-->

Berapa Rate Harga Yuran Tuisyen Nak Letak?

- October 02, 2020

Berapa Rate Harga Yuran Tuisyen Nak Letak?  Baiklah! Kali ini saya nak cerita sikit pasal kadar harga yuran tuisyen yang boleh kita tetapkan untuk khidmat tuisyen yang kita tawarkan!

Berapa Rate Harga Yuran Tuisyen Nak Letak


Untuk peringkat permulaan ini... saya amat sarankan anda, letakkan harga pada kadar yang rendah terlebih dahulu!

Sebabnya, anda baru sahaja hendak bermula dan anda masih belum ada banyak pengalaman lagi. Jadi, tujuan anda letakkan harga yang sedikit rendah ini adalah untuk membolehkan anda mendapatkan seramai mungkin pelanggan yang mana sekaligus, akan membolehkan anda menambah pengalaman.

Pengalaman dari segi mengajar, pengalaman berurusan dengan parents, pengalaman berkomunikasi dengan pelbagai "peel" dan ragam pelajar..... pengalaman-pengalaman ini penting untuk menjadikan anda guru tuisyen yang hebat kelak!

Jadi, saranan saya, untuk peringkat permulaan, letakkan dulu pada harga yang rendah.. mungkin sekitar RM30 untuk sesi 1 jam.

Kemudian, selepas 6 bulan atau selepas setahun, barulah anda naikkan kadar harga ini sedikit demi sedikit, selari dengan pengalaman anda serta permintaan yang anda perolehi. Sampai satu masa nanti, anda mungkin terpaksa menolak pula dan boleh memilih pula.. pelajar mana yang mahu anda ajar dan yang mana anda terpaksa tolak.

Pada waktu itu, mungkin anda boleh naikkan kadar anda hingga kepada RM 80 sejam atau RM100 sejam? Ya! Ada sesetengah parent, sanggup keluakan yuran setinggi itu kerana mereka melihat, anak mereka sangat serasi dan gembira belajar dengan anda... sampaikan anak mereka, tidak mahu belajar dengan cikgu lain.. hanya dengan anda sahaja!

Jika anda sudah capai pada tahap itu... Bolehlah anda letakkan yuran yang tinggi sedikit.. :)

Baiklah! Itu sahaja tips untuk kali ini!

Untuk ilmu yang lebih padat dan lengkap tentang bagaimana memulakan bisnes home tuisyen ini, anda boleh dapatkan ebook yang saya tulis di www.BisnesHomeTuition.com

Semoga membantu!


Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search