-->

6 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus

- November 27, 2018
Bagaimana Menyimpan Tabung Pendidikan Anak Lebih Efektif dan Banyak Manfaat? Inilah persoalan kita sekarang. Ramai yang masih ragu-ragu cara simpan duit untuk pendidikan anak mereka tetapi tak tahu cara yang terbaik dan memberikan manfaat yang lebih banyak berbanding simpanan lain.

Tahukah anda, ada 3 perbelanjaan yang akan terus meningkat? pertama sekali kos pendidikan, semua anak-anak akan menjalani persekolahan di peringkat rendah hinggalah ke Universiti. Kos pengajian untuk Ijazah di IPTA lebih kurang RM15,000 manakala di IPTS boleh mencecah RM40,000. 

Bagaimana menampung kos perbelanjaan pendidikan jika tiada simpanan?

Inilah masalah orang sekarang! jika tidak berkemampuan maka terpaksalah memohon pinjaman pendidikan dari PTPTN, Yayasan atau memohon biasiswa. Jika berkemampuan, maka pinjaman mungkin tidak diluluskan atau dikurangkan.

Mengapa biarkan anak-anak kita menanggung keberhutangan selepas habis pengajian sedangkan ada cara lain untuk mengelakkannya? Kita sebagai ibu bapa/penjaga seharusnya memikirkan cara terbaik untuk pendidikan mereka. 

Apa cara simpan duit untuk pendidikan anak di masa depan?

Pilihan 1 - Simpanan Akaun Junior - Anda buka lah akaun junior di mana-mana bank tempatan. Bank yang biasanya orang pilih adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Kerjasama Rakyat dan RHB Bank. Dimana simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga anak mencapai umur 18 tahun. 

Pilihan 2 - Simpanan Pelaburan - Buat buku pelaburan untuk anak anda. Paling terbaik adalah Pelaburan ASB. Semakin banyak anda simpan, semakin banyak kadar dividen yang akan dapat setiap tahun. 

Pilihan 3 - Unit Amanah - Unit amanah juga boleh dibuka untuk simpanan anak anda. Banyak bank tawarkan unit simpanan ini untuk anda. 


Kelebihan Simpan Duit Dalam Akaun SSPN-i Plus - PTPTN


Kita telah diberikan 3 pilihan untuk menyimpan. Tetapi, ada satu cara lagi yang sudah hampir 4 tahun dilancarkan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bagi membantu dan menangani keberhutangan serius oleh bakal graduan akan datang.



Sebelum ini, salah satu syarat pelajar membuat pinjaman PTPTN adalah dengan pembukaan WAJIB akaun SSPN-i. Walaubagaimanapun, beberapa tahun yang lepas PTPTN menambah konsep simpanan tetap dengan SSPN-i Plus.

SSPN-i Plus adalah simpanan tetap yang akan dibayar setiap bulan dengan kadar RM30 sehingga RM500 sebulan mengikut pakej yang anda inginkan. Mengapa simpanan SSPN-i Plus ini lebih baik daripada simpanan lain?

Disini saya akan terangkan 5 kelebihan utama simpan duit dalam SSPN-i Plus. Apakah 5 kebaikan tersebut?

5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


#1 - Potensi Keuntungan

Samada anda buka akaun di Bank, Akaun Pelaburan, Unit Amanah atau SSPN-i Plus anda tetap akan dapat dividen tahunan. Boleh jangkakan dalam lingkungan 1% hingga 5% setahun.


#2 - Pampasan Kematian Dan Hilang Upaya Kekal

Bank, akaun pelaburan dan unit amanah tidak akan menawarkan manfaat ini! hanya dengan penyimpanan di SSPN-i Plus akan dapat. Kadar bayaran pampasan boleh dilihat dalam jadual dibawah nanti.


#3 - Perlindungan 36 Jenis Penyakit Kritikal

Bank, akaun pelaburan dan unit amanah tiada sediakan perlindungan takaful ini! dengan pembukaan akaun SSPN-i Plus secara atas talian (Online) sahaja anda 100% akan dilindungi takaful. Pembukaan SSPN-i Plus adalah TANPA SARINGAN kesihatan, anda layak secara automatik jika buka akaun sekarang.

Sebelum ini, PTPTN telah memberikan manfaat ini kepada beberapa pencarum SSPN-i Plus..

[ Petikan artikel Sinar Harian ] - Tidak sangka ayah carum SSPN-i Plus untuk kami
[ Petikan artikel Berita Harian ] - Waris tidak sangka dapat manfaat SSPN-i Plus


#4 - Elaun Harian Hospital

Dengan SSPN-i Plus, anda akan mendapat manfaat tuntutan elaun harian hospital. Berapa? RM20 sehari jika pendeposit atau anak pendeposit masuk wad hospital. Bank, akaun pelaburan dan unit amanah tak akan buat semua tuntutan ni. 


#5 - Pelepasan Cukai

Pendeposit SSPN-i Plus berpeluang menikmati pelepasan cukai taksiran sehingga RM12,000. 


#6 - Cabutan WOW

Cabutan ini dibuat 3 kali setahun dan sekali cabutan utama setahun dimana terdapat 300 hadiah cabutan WOW. Hadiah cabutan ini berjumlah RM1.5 juta , boleh rujuk sini.


Pakej Simpanan SSPN-i Plus ( 6 Pakej )

Untuk pengetahuan anda, SSPN-i Plus ini ditawarkan dengan 6 pakej yang mempunyai manfaat yang berbeza. Sebelum buka sspn-i plus, lebih anda selidiki satu per satu dahulu dan biarlah sesuai dengan kemampuan anda.

5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus


Dah buat keputusan nak buka akaun SSPN-i Plus untuk anak anda?



Semoga membantu dan terima kasih kerana membaca 5 Kelebihan Menyimpan Dalam Akaun SSPN-i Plus ini. Amalkan buday suka menabung!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search