Nak tahu cara beli kereta import yang tahan lasak dan berkualiti? ramai yang nak memilik jenama kereta import yang bagus. Namun, tak begitu ramai orang tahu mana satu kereta yang betul-betul bagus untuk dilaburkan duit anda tu.
Disini, kami akan berikan anda info tentang 10 model kereta import yang paling bermasalah dan seringkali rosak dan masuk bengkel.
Sebelum itu, untuk makluman, data yang kami perolehi ini adalah data dari UK. Ianya adalah data dari sebuah syarikat insuran yang menyediakan waranty kepada kereta-kereta terpakai. Syarikat ini telah membuat analisa dari data yang mereka perolehi dan telah menghasilkan sebuah indeks "kebolehpercayaan" untuk mengukur sejauhmana sesebuah kereta itu bermasalah. Analisa yang dibuat adalah berdasarkan data usia kereta, kekerapan masuk bengkel, kos pembaikan, masa yang diambil untuk dibaiki dan pelbagai lagi data lain.
Walaupun data ini dari UK, namun ianya boleh kita jadikan sebagai rujukan asas untuk kita memilih model-model kereta import terpakai yang mahu kita miliki kelak.
Berikut adalah 10 Jenama Kereta Import yang paling bermasalah dan seringkali masuk bengkel! Apakah jenama-jenama kereta itu?
1. Maserati Granturismo
Kereta yang paling bermasalah dan sering mengalami masalah pada bahagian axle dan suspension. Kos purata pembaikan setiap kali masuk bengkel ialah sekitar RM6600.
2. BMW M5
Paling kerap mengalami masalah pada bahagian enjin , elektrikal dan sistem minyak. Kos purata pembaikan ialah sekitar RM5,000
3. BMW M6
Sama seperti M5, paling kerap mengalami masalah pada bahagian enjin , elektrikal, sistem minyak dan ditambah gearbox. Kos purata pembaikan adalah sekitar RM4000
4. Nissan GTR
Masalah sering timbul pada bahagian elektrikal, axle & suspension dan juga gearbox. Kos pembaikan purata adalah sekitar RM2,000
5. Mercedes-Benz CL
Paling kerap bermasalah pada bahagian elektrikal dan juga suspension. Kos pembaikan purata sekitar RM6.000
6. Aston Martin DB9
Masalah paling utama adalah bahagian elektrikal. Kos purata pembaikan pula adalah sekitar RM8,000 . Kos paling mahal diantara kereta yang lain.
7. Mercedes-Benz GL
Paling kerap bermasalah pada bahagian elektrikal dan suspension. Kos pembaikan purata adalah sekitar RM3,000.
8. Bentley Continental GT
Sama seperti Mercedes-Benz GL, paling kerap bermasalah pada bahagian elektrikal dan suspension. Kos pembaikan purata adalah sekitar RM3,500.
9. Mercedes-Benz R-Class
Paling kerap bermasalah pada bahagian elektrikal dan suspension. Kos pembaikan purata adalah sekitar RM2500.
10. Citroen C6
Seringkali masuk bengkel disebabkan masalah pada suspension. Kos purata pembaikan adalah sekitar RM2,000
Itulah dia 10 model kereta yang paling teruk dan paling bermasalah berdasarkan analisa pihak reliabilityindex.com.
Diharapkan anda tidak terpilih model-model kereta ini, dimana, ianya mungkin boleh menjadi penyebab mengapa anda menjadi pokai setelah memilikinya.
Memang ramai yang nak beli kereta import terpakai ni. Nak tahu kenapa?
Kelebihan yang paling utama.. sudah tentulah dari segi HARGA!
- Harga kereta terpakai sudah pastinya memang lebih murah dari harga kereta yang baru.
- Untuk kereta yang berusia 5 tahun, harganya akan jadi 50-60% lebih murah dari harga asal.
Malah ada juga yang dijual lebih murah dari itu.. tetapi kalau ianya terlalu murah.. perlu berhati-hati, pasti ada sebab mengapa ianya dijual dengan begitu murah sekali.
Mungkin kereta tersebut terlalu banyak masalah. Kereta bekas mangsa banjir atau kereta yang pernah mengalami kemalangan teruk.
Jadi, sebelum nak beli mana-mana kereta terpakai tu, memang kena ada ilmu sikit untuk check betul-betul kereta tersebut.
Selain dari harga yang murah. Kos insuran kereta terpakai juga adalah jauh lebih murah dari kereta yang baru.
Kelebihan kedua pula adalah dari segi pemanduan. Rata-rata kereta import mempunyai sistem handling kereta import memang jauh lebih selesa dan mantap. Inilah sebab yang membuatkan sesiapapun berkeinginan untuk memiliki kereta import!
Berminat nak beli kereta import? baca panduan dibawah ini...
[ Baca ] - Panduan Membeli Kereta Import Murah
Semoga membantu!
Advertisement
1 Comments:
huhu....pakai kereta biasa-biasa aje
EmoticonEmoticon