-->

10 Tips Memulakan Perniagaan Dalam Talian

- January 22, 2019
Tips Memulakan Perniagaan Dalam Talian | Mungkin ada di antara kita sering bertanya, adakah rumit untuk memulakan perniagaan dalam talian?  Untuk pengetahuan semua, perniagaan dalam talian amat mudah dilaksanakan. Kemungkinan besar selepas ini, anda pasti terkejut kerana tidak pernah terfikir betapa mudahnya perniagaan dalam talian.
10 Tips Memulakan Perniagaan Dalam Talian

Apa yang anda perlu untuk memulakan perniagaan dalam talian? Berikut adalah 8 tips mudah untuk anda ikuti:


1. Ketahui Matlamat perniagaan dan anggaran modal anda

Matlamat utama memulakan perniagaan dalam talian adalah untuk memaksimakan keuntungan dengan penggunaan sumber yang sangat efisien. Anda juga perlu bertanya soalan-soalan seperti, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan baru atau apakah jenis perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.

Atau mungkin untuk menyediakan informasi berguna kepada pelanggan sasaran anda. Atau untuk mengumpulkan satu komuniti atas talian?

Bagaimana pelanggan boleh mendapatkan informasi berguna? Atau adakah tujuan anda untuk mewujudkan satu komuniti pelanggan dalam talian?

Di peringkat permulaan ini, anda perlu membuat perancangan berapa modal yang akan dikeluarkan disertakan dengan objektif pelaburan yang jelas, di mana ia akan membantu anda merangka strategi yang lebih berkesan di masa hadapan.


2. Ketahui pasaran sasaran anda

Sasaran pasaran adalah sangat penting untuk perniagaan dalam talian.  Anda perlu menyatakan dengan terperinci siapakah golongan sasar anda. Persoalan seperti siapakah yang paling sesuai untuk produk anda; lelaki atau wanita, kumpulan umur dan pendapatan?

Lihat juga kepada keadaan sosio-ekonomi mereka dan senaraikan katakunci yang seringkali digunakan oleh mereka di enjin carian.

Lebih terperinci mengenai profil kumpulan sasaran anda, lebih mudah untuk memahami dan sekaligus dapat menarik perhatian mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda.


3. Ketahui pesaing anda

Ini merupakan elemen yang penting dalam menetapkan perniagaan dalam talian. Anda perlu melakukan analisis pasaran dengan menentukan siapakah pesaing anda? Berapa besar perniagaan mereka, dan apakah strategi mereka untuk menarik perhatian pengguna.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui berapa banyak peluang dan ruang yang masih ada untuk memberikan persaingan kepada pasaran sedia ada.

Dengan segala data mengenai pesaing dan saiz pasaran, dapat menentukan kedudukan dan peluang anda untuk berjaya meskipun anda akan bersaing dengan sihat dengan ramai pesaing.

Anda boleh membuat analisis mengenai pesaing anda menerusi laman web Alexa dan ComScore.


4. Siap sedia dengan strategi pemasaran

Mungkin ini agak klise bagi sesetengah usahawan, namun ini merupakan perkara paling penting. Ramai di antara usahawan internet yang berjaya mempunyai strategi pemasaran yang menarik dan berbeza daripada usahawan yang lain.


5. Perniagaan = menyelesaikan masalah pengguna

Ini merupakan mantera keramat bagi semua jenis perniagaan. Bayangkan apakah masalah pengguna yang ingin anda selesaikan menerusi produk atau perkhidmatan anda. Persoalan ini harus sering ditanya kepada diri anda, agar produk dan perkhidmatan anda kekal relevan kepada pengguna.


6. Pastikan jenama anda unik dan tersendiri

Bagaimana untuk memastikan jenama anda unik dan tersendiri? Anda harus bermula dengan nama domain yang menarik dan mudah diingati. Ini dapat memberikan kelebihan kepada anda berbanding pesaing. Sebaiknya, pilihlah domain perniagaan anda yang berakhir dengan dot com.

Mengapa dot com? Seperti yang dinyatakan tadi, dot com lebih ringkas dan mudah diingati oleh semua. Ini merupakan tiga cara yang boleh digunakan dalam memilih nama domain:
  • Menggunakan nama sendiri sebagai pemilik perniagaan.
  • Menggunakan nama perniagaan anda.
  • Menggunakan katakunci popular oleh pengguna  internet yang mempunyai hubungkait dengan perniagaan anda.

Selain itu, rekabentuk laman web yang menarik serta mesra pengguna juga dapat membina jenama anda yang tersendiri. Intonasi, gaya penceritaan serta kandungan yang tersendiri juga dapat membezakan jenama anda dengan jenama lain.


7. Cari peluang untuk perubahan dan pembaharuan

Usahawan dalam talian sering jatuh dalam perangkap mencari kesempurnaan dalam serba-serbi. Seharusnya anda tidak boleh terlalu mengharapkan segalanya akan berjalan lancer sepertimana yang dirancang.

Di peringkat permulaan, anda mungkin berdepan dengan pelbagai masalah dan halangan . Jangan risau, kerana ini merupakan sebahagian daripada pembelajaran untuk anda memajukan perniagaan. Tidak semua usahawan dalam talian yang berada di pasaran ketika ini terus berjaya seawal perniagaan mereka.

Binalah semangat juang dan daya tahan yang tinggi, ini dapat membantu anda melihat masalah dan halangan dari sudut yang positif.


8. Maksimumkan penggunaan pemasaran email.  

Apabila anda membina senarai langganan menerusi laman web, sebenarnya anda memiliki asset paling penting dalam perniagaan. Pelanggan dan pelawat laman web anda memberikan kebenaran untuk anda menghantar e-mail kepada mereka, ini bermakna:
  • Anda memberikan sesuatu yang mereka mahu.
  • Anda berjaya membina hubungan yang sihat dengan pelanggan.
  • Maklumbalas daripada pengguna yang melanggan e-mail anda 100 peratus boleh diukur
  • Pemasaran menerusi lebih murah dan lebih efektif berbanding iklan konvensional lain.


Sesiapa sahaja yang berdaftar di laman web anda merupakan bakal pelanggan anda. Tiada kaedah yang lebih efektif untuk anda berhubung dan menukar mereka kepada pelanggan, hanya dengan menggunakan e-mail. 

9. Patuhi kehendak Undang-Undang

Sesiapapun boleh berniaga. Namun, anda harus patuh dengan kehendak undang-undang semasa negara yang berkaitan. Ianya termasuklah mendaftarkan nama syarikat perniagaan, memastikan produk yang dijual tidak menyalahi sebarang kelulusan, kebenaran dan pengesahan dari agensi berkaitan dan paling penting anda wajib membayar cukai kepada Lembaga!


10. Rancang perniagaan dengan menghasilkan Business Plan

Terdapat banyak perniagaan yang boleh dilakukan pada masa kini. Masalahnya, modal dimana nak dapat? anda perlukan modal memulakan perniagaan dalam talian, anda perlukan Business Plan untuk memohon dana. Tanpa Pelan Rancangan Perniagaan atau Kertas Kerja Perniagaan yang bagus, permohonan anda mungkin ditolak. Bagaimana nak dapatkan Business Plan yang terbaik? Anda boleh rujuk Koleksi Business Plan disini - Klik Sini !



Itulah 10 tips memulakan perniagaan atas talian (online) yang dapat kami kongsikan disini. Diharapkan anda mendapat serba sedikit gambaran awal untuk bermula berniaga. 


Nota: Jika anda berminat untuk membuat laman web ecommerce sendiri dengan kos yang murah, mudah dan tanpa kemahiran teknikal yang tinggi, daftar dan buka kedai online anda di EasyStore ! Free Trial 14-Days.

Semoga berjaya!

Info rujukan: www.maxis.com.my

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search