-->

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

- October 15, 2020

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) | Perhatian dan berita baik kepada belia-belia di seluruh negara, program TUBE telah mula dan boleh membuat permohonan bermula dari 15 Oktober 2020.

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)



Latar Belakang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27 - 29 Mac 2014. Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera pada tahun 2014.

Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.


Maklumat Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:

  1. memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  2. anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
  3. membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar. Ini dilaksanakan menerusi tiga (3) Fasa pelaksanaan, iaitu :

Fasa Pertama

Peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.

Fasa Kedua

Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.

Fasa Ketiga

Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.


Kriteria & Syarat Kelayakan Permohonan

Kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi adalah :

1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN;

2. Telah mendaftarkan perniagaan kurang 12 bulan / telah menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan.

  • Hanya mengambil kira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
  • Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa Sesi Temuduga.

3. Sihat tubuh badan / tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian

4. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senaraihitam oleh bank;

  • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon

5. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.

  • Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.

6. Bagi pemohon pasangan suami isteri, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan

  • Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri untuk setiap pengambilan.

7. Pemohon tidak bekerja / telah diberhentikan kerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan

8. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.

9. Keutamaan akan diberikan kepada

  • Pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran / telah diberhentikan kerja, namun mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya


Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) @ PENJANA

1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera sebelum mengemukakan permohonan

2. Permohonan dalam talian dibuka mulai 15 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

4. Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-

  • Permohonan dalam Talian - 15 Oktober 2020 - 25 Oktober 2020
  • Saringan Permohonan - November 2020
  • Sesi Temuduga - November 2020
  • Latihan Dalam Talian - Januari - Mac 2021 (secara berperingkat)
  • Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) - Mei 2021 - April 2022 (mengikut batch latihan dalam talian)
  • Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.

5. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang "Sah & Hantar"

6. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang "Sah & Hantar".

7. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.

Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Maklumat lanjut, layari >>> https://tube.smecorp.gov.my/

Semoga membantu Usahawan Belia Bumiputera kita!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search