Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020

- March 02, 2020
Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020. Adakah anda sedang merancang menubuhkan perniagaan dalam masa terdekat? Terdapat banyak bantuan dan geran yang pihak kerajaan sediakan untuk usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan Bumiputera.
Berita baik kepada golongan belia Bumiputera yang berminat menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada tiga tahun. Terdapat Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) yang anda bakal miliki.

Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020

Untuk makluman menerusi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) akan meneruskan program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) dengan memperuntukkan RM15 juta kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi tahun 2020.

Program ini yang berasaskan pertandingan itu menawarkan hadiah dalam bentuk Geran Pembangunan Perniagaan bernilai sehingga RM500,000 kepada usahawan belia Bumiputera berumur di antara 21 dengan 40 tahun.

Permohonan dijangka dibuka pada bulan April 2020 dan permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SUPERB.

Apa Itu Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera?

Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau lebih dikenali sebagai SUPERB adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan. Program ini yang pernah dilancarkan sejak tahun 2014 diwujudkan bertujuan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan.

Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera 2020 (SUPERB) 

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan proses pemilihan :

Syarat Kelayakan Program SUPERB 

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
  2. Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.
  3. Fasa projek:

i) Idea / Prototaip (Nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
ii) Pra Komersial / Komersial (Nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)

Cara Permohonan SUPERB Online 


  1. Semua permohonan SUPERB perlu dihantar melalui portal rasmi SUPERB secara dalam talian di https://superb.teraju.gov.my/.
  2. Daftarkan diri dan log masuk profil anda.
  3. Isikan permohonan program SUPERB anda dan Ahli Kumpulan (jika ada).
  4. Masukkan pautan YouTube video anda.
  5. Sila pastikan video anda berada dalam kategori "Unlisted".
  6. Sila salin pautan YouTube video anda dan tampal di borang permohonan anda.
  7. Semak terma dan syarat dengan teliti. Klik tanda 'tick' pada ruangan disediakan.
  8. Klik butang 'Hantar' dan selesai. 


Makluman Penting:

Anda dibenarkan menghantar seberapa banyak idea yang anda mahu. Permohonan akan diluluskan hanya satu sahaja.

Keputusan rasmi permohonan akan dimaklumkan menerusi emel yang berdaftar.

Proses Pemilihan Program SUPERB 

Permohonan yang diterima akan disaring dan dinilai berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta keupayaan perniagaan.

Permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk bersaing di sesi "Business Challenge"
Idea perniagaan yang terpilih akan mara ke separuh akhir dan pemohon akan menjalani sesi "Boot Camp" sebelum melakukan pembentangan di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB.

Sekiranya layak ke peringkat akhir, pemohon dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional.

Untuk makluman lanjut tentang SUPERB, sila layari ke laman web rasmi SUPERB atau emel di superb@teraju.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2020 ini membantu anda dalam proses menyertai dan memenangi geran pembangunan perniagaan SUPERB nanti.

Semoga berjaya!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search