Slider Widget

Menangi 100 iPhone X Dengan Pelaburan Unit Amanah ASNB Serendah RM100

Melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara online MyASNB bukan lagi asing bagi kita. Pelaburan ASB menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya rakyat Bumiputera. Dengan kadar dividen yang boleh dikatakan konsisten, pelaburan ASB adalah pilihan untuk menyimpan wang anda dalam jangka masa yang panjang.

Menangi 100 iPhone X Dengan Pelaburan Unit Trust ASNB Serendah RM100



Prestasi Produk Unit Amanah ASNB

Jika kita lihat, prestasi kesemua produk ASNB dibawah. ASB mengungguli carta perbandingan ini. Pilihan yang tidak boleh dinafikan lagi adalah ASB.

Menangi 100 iPhone X Dengan Pelaburan Unit Trust ASNB Serendah RM100


Nota: Prestasi tabung hanyalah untuk rujukan sahaja dan bukanlah petunjuk kepada prestasi masa depan setiap tabung.


100 iPhone X Untuk Dimenangi

Jika anda perasan, ANSB dalam usaha kempen untuk Labur Online Dan Menang melalui pelaburan secara atas talian MyASNB.

Berikut adalah ringkasan kempen ini..

  1. Labur online dan menang menerusi MyASNB (www.myasnb.com.my) dengan menggunakan online banking Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now, Affin Online
  2. Hanya melabur minimum RM100 dalam Unit Amanah ASNB
  3. Tempoh Kempen: 4 September hingga 31 Disember 2018


Bagaimana mendaftar MyASNB?

Apa yang perlu saya lakukan untuk mula menggunakan myASNB? Klik di sini untuk demostrasi

Langkah 1 : Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB
Langkah 2 : Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB
Langkah 3 : Aktifkan akaun myASNB anda
Langkah 4 : Mula melabur dalam unit amanah ASNB

Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.

Mendaftarlah dengan myASNB untuk mula melabur dan mengurus pelaburan anda dengan lebih mudah.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my

Semoga bertuah!

Post a Comment

0 Comments