-->

7 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil

- October 07, 2018
7 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil. Masalah kewangan adalah alasan yang salah untuk memulakan sesuatu bisnes. Masalah kewangan juga adalah alasan yang salah untuk tidak memulakan bisnes.  Apabila seseorang kata dia ingin memulakan bisnes kerana ada wang, saya katakan fikir habis-habis. Banyak lagi cara untuk “buat duit” tanpa buat bisnes. Satu cara yang lebih selamat ialah melabur dalam saham amanah.

Begitu juga apabila ada orang kata mereka tidak memulakan bisnes kerana tidak banyak wang. Banyak cara boleh buat bisnes tanpa menggunakan wang yang banyak. Misalnya, menjual produk dropship atau menyertai program affiliate!

7 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil

Bagaimana untuk memulakan bisnes dengan modal kecil atau tanpa modal?


1. Mulakan secara separuh masa

Bagi anda yang mempunyai kerjaya, usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Mulakan dulu bisnes sewaktu bekerja. Untuk “set-up” bisnes, tak perlu berhenti kerja sepenuh masa. Gunakan waktu malam atau rehat untuk buat bisnes. Sewaktu bekerja, anda tidak tertekan. Anda boleh gunakan waktu ini untuk berfikir dan merancang bisnes separuh masa anda. Ramai yang mula bisnes sebegini dan akhirnya berhenti kerja kerana bisnes semakin maju.


2. Mulakan bisnes dari rumah

Ramai orang memulakan bisnes dari rumah, dan apabila bisnes berkembang barulah berpindah ke pejabat. Usah terikut-ikut dengan orang lain yang ghairah mempunyai pejabat besar pada awal bisnes. Hari ini, ramai orang menjadikan “Starbuck” atau “Coffee Beans” sebagai pejabat. Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, anda boleh memulakan bisnes hanya dihujung jari.


3. Sewa peralatan, usah beli

Usah beli lori, sewa lori. Kos membeli sebuah lori boleh mencecah RM100,000. Lori yang sama boleh disewa dengan RM7,000 sebulan. Selepas beberapa bulan dan bisnes mula berkembang, barulah beli lori. Ketika itu kita sudah ada wang tunai yang lebih banyak berbanding masa anda baru mula berbisnes.


4. Beli barangan terpakai

Siapa kata nak mula bisnes mesti beli barangan baru. Meja dan kerusi terpakai jauh lebih murah dari perabot baru. Begitu juga laptop terpakai sudah cukup memenuhi keperluan bisnes kita pada peringkat permulaan. Bila dah maju, anda boleh lah membeli peralatan baru nanti.


5. Ikat perut

Sebahagian besar usahawan berjaya, ikat perut pada peringkat awal bisnes. Usah berlagak seperti jutawan belanja orang sana sini. Sekiranya berjumpa orang di kedai makan, biarkan dia bayar. Berhenti makan di coffee house hotel lima bintang atau restoran mewah. Cukup makan di gerai dan nasi bungkus saja. Makanan ini bukan saja sedap, tetapi murah malah sesuai dengan bajet kita. Bila dah Berjaya nanti, awak pula yang belanja orang lain hehe!


6. Berniaga pada bulan Ramadan

Orang mempunyai nafsu membeli yang tinggi pada bulan Ramadan. Berniaga pada bulan ini. Selain berniaga di bazar Ramadan, boleh juga berniaga pakaian atau kuih raya. Kumpulkan keuntungan pada bulan Ramadan untuk buka bisnes lain selepas raya!


7. Beli Ebook Panduan Berniaga, Usah Membazir Hadir Kursus Yang Mahal

Ketika ini, ada banyak buku digital yang dijual secara online. Tanpa perlu membeli buku yang dijual dikedai buku, susah nak simpan dan mungkin dimakan lipas dirumah. Ebook adalah buku digital dalam bentuk PDF yang boleh disimpan didalam telefon pintar anda. 

Jika anda nak menghadiri kursus, mungkin anda akan membelanjakan RM300 hingga RM5000 belum termasuk membeli peralatan perniagaan nanti. Dengan ilmu dan teknik yang sama, anda boleh dapatkan dalam Ebook dengan harga RM30 hingga RM100 sahaja.

Dibawah ini kami kongsikan dengan anda beberapa Ebook untuk panduan anda memulakan bisnes nanti. Pilihlah mana yang bersesuaian dengan bisnes yang anda akan jalankan nanti.

7 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil



Semoga dengan perkongsian 7 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil ini dapat memudahkan anda merealisasikan impian anda berbisnes nanti.

Semoga Berjaya!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search