Penjual Dan Pembekal Mesin Aiskrim Lembut Di Malaysia. Perniagaan aiskrim sememangnya perniagaan yang sentiasa laku. Siapa agaknya yang tdak suka makan aiskrim? Kecuali mereka yang ada masalah gigi sensitive dan pantang saja yang tak makan aiskrim, boleh dikatakan 90% rakyat dunia ni boleh makan aiskrim. Sebab itulah, bisnes aiskrim sentiasa mendapat sambutan dari pelanggannya lebih-lebih lagi ketika musim panas.

Bisnes aiskrim adalah bisnes yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Tidak hairanlah, ramai orang sekarang mahu menjalankan bisnes aiskrim ni. Namun, nak buat bisnes ini bukannya mudah anda perlukan pengetahuan serba sedikit berkaitan aiskrim juga.


Harga Mesin Aiskrim Lembut

Ramai yang PM kami..

Berapa harga mesin aiskrim lembut atau dalam Bahasa orang putihnya, “Soft Ice Cream Machine” ?
Soalan ini terlalu subjektif..sebab ada banyak jenama mesin soft aiskrim yang ada dipasaran..kebanyakkannya Made In China! Namun, harga dan jenama yang berbeza mengikut bajet dan aiskrim yang anda nak jual nanti.

Nak tahu harga mesin aiskrim, baca artikel kami dibawah..


Bajet harga dah dapat, tapi dimana nak beli mesin aiskrim ni? Hurmm..baca sampai habis ya..


Pembekal/Penjual Mesin Aiskrim

Jika anda baru nak memulakan bisnes aiskrim ini..sebenarnya, ada 3 pilihan yang anda boleh buat untuk dapatkan mesin aiskrim..


#1 – Sewa Mesin Aiskrim

Kini, ada syarikat yang menawarkan sewaan mesin aiskrim kepada peniaga. Kadar sewaan tersebut bergantung kepada perbincangan anda dengan mereka. Misalnya, pihak syarikat tersebut kenakan sewaan sebanyak RM300 sebulan, jika keuntungan anda dalam sebulan adalah RM1000 maka, RM1000-RM300, anda masih untung RM700 sebulan!


#2 – Beli Mesin Aiskrim Second Hand

Penjual Dan Pembekal Mesin Aiskrim Lembut Di Malaysia

Jika anda mempunyai modal yang sedikit untuk memulakan bisnes aiskrim, belilah mesin aiskrim “second hand” dengan harga yang lebih murah. Anda boleh dapatkan mesin aiskrim second hand di laman web seperti Mudah.my, Lelong.com.my, Corousell.com dan penjual mesin aiskrim yang ada di facebook. Harga yang ditawarkan selalunya masih boleh dibawah runding sampai jadi.


#3 -  Beli Mesin Aiskrim


Membeli mesin aiskrim yang baru memang perlukan modal yang tinggi. Penjual mesin aiskrim juga ada yang local dan ada yang luar negara. Kebanyakkan produk dari China maka, anda perlu beli dari laman web Alibaba, Taobao atau 1688. 

Penjual Dan Pembekal Mesin Aiskrim Lembut Di Malaysia


Nota: Dapatkan panduan membeli atau borong produk dari China dengan mudah di Taobao – Rahsia Borong Taobao.com dan 1688 – Rahsia Borong 1688.com untuk lebih selamat dan mudah!

Dimana nak letak mesin aiskrim nanti? Lokasi yang biasa menjadi tumpuan orang adalah lokasi yang paling strategic..misalnya, kawasan sekolah, pasar, fun fair, supermarket, dan sebagainya. Jika rezeki lebih, anda juga sewakan mesin aiskrim untuk majlis perkahwinan, tuning, harijadi dan event-event tertentu.

Semoga dengan perkongsian Penjual Dan Pembekal Mesin Aiskrim Lembut Di Malaysia ini bermanfaat untuk anda.

Join Chanel Telegram :  https://t.me/Rahsia1688 untuk lebih info tentang borong China

Salam Sukses!