-->

Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia

- August 29, 2019
Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia | Pertanian dan Penternakan adalah perniagaan. Pengusaha tanaman mahupun penternak haiwan seperti lembu, kambing, ayam dan ikan pada akhirnya akan menjual hasil tanaman dan ternakan mereka, perniagaan selalunya bermula dengan minat. Walaubagaimanapun, ada juga yang memulakan dengan niat berniaga dahulu baru berubah kepada minat.

Misalnya, penternakan ikan talapia. 

Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia

Penternakan ikan talapia merupakan pilihan ramai untuk perniagaan disebabkan 9 faktor utama seperti:-

Faktor 1 : Mempunyai pasaran
Jika dilihat dimana-mana pasaraya, ikan tilapia antara ikan yang dijual disana. Ianya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana harga yang lebih murah berbanding ikan lain. Di restoran juga banyak resepi ikan tilapia yang dihidangkan. Kalau masak asam pedas dan goring sambal pun memang sedap ikan ni.

Faktor 2 : Tumbesaran yang cepat
Ikan tilapia antara ikan yang mudah untuk diberi makanan. Dengan menyediakan palet sahaja, ikan ini mampu membesar dengan cepat. Kadar tumbesaran yang cepat ini meningkatkan kadar kebolehjualan ikan tersebut. Lebih cepat besar, lebih cepatlah ikan itu terjual.

Faktor 3 : Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
Dengan bentuk yang menarik, menampakkan isi ikan yang banyak ini memang orang sentiasa akan beli.

Faktor 4 : Tulang yang sedikit
Ikan talapia antara ikan yang tidak mempunyai tulang yang banyak berbanding ikan popular lain seperti ikan bahulu dan ikan terubuk.

Faktor 5 : Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
Daging ikan talapia yang berwarna putih dan tebal membuatkan sesiapa pun yang makan akan rasa enak.

Faktor 6 : Tahan kepada perubahan persekitaran
Jika anda pernah buat kolam di kampung dan memelihara ikan talapia, ianya memang tahan dengan perubahan persekitaran. Selagi ada sumber makanan dan air ikan ini mampu bertahan lama di dalam kolam tersebut.

Faktor 7 : Tempoh menternak yang singkat
Ikan talapia boleh dituai seawal 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gram seekor.
Faktor 8 : Teknologi untuk pengeluaran komersial yang sedia ada
Sekarang ini, teknologi untuk pengeluaran ikan talapia semakin canggih dan meningkatkan pasaran sehingga ke luar negara. Ikan ini boleh dijual secara segar di pasaraya, pasar ikan dan secara frozen untuk di eksport ke luar negara.

Faktor 9 : Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk
Dengan keenakkan daging ikan talapia, ianya mempunyai banyak bentuk produk yang boleh dibuat seperti fish ball, keropok dan sebagainya.

Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia

Berita baik untuk anda yang nak menceburi bidang penternakan ikan talapia, saudara Muhammad Zhafran mahu berkongsi ilmu tentang permulaan hingga kejayaan beliau menjadi usahawan ikan talapia.

Tak perlu ikut kursus, tak perlu membayar yuran ratusan ringgit untuk mendapatkan ilmu penternakan ikan talapia ini.

Perkenalkan dengan anda..SEBUAH E-BOOK (BUKU DIGITAL DALAM BENTUK PDF)


PANDUAN MENTERNAK IKAN TALAPIA DI DALAM KOLAM TANAH

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

BAB 1: PENGENALAN IKAN TILAPIA
Mengandungi info asas pengenalan mengenai ikan tilapia seperti potensi penternakan,  jenis-jenis spesis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.

BAB 2: PERIHAL KOLAM 
Maklumat lengkap berkaitan kolam. Dari mula mengenalpasti jenis kolam, lokasi yang sesuai untuk membina kolam, pengiraan kos membuat kolam, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membina dan mengurus kolam.  Turut diceritakan di dalam bab ini tentang aspek jadual pembersihan kolam .

BAB 3: BENIH IKAN
Bagaimana memilih benih ikan yang terbaik, berapakah saiz yang sesuai dan berapakah harganya? Berapa banyak benih yang diperlukan? Dimana mahu mendapatkan bekalan benih ikan? Semuanya ada di ceritakan di dalam bab ini

BAB 4: MAKANAN IKAN
Kolan dan selesai! Benih pun dah selesai! Sekarang, masuk pula bab makanan! Apakah makanan yang sesuai untuk ikan tilapia? Setiap peringkat tumbesaran ikan tilapia, memerlukan makanan yang berbeza! jadi, ketahui segala hal tentang makanan ikan di dalam bab ini!

BAB 5: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI 
Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri yang boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan serta alatan-alatan yang perlu ada.

BAB 6: PENYAKIT IKAN  & CARA RAWATAN
Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.

BAB 7: PENJUALAN HASIL TERNAKAN
Bagaimana untuk menuai hasil ternakan? Berapakah harga jual yang mahu diletakkan? Kepada siapa ikan-ikan ini boleh dijual? Apakah faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan? Semuanya di tunjukkan dalam bab ini!

BAB 8: KESILAPAN-KESILAPAN PENTERNAK IKAN
Ini adalah antara bab yang paling penting! Tidak ramai penternak yang ingin berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan mereka kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu sedang mengusahakan projek penternakan ikan ini! Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang seringkali dilakukan oleh pengusaha penternakan ikan. Info di dalam bab ini sahaja mampu menyelamatkan berpuluh-puluh ribua wang anda!

BAB 9 : RISIKO PENTERNAKAN
Eh? Siapa kata menternak ikan tilapia ini tiada risiko? Dalam bab ini saya kongsikan 6 risiko yang sentiasa berlaku dan perlu dihdapai oleh penternak ikan tilapia. Anda perlu bersedia menghadapi risiko-risiko ini apabila ingin menjalankan projek penternakan ikan tilapia.

BAB 10: KISAH KEJAYAAN
Sedikit kisah-kisah kejayaan penternak lain sebagai suntikan motivasi untuk anda memulakan projek penternakan ikan tilapia.

BAB 11: ORGANISASI RUJUKAN
Senarai beberapa organisasi yang boleh membantu anda apabila anda menjalankan projek penternakan ikan ini. Organisasi ini sedia membantu dari segi ilmu, bantuan, pemasaran dan sebagainya.

BAB 12: PINJAMAN
Mungkin anda kekurangan modal untuk memulakan projek penternakan ikan ini. Jadi, disini, saya kongsikan beberapa agensi kerajaan dan pihak bank yang sedia menawarkan pinjaman bagi anda memulakan projek penternakan anda

BAB 13: PENDAFTARAN SYARIKAT/PERNIAGAAN
Apabila anda ingin menjalankan projek penternakan ini secara serius, maka adalah penting untuk anda mendaftarkan projek anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat. Ianya adalah bertujuan untuk anda menguruskan wang keluar masuk untuk projek anda serta memudahkan anda untuk membuat pinjaman kelak.

BAB 14: SENARAI SEMAK
Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.

Untuk Siapakah Ebook Ini?

E-book ini amat sesuai untuk :-

  1. Sesiapa yang ingin mencuba penternakan ikan
  2. Para-para penternak yang baru menceburi bidang penternakan
  3. Sesiapa yang ingin mencari ilmu tentang penternakan ikan tilapia

Ebook ini kurang sesuai untuk :-
  1. Penternak-penternak yang sudah berjaya di dalam bidang ternakan ikan tilapia
  2. Penternak-penternak yang sudah arif tentang selok belok bidang penternakan
  3. Sesiapa yang ingin menjadi kaya dengan cepat

Ebook ini bukan sahaja menceritakan tentang bagaimana memulakan penternakan ikan tilapia. Tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman penternak-penternak yang telah mengalami segala perkara di dalam bidang ternakan ini. Seperti kerugian, kematian ikan, penipuan dan sebagainya yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada penternak-penternak baru. Sanggupkah anda untuk mengalami kerugian sebanyak RM 20000?, RM 10000? atau RM 5000?. Semestinya tidak bukan?.

Jadi buku ini akan membantu anda untuk mengelakkan diri daripada mengalami kerugian seperti penternak-penternak terdahulu.

Dapatkan buku Panduan Penternakan Ikan Talapia ini – [ Klik Sini ]

Semoga artikel Panduan Asas Penternakan Ikan Talapia ini membantu anda dalam mempelajari ilmu penternakan ikan talapia dalam kolam tanah

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search