Slider Widget

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Mengikut kaji selidik yang pernah dijalankan, kebanyakkan pembeli online lebih memilih Shopee berbanding laman web ecommerce yang lain. Ini kerana di Shopee terlalu banyak benda yang memberi kelebihan kepada pelanggan setia dan peniaga yang menjual.

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Berikut kami senaraikan 16 sebab kenapa anda perlu berniaga di Shopee berbanding yang lain. Kami percaya, sebab-sebab ini pasti anda akan setuju apabila membuka laman web Shopee. Antara sebab yang sukar dinafikan ialah:-


1. Percuma – Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai sebarang online portal yang menawarkan servisnya secara percuma, tanpa sebarang caj yuran atau caj transaksi pembayaran dan proses, apa yang dibayar oleh pelanggan 100% milik anda. Sebagai perbandingan, untuk menjual di Lelong, anda perlu membayar yuran sebanyak RM400 setahun, setiap transaksi dikenakan caj lingkungan 6%-15%. Begitu juga online portal yang lain seperti Lazada, 11th Street dan lain-lain. Untung anda akan jadi berkurangan kerana terpaksa membayar caj penyedia perkhidmatan tersebut.

2. Sistem Online Mudah – sekiranya anda mahir menggunakan telefon bimbit anda, anda tiada masalah untuk listing barang di Shoppe, hanya ikut langkah-langkah mudah di Shopee Apps, anda boleh mula listing barang dengan terus mengambil gambar dari akaun Shopee, atau upload daripada gambar yang anda save dalam handphone anda atau anda juga boleh import gambar dan listing daripada akaun Instagram anda. Anda hanya perlu linkkan akaun Instagram untuk import terus gambar dan detail barang dari Instagram.

3. Poslaju ditaja oleh Shopee – Untuk tempoh terhad, Shopee ada menawarkan untuk membayar semua kos penghantaran anda kepada pelanggan, anda hanya perlu print consignment note menggunakan komputer yang telah siap ditulis alamat pelanggan dan penghantar beserta nombor tracking, tugas anda hanya perlu membungkus barangan, meletakkan consignment note tersebut di bungkusan pos untuk dihantar ke kaunter poslaju berhampiran. Namun tawaran ini terhad, anda bernasib baik jika tawaran dibuka, terus memohon. Sekiranya anda belum layak untuk mendapat tawaran pos percuma ini, Shopee tetap memberi diskaun postage kepada pelanggan anda, sebagai contoh sekiranya anda meletakkan kos untuk pos ialah RM7.30, Shopee akan taja RM2.30 dan pelanggan anda hanya perlu bayar RM5 untuk postage, anda tetap akan mendapat jumlah penuh.

4. Mobile friendly – Shopee adalah portal online yang mesra pengguna handphone, pengguna boleh download apps Shopee, anda sebagai penjual juga boleh menguruskan tempahan menggunakan apps di telefon bimbit sahaja, termasuk mengemaskini nombor tracking dan membalas mesej pelanggan. Anda juga boleh memasukkan produk, gambar, butir-butir dan harga dengan menggunakan mobile apps sahaja. Cukup mudah, tanpa beli laptop pon anda boleh meniaga seperti seorang professional.

5. Membina reputasi dan jenama - Shopee mempunyai sistem rating dimana pelanggan yang telah membeli daripada anda boleh meninggalkan rating kepada pembeliannya dengan anda sama ada memuaskan atau tidak, markah penuh ialah 5 bintang. Berikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan anda dan tiada masalah anda untuk mendapat rating yang penuh. Jumlah keseluruhan rating akan dipaparkan di profile kedai anda, pelanggan akan lebih yakin untuk membeli daripada kedai yang mempunyai rating yang tinggi dan tidak mempunyai rating negatif. Disini anda boleh membina jenama dan reputasi anda sendiri, sekiranya rating anda tinggi dan banyak, tiada sebarang masalah untuk anda menjual apa-apa produk pun di Shopee.

6. Preferred Seller – Sekiranya jualan anda dan rating anda melepasi satu tahap yang diletakkan oleh Shopee, anda akan diberi taraf Preferred Seller, buat masa sekarang targetnya agak rendah iaitu jualan sebanyak 50 transaksi sebulan, dengan 25 pelanggan unik (unique buyer). Anda juga perlu menjaga rating keseluruhan untuk mendapat gelaran Preferred Seller dan perlu kekalkan jualan dan rating untuk terus memegang dengan gelaran ini. Kelebihan Preferred Seller ini, selain pelanggan akan lebih merasa yakin untuk berurusan dengan anda, pelanggan juga boleh menebus point/mata ganjaran yang diberi oleh Shopee di kedai anda, mata ganjaran tidak boleh ditebus di kedai-kedai lain yang bukan Prefered Seller atau Mall. Shopee juga kerap melakukan promosi khas untuk pemegang status Preferred Seller ini, disini anda mempunyai peluang yang lebih daripada peniaga lain. Sekiranya anda mengikut dengan teliti panduan dalam ebook ini, anda akan turut memegang status Preferred Seller dalam masa yang singkat.

7. Shopee Mall - Terdapat banyak kedai-kedai berjenama atau kedai-kedai official yang telah mula menjual di Shopee, mereka diletakkan di bawah kategori Mall, kategori ini untuk jenama yang dah establish, dimana Shopee menawarkan kedai Mall untuk mereka. Kita dapat lihat bagaimana jenama-jenama besar ini bijak menghidu peluang di Shopee untuk menambah keuntungan dan mengurangkan kos operasi. Kenapa tidak anda?

8. Pembayaran mudah – Shopee menerima semua bayaran online daripada bank-bank utama di Malaysia. Banyak kes pelanggan tidak jadi membeli daripada pembeli kerana tiada bank yang pelanggan mudah untuk membuat bayaran, contohnya, sekiranya pelanggan mempunyai bank CIMB, mereka akan berasa agak berat untuk memindahkan duit ke bank lain seperti Maybank, kemungkinan kerana caj untuk instant transfer, mungkin kita kata berapa sen sangat caj, tetapi bagi pelanggan, mereka mungkin menghargai setiap sen daripada wang mereka. Terdapat juga pelanggan khususnya diluar bandar yang tidak mempunyai kemudahan mesin cash deposit tertentu, sekiranya anda hanya ada bank contohnya Maybank, sementara bakal pembeli hanya ada mesin BSN di kawasannya, kebarangkalian adalah tinggi untuk transaksi tidak berlaku. Masalah ini tidak wujud di Shopee, pelanggan boleh melakukan pembayaran secara online atau cash deposit apa-apa bank terus ke akaun Shopee.

9. Shopee Guarantee - semua pembayaran akan dibuat oleh pelanggan terus ke akaun Shopee, pembayaran akan dikredit ke akaun anda selepas pelanggan mengesahkan terima barang anda atau secara automatic berdasarkan tracking barangan (integrated system Shopee dan Poslaju), bayaran akan dikreditkan ke akaun virtual, Shopee Wallet. Untuk pertama kali, anda perlu mengaktifkan fungsi Wallet di akaun Shopee anda. Semua bayaran dari pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun wallet ini, anda boleh mengeluarkan pada bila-bila masa atau anda gunakan untuk membeli barangan daripada Shopee. Anda boleh mengeluarkan duit dari akaun wallet terus ke akaun anda tanpa caj (3 kali seminggu). Pastikan anda keluarkan secara bijak bagi mengelakkan sebarang kos. Selain itu, sekiranya anda membiarkan duit di dalam wallet anda, sistem secara automatic akan transfer ke akaun bank anda setiap minggu, buat masa sekarang, Shopee akan membuat pembayaran
setiap hari Rabu. 

10. Sistem coins -sistem coinsini dapat menggalakkan pelanggan untuk terus membeli daipada anda atau peniaga lain di Shopee, setiap pembelian di shopee akan diberi beberapa coin dengan kiraan tertentu, untuk pembelian seterusnya, pelanggan boleh menggunakan coin tersebut untuk mendapat diskaun secara terus daripada penjual. Coin hanya boleh ditebus di kedai Shopee yang mempunyai status Preffered Seller atau Shopee Mall.

11. Menjimatkan masa - dengan segala proses yang auomatic, masa anda untuk mengurus transaksi penjualan barangan anda dapat disingkatkan, anda boleh menggunakan masa yang telah dijimatkan itu untuk aktiviti lain seperti promosi pemasaran atau pengemaskinian produk dan kedai.

12. Mengurangkan peluang tawar menawar - kita semua maklum, apabila pelanggan berhubung terus dengan kita, sama ada melalui mesej atau berjumpa untuk COD, kerap berlaku proses tawar menawar, sebagai penjual, anda tentu agak keberatan untuk mengurangkan keuntungan, apalagi barang tersebut memang untung tak banyak, pelanggan pun hanya nak beli satu. Ini meletakkan kita dalam keadaan serba salah, kalau tolak mungkin dia tak jadi beli, kalau terima kita pula yang rugi, jadi dengan menggunakan Shopee ini, anda boleh mengelakkan daripada menghadapi situasi yang membebankan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh memberi diskaun secara berkala dengan menggunakan Promotion Tools di Shopee.

13. Mengurangkan risiko ditipu - bayaran akan disahkan oleh Shopee sebelum Shopee akan memaklumkan anda sekiranya bayaran adalah sah dan boleh meneruskan proses pengeposan barang. Terdapat banyak kes penipuan di online, bukan sahaja pembeli, penjual juga menghadapi risiko yang sama, ada penipu yang mengedit resit menggunakan photoshop, kelihatan sama macam original, semata-mata nakkan barangan kita secara percuma, jika kita cuai dan tidak berhati-hati, kita mungkin akan terperangkap, siap pulangkan baki dalam sampul. Biasa terjadi kepada penjual yang baru memulakan perniagaan, mereka agak teruja bila mendapat pelanggan sehingga melupakan perkaraperkara penting yang patut disemak dan dipastikan terlebih dahulu oleh penjual sebelum menghantar barangan kepada pelanggan. Masalah ini tidak terjadi di Shopee, selagi bayaran belum disahkan, anda tak perlu menghantar barangan kepada pelanggan.

14. Promosi – Shopee sebagai penyedia portal juga menjalan promosi yang agak hebat untuk produk-produk terpilih terutama secara online seperti iklan Google dan Facebook, termasuk di kaca TV. Anda dapat menjimatkan kos promosi anda dengan bantuan Shopee sendiri. Mungkin produk anda sendiri akan diletakkan di iklan mereka. Selain itu, Shopee juga kerap menawarkan kupon untuk semua pengguna Shopee seperti diskaun RM10, diskaun RM5, dimana pelanggan perlu meletakkan kupon yang diberikan ke kedalam ruang kupon sebelum diskaun diberi. Pelanggan tentu lebih berminat untuk membeli, tambahan pula diskaun dibuat oleh orang lain. Anda tetap akan dibayar penuh walaupun pembeli membeli dengan harga diskaun.

15. Support Customer Service – Sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam. Hanya klik link support, anda boleh terus menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau jika anda mahu bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan. Sebarang masalah yang timbul antara pelanggan dan anda juga boleh dirujuk kepada mereka bagi menjamin kelancaran jualan anda di Shopee.

16. Pendapatan tidak terhad - Pendapatan yang anda boleh dapat di Shopee adalah tidak terhad, anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan bergantung kepada usaha anda.

Perkenalkan kepada anda, sebuah buku digital hasil penulisan saudara John Jenin. Didalam ebook ini, beliau menceritakan bagaimana anda memulakan perniagaan di Shopee dan apakah cara untuk menghasilkan jualan melalui pemilihan produk yang betul untuk dijual.

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Untuk membuat pembelian Ebook Bisnes Shopee ini, Klik Sini

Berikut adalah contoh pendapatan di salah satu akaun Shopee yang beliau kendalikan. Berdasarkan gambar di bawah, jumlah jualan terkumpul ialah sebanyak RM 81,137.93.

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee


Dengan jumlah jualan mingguan sebanyak RM1000-RM3000. Ini adalah screenshot yang sebenar dan saya sedang mengendalikan beberapa akaun Shopee dengan pelbagai jenis produk.

16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee


Sekiranya anda mempunyai 10 akaun yang seperti ini, anda boleh bayangkan pendapatan yang bakal anda perolehi, namun semua bergantung kepada usaha dan keizinan Tuhan.

Usah membazirkan masa anda, sedut saja ilmu yang dikongsikan saudara John Jenin ini. Klik link dibawah untuk membeli buku beliau ini dan mulakan perniagaan anda di Shopee.


Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments