-->

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee

- November 04, 2018
Bagaimana Cara Naikkan Jualan Di Shopee? | Semakin ramai yang sedar, Shopee adalah platform terbaik untuk promosi dan jual produk mereka. Ramai yang dah buka kedai online di Shopee. Bukan setakat peniaga dropship, malah syarikat-syarikat besar dan berjenama pun turut membuka kedai online di Shopee. 

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee


Mengapa Shopee? Selain mempunyai pilihan produk yang banyak, pelanggan merasakan hak mereka dilindungi. Betul, kerana selagi barang tidak sampai dengan kita selagi itu pembayaran tidak release dengan penjual. Dan, kerana sistem sebegini boleh mengelakkan penipuan dan memudahkan urusan jual beli.

Dah buka kedai online di Shopee tetapi jualan "krik krik" ?

Apa masalahnya? anda perlu tahu 5 benda paling penting ini jika mahu lonjakkan jualan di Shopee. Apakah 5 benda penting tu?


1 - Letakkan Gambar Produk Yang Menarik Dan Berkualiti

Benda paling utama dalam berniaga di platform digital ini adalah gambar produk. Senjata paling mujarab untuk menjadi tarikan prospek adalah gambar yang menarik dan berkualiti. Ini kerana gambar adalah benda pertama yang prospek tengok, kemudian warna, size dan harga.

Cuba anda lihat gambar contoh dibawah ni..

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee


2 - Fungsi Butang Boost Now

Salah satu sebab produk anda "tersembunyi" kerana terlalu banyak produk dengan nama produk yang dijual di Shopee. Bayangkan jika ratusan ribu produk yang ditulis dengan nama yang sama? bagaimana rasanya produk anda boleh berada di halaman pertama carian dibawah jenis produk sama? Sebab itu, Shopee mencipta button "BOOST NOW" ini. Bila anda tekan button tersebut, produk anda akan naik dihalaman depan dalam tempoh beberapa jam.

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee


3 - Free Delivery

Cuba buka Shopee, katakanlah anda nak cari "baju budak" ! apa benda pertama yang menarik perhatian anda pada baju tersebut? pertama, mesti gambar baju yang menarik..kedua Free Shipping kan? baru lah last tengok harga dia..kalau berpatutan baru beli. Jadi, untuk naikkan jualan apa salahnya jadikan penghantaran sebagai "Percuma" ..

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee



4 - Apply Program Rebate Pos Laju Dari Shopee

Benda ni walaupun ramai dah tau, tapi ramai yang tak buat. Terutama sesiapa yang buat dropship. Katanya tak boleh nak guna, sebab buat dropship je. Sebenarnya boleh je, kalau kena dengan caranya, jimat pun jimat.

Salah satunya adalah bila akaun anda diaktifkan, bila prospek masuk tengok produk, mereka akan nampak logo free shipping tu

Ha,, benda ni lah yang boleh tarik minat prospek nak membeli, ye lah dapat free shipping kan.

Dan korang pun tak kena caj apa-apa pun masa nak pos, Shopee sendiri bagi rebate, korang tinggal print je borang pos yang shopee keluarkan tu nanti bila nak pos barang.

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee


Yang mana nak apply boleh apply dekat sini - https://shopee.com.my/poslaju

Jangan risau, rebate ni tak akan ditolak dari harga asal produk anda!


5 - Cipta Voucher Diskaun

Jika anda ada kedai barangan yang murah-murah di Shopee, kebarangkalian untuk prospek membeli lebih daripada satu amatlah tinggi.

Gunakan Voucher diskaun untuk menarik minat lebih prospek. Selalunya voucher ni ditunjukkan ketika nak lakukan pembayaran.

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee


Lakukan 5 benda simple ni dan lonjakkan jualan di Shopee! kami tahu anda peniaga tetapi jangan abaikan 5 benda ni untuk kedai online anda di Shopee.

Apapun, rezeki itu bukan urusan kita. Anda kena rajin sikit untuk promote produk anda tu.

Tahukah anda, di Shopee pun anda boleh SYNC kedai online anda dari Komuten, EasyStore, atau Shopify ?

Jika nak tahu lebih lanjut tentang selok belok berniaga di Shopee, kami cadangkan anda dapatkan Ebook Bisnes Shopee ini.

5 Benda Paling Penting Bantu Naikkan Jualan Di Shopee




Semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu anda nanti.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search