Permohonan Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Sabah (SPUBS) | Adakah anda usahawan yang mahu mendapatkan pembiayaan dengan SEDCO? SEDCO merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Negeri) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Persekutuan) dengan penglibatan dalam aktiviti komersial yang meliputi sektor-sektor pembuatan, pembangunan harta tanah, perdagangan dan perkhidmatan.
Objektif penubuhan SEDCO adalah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menyediakan infrastruktur industry komersial, bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan dan berdikari dari segi kewangan.
Fungsi-Fungsi SEDCO Yang Perlu Diketahui
Ramai usahawan baru mungkin kurang faham dengan peranan dan fungsi SEDCO. Ini adalah antara fungsi SEDCO yang perlu kita ketahui:
- Menggiatkan pertumbuhan ekonomi terutamanya sektor perindustrian
- Menyediakan prasarana perdagangan dan perindustrian moden yang meliputi perancangan dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur
- Membantu menningkatkan imej Sabah sebagai destinasi perdagangan yang menarik dan kondusif
- Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Sabah (SPUBS) boleh dipohon untuk anda yang berminat memajukan perniagaan anda.
SPUBS diwujudkan dengan tujuan untuk memberi kemudahan pinjaman kepada usahawan Bumiputera di seluruh negeri Sabah untuk mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Jenis-Jenis Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Sabah
SPUBS mempunyai empat (4) jenis skim iaitu:
- Skim Usahawan Bumiputera
- Skim Usahawan Wanita
- Skim Usahawan Mesin dan Jentera IKS
- Skim Usahawan Lepasan Teknik & Pekerja Bengkel
Butiran Pembiayaan SPUBS
Untuk anda yang hendak memohon skim pembiayaan SPUBS ini, berikut adalah butiran pembiayaan yang anda akan perolehi nanti:
- Had Pembiayaan: RM 10,000 – RM 50,000
- Caj Perkhidmatan: 3 % - 4 %
- Tempoh Pembiayaan: RM 35,000 kebawah Maksimum 5 Tahun & RM 35,000 keatas Maksimum 7 Tahun
Tujuan Pembiayaan SPUBS
Pembiayaan ini hendaklah bertujuan untuk modal pusingan, pengubahsuaian premis, pembelian mesin, pembungkusan dan lain-lain permohonan bergantung dengan Rancangan Perniagaan (RP) yang dikemukakan.
Syarat-Syarat Pembiayaan Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Sabah (SPUBS)
- Berumur 21 hingga 55 tahun
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera Sabah
- Perniagaan telah beroperasi lebih 6 bulan (Enterprise) & 1 Tahun (Sdn Bhd)
- Mempunyai Lesen Perniagaan yang Sah & Premis perniagaan yang tetap
- Mempunyai Rekod Kewangan/Perniagaan yang baik.
- Mepunyai Pengetahuan & Pengalaman dalam bidang yang diceburi.
- Pemohon mestilah menjalankan sendiri perniagaan atau menjadi pemegang majority dalam syarikat
- Mepunyai rekod bayaran pinjaman yang baik dari mana-mana institusi kewangan lain (jika ada)
- Tiada Perintah Kebankrapan (Pemohon dan Penjamin)
- Penjamin diperlukan untuk setiap jumlah pinjaman
- Pemohon wajib mengikuti kursus anjuran SEDCO/SEDCOVEST
- Melengkapkan borang permohonan serta dokumen-dokumen yang diperlukan
- Menyediakan Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap
- Cagaran dan Jaminan adalah Penjamin peribadi
- Perlu mengemukakan Salinan CCRIS dan CTOS
Untuk melakukan permohonan kepada SEDCO, anda boleh menghubungi BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEDCO talian dan email dibawah:
No Telefon : 088-266777
(ext: 258 – Pn. Roszariah)
(ext: 257 – Pn. Syamsuriyana)
(ext: 259 – En. Ag Zulfadli)
No Faks : 088-219179
Email :
roszariah.awang@sedco.com.my
syamsuriyana.iskandar@sedco.com.my
agzulfadli.abmanan@sedco.com.my
Download Borang Permohonan Skim Pembiayaan Bumiputera Sabah (SPUBS) – Borang Permohonan
Sumber: www.sedco.com.my
Advertisement
EmoticonEmoticon