-->

Langkah-Langkah Memohon Pengeluaran i-Lestari Melalui i-Lestari Online

- April 15, 2020
Langkah-Langkah Memohon Pengeluaran i-Lestari Melalui i-Lestari Online. Sejak 1 April 2020 lagi, ahli KWSP yang menyimpan dibolehkan untuk membuat pengeluaran i-Lestari melalui akaun 2 ahli. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Langkah-Langkah Memohon Pengeluaran i-Lestari Melalui i-Lestari Online

Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Untuk lebih memahami konsep am pengeluaran i-Lestari ini, dibawah merupakan huraian i-Lestari:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Kelayakan Ahli Untuk Memohon Pengeluaran i-Lestari


  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2


Amaun Yang Layak Dikeluarkan Oleh Ahli Di Bawah Pengeluaran I-Lestari

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tarikh Bayaran Untuk Permohonan Yang Diluluskan Akan Dibuat Kepada Ahli

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

Cara Permohonan Borang Permohonan Pengeluaran I-Lestari

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 
46720, Petaling Jaya.

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

Langkah-Langkah Untuk Ahli Memohon Pengeluaran I-Lestari Melalui I-Lestari Online

Langkah-langkah untuk memohon melalui i-Lestari Online adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online.
  2. Masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.
  3. Pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.
  4. Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Pastikan akaun bank simpanan/semasa yang masih AKTIF.
  5. Klik pada kotak perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.
  6. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang HANTAR.

Langkah-Langkah Untuk Ahli Menyemak Status Permohonan Pengeluaran Melalui I-Lestari Online

Langkah-langkah untuk Ahli menyemak status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses semakan status melalui i-Lestari Online.
  2. Klik pada tab SEMAK STATUS.
  3. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.
  4. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

Diharapkan dengan perkongsian Langkah-Langkah Memohon Pengeluaran i-Lestari Melalui i-Lestari Online ini dapatlah membantu anda memahami serba sedikit langkah permohonan pengeluaran i-Lestari kwsp.

Usah tergesa-gesa untuk memohon, pastikan anda benar-benar memerlukan pengeluaran ini. Jika masih mampu, biarkan simpanan dihari tua anda ini didalam akaun 2.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search