-->

Bisnes Tuisyen Di Rumah Tanpa Modal

- January 06, 2019
Bisnes Home Tuition Tanpa Modal | Memulakan sesuatu bisnes bukanlah satu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika bisnes yang ingin dilakukan memerlukan modal yang tinggi. Itulah yang sering membantutkan perancangan perniagaan bagi yang baru nak bermula. Namun, bukan semua perniagaan memerlukan modal permulaan yang tinggi, malah ada yang MODAL SIFAR.



Apakah bisnes yang tanpa modal?

Ada banyak bisnes yang boleh dimulakan tanpa modal tetapi apa yang saya cuba terangkan disini adalah Bisnes Home Tuition atau Bisnes Tuisyen. Untuk menjalankan bisnes ni, ada 3 cara yang boleh digunakan iaitu:
  1. Mengajar tuisyen di rumah pelajar
  2. Mengajar tusiyen di rumah sendiri
  3. Menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen


Tuisyen Adalah Bisnes? 

Ya. Tuisyen adalah salah satu cabang perniagaan jenis perkhidmatan yang hanya memerlukan modal sifar atau paling minimum. Kenapa boleh dikatakan modal sifar? Sebab anda boleh gunakan buku sedia ada sebagai rujukan. Tambahan pula kebanyakkan pelajar sudah mempunyai buku latihan masing-masing. Apa yang anda perlukan hanyalah ‘kebolehan mengajar’ saja sudah memadai untuk mula bisnes tuisyen ini.


Mengajar Tuisyen Di Rumah Pelajar

Mengajar tuisyen di rumah pelajar merupakan alternatif yang digunakan oleh ibu bapa yang sibuk. Anda perlu datang ke rumah pelajar untuk memberi tunjuk ajar tentang sesuatu subjek yang diminta. Anda hanya perlukan 4 hingga 6 jam seminggu untuk memperolehi pendapatan RM300-RM3,000 sebulan. Walaubagaimanapun, anda perlukan pengangkutan atau kenderaan untuk datang kerumah pelajar tersebut. 

Mengajar Tuisyen Di Rumah Sendiri

Rumah anda juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengajar budak tuisyen. Ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri kelas tambahan di rumah anda sendiri. Soal kenderaan tidak perlu lagi, anda hanya perlu iklankan perkhidmatan tuisyen anda untuk promosi samada melalui verbal, banner, atau pengiklanan di facebook. Jangan lupa sertakan kelebihan dan keistimewaan perkhidmatan anda misalnya, ‘guru tuisyen 9A PT3’ atau ‘guru tuisyen 12A SPM’.

Menjadi Guru Tusiyen Di Pusat Tuisyen

Perkara pertama yang akan dilihat oleh pemilik pusat tusiyen adalah kebolehan anda untuk mengajar. Kemudian, subjek apa yang anda mahir. Soal gaji, terpulang kepada perbincangan anda dengan pemunya pusat tuisyen, samada mengikut jam mengajar atau secara gaji bulanan. Jika anda ingin menjadi seorang guru tuisyen, anda perlu memiliki sifat keperibadian yang disenangi ibubapa dan murid-murid. 


Berapa Pendapatan Bisnes Home Tuition?

Katakanlah anda betul-betul nak jadikan home tuition sebagai karier anda secara sepenuh masa.
Kita ambil contoh:
  • Anda ada 3 student sahaja
  • Mengajar 5 hari dalam seminggu
  • 2 hari cuti (sabtu & ahad)
  • Sehari anda mengajar 3 jam
  • Yuran home tuition adalah RM35 seorang student

RM35 X 3 student = RM105/sehari
RM105 X 5 hari = RM525/seminggu
RM525 X 4 minggu = RM2,100 Sebulan!!

Kiraan ini untuk anda yang baru nak mula home tuition. Sebab tu letak harga murah saja RM35 untuk sejam (RM35/jam). Bila anda dah mula banyak pengalaman dan student, anda dah boleh naikkan rate harga per jam tersebut..mula dari murah lebih baik untuk menarik lebih pelajar join home tuition anda..

Kiraan diatas ni hanya untuk 3 student saja. 3 student pun dah boleh dapat RM2,100 sebulan. Bagaimana jika anda ada 10 orang pelajar home tuiton? Income sebulan anda adalah RM7,000 sebulan. Jika rezeki lebih, anda sudah boleh buat Kertas Kerja Perniagaan Bisnes Tuisyen untuk membuka pusat tuisyen sendiri.

Jika nak dapatkan lebih panduan step-by-step memulakan Bisnes Home Tuition, boleh rujukapanduan yang saya kongsikan dibawah ini;





Semoga membantu.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search