Cara Memilih Lokasi Jual Air Balang. Sebelum anda memilih tapak menjual, adalah lebih baik buat kajian lokasi dahulu. Jangan pilih lokasi yang baru dibuka atau tiada sesiapapun yang lalu disitu. Tapak yang baru amat susah untuk Tarik pelanggan. Lokasi yang sering dikunjungi orang mungkin lebih sesuai untuk beniaga.
Apabila anda memikirkan tentang berniaga, kita pastinya meikirkan keuntungan. Potensi pelanggan membeli adalah tinggi jika ramai orang yang Nampak gerai jualan anda.
Dimanakah lokasi strategic untuk menjual?
#1 – Kawasan Pasaraya Terkenal
Pasaraya terkenal seperti Giant, Servay, Mydin dan sebagainya adalah tempat tumpuan orang. Setiap hari sentiasa ada pengunjung yang datang membeli-belah disini. Lokasi terbaik adalah dikawasan parking, atau diluar pagar pasaraya. Jika perlu mendapatkan kebenaran dan membayar sewa tapak, anda haruslah berhubung dengan pihak pengurusan pasaraya terbabit.
#2 – Tapak Pasar Malam, Pasar Tani Atau Tamu Hujung Minggu
Tumpuan orang ramai seperti pasar malam, pasar tani dan tamu hujung minggu adalah lokasi paling mujarab untuk menjalankan bisnes jual air dan kuih muih. Jika resepi air balang anda menarik, pasti gerai anda berpusu-pusu orang untuk membeli jualan anda. Tapak jualan boleh didapati di Pihak Berkuasa Tempatan atau menyewa tapak niaga orang lain.
#3 - Kawasan Sekolah, Kolej Atau Universiti
Lokasi ini bukan saja sesuai untuk menjual air balang, malah sangat sesuai untuk menjual kuih muih dan makanan. Pelajar yang tinggal di asrama atau hostel adalah target utama anda. Mereka mungkin sudah muak dengan masakan kantin dan memerlukan kelainan selera setiap hari. Berniagalah di dalam kawasan (dengan kebenaran sekolah) atau berniaga di luar kawasan sekolah atau IPTA. Namun, pastikan anda peka dengan jadual cuti dan majlis yang berlaku disekolah/ipta terbabit. Kalau buka gerai masa cuti, memang kosong lah pelajar, tetapi ketika majlis konvokesyen atau majlis sukan mesti meriah.
#4 – Kawasan Tumpuan Terdapat Kemudahan
Dihadapan deretan kedai runcit, masjid, gereja, dewan dan pusat setempat masyarakat adalah lokasi HOT yang ramai orang. Jalan laluan utama, 2 hala juga merupakan lokasi strategic jual air balang. Pasanglah banner agar gerai anda mudah dilihat nanti.
Apa yang dikongsikan disini cuma sedikit, jika anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang strategi Bisnes Air Balang dapatkan panduan dibawah ini..
[ Beli Ebook ] - Panduan Bisnes Air Balang
Semoga membantu!
Advertisement
1 Comments:
Idea yang menarik. Tetapi apapun dalam berniaga harus jujur Dan jaga kualiti dari segi kebersihan mahupun rasa. Insyaallah boleh berjaya
EmoticonEmoticon