-->

11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

- April 28, 2019
11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

Bersaing dengan usahawan lain sedia ada memang agak rumit. Namun, dengan usaha berterusan dan kemudahan yang disediakan oleh istitusi kewangan serta Kerajaan untuk membantu usahawan di negara ini sedikit sebanyak menambah keyakinan bakal peniaga untuk berkecimpung dalam kancah perniagaan.

Usahawan yang telah berjaya sekarang ini, bermula daripada bawah juga. Anda yang baru nak merancang perniagaan tu usahlah lemah semangat memikirkan soal keuntungan pada permulaan berniaga. Kualiti dan prestasi harus dijaga agar bisnes anda dikenali ramai. Dapatkan pelanggan dulu kemudian tingkatkan kualiti perkhidmatan.


Apa Itu Rancangan Perniagaan?

Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.


Kegunaan Rancangan Perniagaan?

Antara kegunaan rancangan perniagaan:
  1. Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
  2. Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
  3. Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
  4. Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap

Keistimewaan & Kelebihan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

Kenapa perlu ada RP? Kenapa tak buka kedai je terus? Ini kerana perniagaan perlukan hala tuju dan sasaran, jika tiada RP maka perniagaan anda ibarat “layang-layang putus tali” tiada hala tuju yang nyata.

Disini saya akan kongsikan dengan anda 11 Kelebihan & Keistimewaan Rancangan Perniagaan. Antaranya adalah:

  1. Sebagai perancangan awal dapat dirangka untuk mengurangkan kegagalan usahawan di masa hadapan. 
  2. Anda dapat mengenal pasti kelemahan dan kesilapan sebelum melaksanakan perniagaan.
  3. Anda akan berasa yakin dengan keupayaannya menjalankan operasi perniagaan.
  4. Anda dapat mengenal pasti berapa jumlah modal yang hendak diperlukan, bila ia diperlukan dan untuk apa ia dibelanjakan
  5. Anda dapat tingkatkan peluang untuk mencapai kejayaan.
  6. Membina misi perniagaan pada jangka masa yang lama.
  7. Anda dapat menentukan pesaing utama dalam pasaran yang sama.
  8. Anda dapat meningkatkan keyakinan pemegang saham.
  9. Anda dapat mengenalpasti halangan terlebih awal dahulu.
  10. Pekerja berasa yakin dengan syarikat yang mempunyai misi yang teratur dalam jangka masa yang panjang, pekerja menjadi setia dan jujur.
  11. Anda dapat menyakinkan panel institusi pembiayaan dan mendapat scoring yang tinggi.

Namun, alasan yang paling utama untuk ada RP ini adalah mendapatkan Modal untuk Pembiayaan atau Pinjaman Perniagaan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan.

Walau apa pun perniagaan yang bakal anda jalankan, kuncinya adalah MINAT dan USAHA! 

11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan


11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

>>> KLIK SINI UNTUK TEMPAH <<<


Dapatkan Template Rancangan Perniagaan Ultimate disini untuk memudahkan anda menyiapkan kertas kerja rancangan perniagaan sepantas 3 hari ! – Template Mudah Edit RP Ultimate

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search