5 Tip Memilih Produk Terbaik Untuk Dijual Secara Online. Bagi anda yang baru nak belajar cara mulakan bisnes online, perkara pertama yang bermain difikiran anda adalah “nak jual produk apa?” dan kalau dah ada produk, “nak jual dimana?”. Siapa yang tak nak jadi peniaga pada masa sekarang ni? Mengharapkan gaji setiap bulan mungkin tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan keluarga, ditambah pula dengan bayaran bil dan pinjaman kereta atau perumahan.
Tidak kira anda nak menjual produk dropship atau menjual produk borong terus daripada pengilang atau jenis platform apa anda gunakan untuk tujuan penjualan online boleh mengaut keuntungan yang agak lumayan. Namun, untuk mendapatkan produk yang sangat laku keras untuk dijual, dimana? Stok produk tersebut hendak dapatkan dari mana?
5 Tip Memilih Produk Terbaik Untuk Dijual Secara Online
Untuk membantu anda, saya kongsikan 6 tip yang boleh digunakan sebagai panduan memilih produk yang laris dan permintaan tinggi agar bisnes anda berjalan dengan lancar nanti.
1 – Pilih Produk Yang Mempunyai Carian Tinggi Oleh Pengguna Internet
Kajian terhadap demand pengguna amatlah penting. Selalunya, produk yang boleh menyelesaikan masalah dan memudahkan sesuatu aktiviti mendapat perhatian dan permintaan daripada pelanggan. Kajian tersebut boleh dilakukan dengan membuat survey daripada rakan-rakan kerja, keluarga dan jika mempunyai bajet untuk mengupah freelancer untuk melakukan survey bagi menentukan produk yang sesuai dijual.
2 – Produk Yang Mudah Dihantar Kepada Pelanggan
Produk yang anda jual haruslah mudah dihantar. Sebab tu dalam memilih produk, pemilihan saiz dan berat perlu diambilkira. Seeloknya, barang tersebut tidak mudah pecah dan tidak memerlukan perkhidmatan penghantaran khas yang melibatkan kos penghantaran tinggi.
3 – Pilih Produk Yang Mempunyai Kadar Keuntungan Sehingga 50%
Jika anda perasan, ada produk yang sama dijual dilaman web ecommerce di Malaysia yang dijual di negara luar dengan harga jauh lebih murah! Itu bermakna, laman web tersebut juga memborong produk dari negara luar untuk dijual di Malaysia.
Margin keuntungan boleh menjadi 25% hingga 50% jika dijual dengan harga pasaran di Malaysia. Pilihlah produk yang sesuai dan mempunyai margin keuntungan sesuai dengan keinginan anda.
4 – Buat Kajian Pesaing-Pesaing Anda
Walaupun produk anda menarik, tetapi jika terlalu ramai pesaing yang menjual produk yang sama mungkin anda memikirkan produk yang kurang persaingan sedikit. Buat kaji selidik atau kajian terhadap pesaing-pesaing anda melalui enjin carian Google, Facebook, Instagram atau Twitter dengan menggunakan kata kunci (keyword) yang sesuai dengan produk anda.
5 – Pilih Laman Web Borong Yang Dipercayai
Setakat ini, laman web Taobao China merupakan pilihan terbaik untuk memborong produk yang murah. Biarpun banyak laman web agen Taobao di Malaysia sekarang ini, tapi jika anda beli terus melalui Taobao mungkin kos penghantaran lebih murah dan boleh dipercayai.
Baca juga - Ebook Rahsia Taobao - Panduan Borong Dari China Secara Online
Tahukah anda?
Untuk memborong sendiri dari China, anda perlukan Passport dan Visa, Penginapan Hotel, Jurubahasa, duit makan dan minum dan sebagainya.
Kini, anda boleh memborong secara atas talian sahaja, boleh jimat ratusan ringgit dan mungkin juga ribuan ringgit. Anda cuma perlukan laptop, internet dan ebook panduan borong dari china ini. Jika sudah ada produk untuk dijual tetapi mahu mencari produk lain untuk di jual di Malaysia bolehlah mencuba memborong barang dari China dengan mudah.
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat pemilihan produk yang akan dijual nanti. Terima kasih kerana sudi membaca 5 Tip Memilih Produk Terbaik Untuk Dijual Secara Online ini.
Advertisement
EmoticonEmoticon