5 Mobile Games TERBAIK Yang Mampu Bantu Anak Anda Hafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Dalam Masa Singkat. Kini anak anda mampu hafal sifir dan menjawab setiap soalan matematik dengan lebih mudah TANPA sebarang paksaan - semuanya hanya di hujung jari!
"Hmm.. Kenapalah anak saya ni tak macam anak orang lain.. Liat betul nak hafal sifir walaupun usia dah makin meningkat.. Asyik nak main games je.."
Inilah antara kerisauan yang dihadapi oleh para ibu bapa pada zaman teknologi ini, di mana anak-anak lebih cenderung bermain game di telefon pintar daripada belajar sesuatu yang paling penting seperti menghafal sifir..
Hafal sifir merupakan satu perkara yang penting untuk dilakukan kerana ia asas kepada penguasaan Matematik.. Tanpa hafal sifir, anak-anak anda akan ketinggalan dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik ini..
Jika anak anda tidak menghafal sifir pada usia 9 tahun ke bawah, ianya sesuatu yang normal.. Tapi jika usia mereka semakin meningkat ke 10 tahun ke atas, ianya merupakan masalah besar yang perlu dibimbangi..
Kebiasaannya, tugas untuk membimbing anak anda menghafal sifir adalah tugas guru Matematik di sekolah.. Namun begitu semenjak COVID-19 ini melanda, anak anda tidak lagi belajar di sekolah.. Ini menyukarkan para guru untuk membimbing mereka.. Kini ia adalah tanggungjawab anda sendiri untuk mendidik anak untuk menghafal sifir..
Jika anak anda alami ketagihan bermain game di telefon bimbit atau tablet, anda mungkin terfikir untuk merampasnya agar anak anda akan mula berlatih untuk hafal sifir.. Tapi ianya sukar dilaksanakan kerana mereka amat memerlukan telefon serta tablet tersebut untuk aktiviti PDPR bersama guru-guru mereka secara online..
"Jadi macam mana nak memupuk anak anda menghafal sifir pada zaman teknologi ini?"
Jawapannya mudah, anda hanya perlu install game-game yang menarik berkaitan dengan sifir dan matematik di telefon bimbit atau tablet mereka dan ia mampu membuatkan mereka mahu menghafal sifir.. Ini kerana anak-anak anda sukakan sesuatu game yang menarik dan mencabar pemikiran mereka..
Selain itu banyak juga game yang dihasilkan pada hari ini untuk memudahkan anak-anak anda menghafal sifir dan memahami matematik dengan lebih lancar dan berkesan.. Berikut antara 5 game yang boleh anda install untuk memupuk anak anda menghafal sifir..
#1 - Crazy Times Table
(Ipad, Iphone)
Aplikasi ini dibangunkan para pendidik, ia boleh setup foto para pelajar ke dalam grafik game.. Game ini juga sangat menarik & mencabar minda anak anda.. Contohnya, dalam satu permainan, anak-anak dapat makan hamburger jika dapat jawapan yang betul, sementara dalam permainan lain mereka terbang melalui ruang angkasa untuk memilih nombor yang tepat..
#2 - My Math Flash Cards App
(Android, Iphone, Ipad)
Seperti namanya, ini adalah aplikasi FlashCard yang paling senang dan paling pantas untuk membantu anak anda menghafal sifir. Kelebihannya adalah ianya senang digunakan dan fungsi timer serta keypad menjadikannya lebih menyerupai game yang menarik untuk anak anda.
#3 - Space Pig Math
(Android, iPhone, iPad)
Space Pig Math adalah permainan aksi untuk mempraktikkan jadual sifir hingga 12x12. Tujuan permainan ini adalah untuk menembak alien bagi menyelamatkan Rakan Space Pig - dan mereka akan memberikan anda bantuan sepanjang permainan ini.. Game ini memberikan ganjaran untuk setiap jawapan yang betul, berturut-turut & jawapan yang pantas..
#4 - The 38 Times Tables Challenge
(Android, iPhone, iPad)
Mempelajari jadual pendaraban boleh menjadi sukar tetapi aplikasi ini memecahkannya kepada tugasan kecil untuk membolehkan anak anda berlatih dengan berkesan melalui cara visual yang menyeronokkan. 38 cabaran dalam game ini merupakan aktiviti yang mampu membantu anak anda menghafal sifir dan menguasai kemahiran asas matematik dengan lebih mudah..
#5 - Moji Multi
(iPhone, iPad)
Moji Multi adalah aplikasi percuma yang dapat membantu anak-anak anda belajar jadual sifir dengan lebih cepat dan mudah. Permainan berbentuk jadual ini mampu meningkatkan keyakinan anak-anak dalam memahami konsep asas pendaraban sebenar.. Ia disusun mengikut keperluan anak anda dan memudahkan anak anda menghafal sifir..
"Tapi bukankah menghadap telefon atau tablet ini untuk jangkamasa yang lama boleh memudaratkan anak anda?"
Ya, antara kesan buruknya ialah mata anak-anak anda semakin rosak dan anak-anak anda juga akan menjadi pendiam dan kurang bersosial.. Ini bermakna anda perlukan suatu aktiviti menarik yang lain dan yang terbukti berkesan di rumah untuk bantu mereka hafal sifir..
Salah satu cara yang efektif untuk bantu anak anda ialah dengan menggunakan teknik menghafal sifir "Gaya MathMedic" berteraskan kepada flashcard yang dihasilkan oleh Encik Osman Affan.. Semua teknik ini dikongsikan secara eksklusif dalam ebooknya yang bertajuk "Panduan Hafal Sifir"..
Dengan teknik menghafal sifir gaya MathMedic ini, anak anda pasti mampu menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah & pantas dalam masa 14 hari - tanpa mengeluarkan sebarang kos.. Inilah penyelesaian terbaik untuk para ibu bapa seperti anda untuk bimbing anak anda untuk menghafal sifir di rumah..
Bayangkanlah apabila tamat sahaja PKP nanti, anak anda dah berjaya menghafal sifir dan mampu menjawab setiap persoalan matematik yang diberikan oleh guru mereka dengan mudah.. Anda pasti akan berbangga dengan pencapaian mereka nanti!
Jom mula belajar teknik Hafal Sifir Gaya MathMedic ini untuk membimbing anak anda menghafal sifir dengan lebih berkesan di:
EmoticonEmoticon