Monday, 6 May 2019

author photo
Selamat menyambut bulan Ramadhan..

Buka puasa hari ni dah beli bahan nak masak ke? Atau beli dekat bazar Ramadhan je? Kalau buat hidangan berbuka puasa nanti jangan lupa resepi airnya juga ye, lega juga tekak menghirup air yang sedap..

Sambil tunggu nasi dan lauk pauk siap, kita buat air sirap bandung soda cincau dulu. Bunyinya panjang tapi yakinlah air ni pasti sedap! 

Bahan-Bahan
  1. Cincau
  2. Aiskrim soda (air gas dalam botol)
  3. ¾ Tin Susu cair
  4. ¾ Ais Cube

Cara Menyediakannya
  1. Potong cincau ikut suka
  2. Masukkan aiskrim soda
  3. Masukkan susu cair sambal kacau (kacau sampai tak ada ketul-ketul atau bintil-bintil)
  4. Masukkan ais, masukkan sirap secukupnya (agak-agak je lah ye) kacau sampai sebati
  5. Selesai. Boleh dihidangkan seisi keluarga atau jual dalam balang di bazar Ramadhan.

Resepi Air Sirap Bandung Soda Cincau Sedap

Sekian untuk resepi air kali ini. Ramai yang cari air sedap berbuka nanti. Share kan resepi ini ye.

Nak dapatkan lebih resepi dan tip berniaga air balang? Klik sini

Selamat mencuba!


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement