Slider Widget

Resepi Air Jagung Viral Memikat Selera

Resepi Air Jagung Viral Memikat Selera. Resepi air jagung yang viral ini bukan sahaja sesuai untuk menu minuman di restoran anda. Malah, sangat sesuai untuk bisnes jual air balang di pasar malam, bazar Ramadhan atau ditepi jalan. Resepi power pasti akan memikat selera pelanggan yang meminumnya nanti.


Bagaimana cara menyediakan air jagung viral ini?

Bahan-Bahan:
  1. Air Panas 3 Liter
  2. Susu Cair 1 Tin
  3. Susu Pekat 1 Tin
  4. Kordial Jagung 1 Botol
  5. Jagung 1 Tin
  6. Esen Vanila 1 Sudu Kecil
  7. Secubit Garam
  8. Sirap 1 Sudu Besar
  9. Gula 1 Cawan


Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan air sehingga mendidih sedikit.
  2. Masukkan Susu cair, susu pekat, cordial jagung kemudian gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan jagung, esen vanilla, garam, sirap dan gula dan gaulkan sehingga warna sebati.
  4. Masukkan kedalam gelas atau balang yang berisi ice cube. Sedia untuk diminum.
  5. Tambahkan ice cream di atasnya jika dihidang dalam gelas.


Mahu lebih faham langkah-langkahnya, tonton video di bawah ini..



Sumber: RasaPop

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan Bisnes Air Balang, dapatkan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang dibawah ini.




Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments