUNB, senarai usahawan Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB)  
  4. Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) 

Satu koleksi sumber informasi produk dan perkhidmatan yang komprehensif dari organisasi awam dan swasta, tersedia untuk usahawan.

Buat pencarian untuk tawaran perkhidmatan sedia ada merangkumi lebih 700 sumber informasi daripada 180 organisasi.

Direktori ini adalah platform rujukan maya kepada semua maklumat, rujukan dan sumber informasi yang terdapat di dalam ekosistem keusahawanan Malaysia dan antarabangsa.

Mulakan pencarian anda sekarang! Cari sumber sedia ada atau tambah sumber asal milik anda, secara percuma.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search