-->

Tips Panduan Memulakan Perniagaan Bundle

- October 22, 2018
Panduan Memulakan Perniagaan Bundle. Setiap perniagaan mempunyai cabaran yang tersendiri. begitu juga anda yang sedang berjinak-jinak dalam memulakan perniagaan bundle. banyak perkara dan tips yang anda perlu tahu untuk memulakan perniagaan bundle dengan berjaya. hari ini kami akan kongsikan 3 tips memulakan perniagaan bundle.

Tips Panduan Memulakan Perniagaan Bundle
Sumber gambar - harian metro


Pilih Guni Yang Ingin Dijual Dan Semua Orang Pakai

Untuk permulaan yang baik, pilih guni pakaian yang mendapat permintaan yang tinggi supaya kita dapat menjual hampir 90% isi guni bagi memastikan keuntungan setiap guni tercapai. kebiasaan pakaian yang dipakai oleh semua orang adalah t shirt dan seluar jeans. terdapat juga guni yang memberikan keuntungan yang tinggi iaitu pakaian kanak-kanak dan bayi. tergantung pada jenis gred dan jenama juga kerana para ibu diluar sana akan teruja dengan jenama popular dari usa seperti baby gap dan disney dan australia seperti bond.


Dapatkan Supplier Dan Order Ikut Bajet

Kenalpasti pembekal yang konsisten dan dapat menyediakan stok yang kita inginkan supaya kita mudah repeat order dan mendapatkan harga terbaik. yang paling penting, order stok ikut bajet anda. tak perlu order terlalu banyak tetapi akhirya tak dapat dikawal stok yang berlonggokan. terdapat peniaga bundle yang berjaya memulakan modal rm60.00 sahaja pada awal permulaan perniagaan. jadi anda perlu bijak memesan stok supaya semuanya terjual dan laku keras.


Guna Kreativiti Untuk Gred Rendah

Seperti yang anda sedia maklum, bale setiap guni mempunyai gred yang rendah sehingga yang tinggi. bagi guni gred a, jangan buang masa! jual terus. pastinya mendapat tempat di hati pelanggan anda. bagi gred c, pakaian yang dicampurkan hampir kebanyakan rosak, lusuh dan kotor. anda perlu menggunakan kreativiti dan inovasi bagi mencantikkan barang tersebut. basuh baju yang mempunyai kesan kekuningan pada baju putih dan tambahkan aksesori butang atau ribbon di pakaian yang mempunyai lobang kecil. anda juga boleh membuat kraftangan, beg duit dan handkerchief bagi pakaian kualiti rendah. pastinya pelanggan anda tertarik dan tidak menunggu lama untuk memilikinya.


Sudah ramai yang membuat perniagaan bundle telah berjaya dan mendapat keuntungan yang tinggi. pastinya tips-tips yang berkesan perlu untuk mereka terus berjaya meneruskan perniagaan bundle dan juga bermanfaat bagi anda yang baru ingin memulakannya. semoga bermanfaat.

Sumber rujukan - pembekalbundle

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search