Tuesday, 13 August 2019

7 Cara Dapatkan Pembekal Untuk Berniaga Di Shopee | Bagi peniaga yang dah ada produk sendiri tak perlu lagi fikirkan soal bekalan barang untuk dijual. Bagaimana pula dengan mereka yang baru nak mula bisnes online? Terkapai-kapai nak cari produk laku keras dan trending untuk dijual? Mesti pening nak cari barang jualan kan?

Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda lubuk pembekal produk untuk dijual secara dropship di Shopee. Bisnes dropship ni bukan saja mudah, malah tak perlu pening simpan stok dan lakukan penghantaran. Semua kerja ni dilakukan oleh Supplier anda. 

7 Cara Dapatkan Pembekal Untuk Berniaga Di Shopee

Masih belum tau mana nak dapatkan supplier barang untuk dijual?

Mari sini saya bagitau 7 cara untuk dapatkan pembekal untuk berniaga di Shopee. Ada yang perlu modal dan ada juga yang boleh dapat tanpa modal langsung. Semua terpulang kepada anda nak pilih yang mana satu cara terbaik anda nak dapatkan pembekal produk jualan nanti.

Cara #1 – Dapatkan Bekalan Produk Dari Kedai Berhampiran Anda

Banyak produk yang murah dan berkualiti ada di kedai sekeliling kita. Misalnya, dari kedai DIY, Kedai RM2.50, Supersave, dan sebagainya. Pilihlah barang yang laris dijual di shopee dan dapatkan bekalan produk dari kedai-kedai berhampiran. Jika boleh beli borong lebih bagus, harga pun lebih murah daripada beli satu per satu. Anda boleh je jual dulu di shopee, kemudian anda beli dengan kedai berhampiran dan poskan kepada pelanggan anda. 

Cara #2 – Gunakan Laman Web Ecommerce Lain Sebagai Pembekal Anda

Terdapat banyak laman web ecommerce yang menawarkan produk untuk dibeli secara bundle atau borong. Beli dengan Lazada, 11street,Qoo10, SGshop dan Shopee itu sendiri boleh je dilakukan, anda kena rajin cari produk yang laku dan laris di web shopee. 

Cara #3 – Dapatkan Pembekal Yang Tawarkan Drosphip Dari Facebook

Di Market Place Facebook, memang ramai peniaga yang mencari dropshiper mereka. Dengan kadar keuntungan 10%-20% anda boleh mengaut keuntungan 3 hingga 4 angka sebulan. Ada program dropship yang berbayar dan ada juga yang percuma. Carilah supplier atau produk owner di Facebook dan bincang untuk memudahkan perniagaan anda nanti. Kenal product owner lebih baik untuk dapatkan tawaran harga dropship yang lebih lumayan. Bina kerjasama yang baik dengan pengeluar produk tersebut untuk jalinan perniagaan yang berpanjangan.

Cara #4 – Jual Produk atau Barang Yang Anda Ada

Menjual barangan second hand pun boleh diniagakan di Shopee. Jika anda ada duit siling lama, manik, pakaian batik, dan aksesori buatan tangan sendiri juga boleh dijual di Shopee. Mungkin hasil seni anda menarik untuk pelanggan lain, tak salah niagakan kemahiran seni yang anda miliki itu.

Cara #5 – Borong Produk Dari China dan Jual Di Malaysia

Ramai yang fikir apabila kita berniaga online menjual barang, kita perlukan modal yang besar untuk mula. Namun, terdapat 2 laman web ecommerce yang popular sekarang ni boleh dibeli walaupun dengan 1 unit barang sahaja.

Laman web yang saya maksudkan adalah Taobao China. Dulu, semua berebut-rebut nak pergi China untuk beli produk disana. Tapi sekarang, beli online pun dah boleh buat. Bukan Cina saja beli online sini, orang Melayu pun dah ramai yang borong online sini. 

Masalah utama beli di laman web ni adalah masalah Bahasa. Tak faham tulisan Cina tu kan? Mujurlah ada panduan borong Taobao yang dibukukan ini. Anda boleh tengok step-by-step beserta video cara beli di Taobao (klik sini)

Cara #6 – Langgan Program Dropship Dari Laman Web Terkenal Dunia

Cara ni memang memerlukan modal yang agak besar. Yup, dah nama pun “langganan” mestilah ada bayaran penyertaan yang harus dibayar untuk ikut. Saya cadangkan anda mencuba AliDropship dan WholesaleDeals.

7 Cara Dapatkan Pembekal Untuk Berniaga Di Shopee

AliDropship is the best solution for drop shipping
7 Cara Dapatkan Pembekal Untuk Berniaga Di Shopee
wholesaledeals UK Wholesale Directory


Cara #7 – Pembekal Auto-Sync Ke Shopee, Lazada dan Sebagainya

Selama ini rupa-rupanya ada laman web dropship yang ada di Malaysia ni yang ramai tak tahu. Di laman web ini bukan setakat 100, 200 produk tapi lebih 100,000 produk yang dijual disini. Menariknya produk yang anda pilih untuk dijual di Shopee boleh Auto-Sync dari laman web ini terus ke Shopee.

Bukan Shopee saja tuan-tuan/puan-puan, malah Lazada, 11street, Lelong dan lain-lain lagi. Semuanya boleh dilakukan secara automatic tanpa perlu upload manual ke merchant berkenaan. Dengan servis auto-sync ni anda telah jimatkan masa untuk sorting produk untuk dimasukkan ke Shopee.

Tak faham? Ni nak bagitau, Saudara John Jenin telah buku kan step-by-step bagaimana menjual produk di shopee dan dapatkan supplier yang mempunyai lebih 100,000 produk pelbagai niche.

7 Cara Dapatkan Pembekal Untuk Berniaga Di Shopee

Apa kata anda terus dapatkan ilmu perkongsian beliau disini – Panduan Bisnes Shopee !

Sekian untuk perkongsian 7 Cara Dapatkan Pembekal Untuk Berniaga Di Shopee ini dan semoga memberi manfaat kepada bakal peniaga shopee. All the best!


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement