-->

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

- August 27, 2018
Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim. Musim durian kali ini memang buat ramai teruja sebab harga durian kali ini agak murah berbanding selalu. Jadi ada mesti antara kita yang tak lepaskan peluang untuk beli banyak-banyak! Kalau yang ada dusun atau kebun tentulah lagi seronok dibuatnya.

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

Apa yang menariknya, macam-macam resepi kita boleh buat dengan menggunakan durian. Antara yang terkenal termasuklah durian crepe, cream puff durian, kek durian cheese, seri muka durian, dan tak lupa juga jem durian dan tempoyak.

Jom kita tengok resepinya selengkapnya di bawah ini.


Resepi Aiskrim Durian Homemade Yang Lemak Berkrim

BAHAN-BAHAN

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim


  1. 1 cawan isi durian (nak letak lebih pun lagi sedap)
  2. 1 tin susu cair
  3. 3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
  4. 1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
  5. Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA

1. Blend semuanya hingga hancur dan sebati

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

2. Lepas tu saya pakai mixer untuk kembangkan bagi bertambah isinya. Kalau yang tak ada mixer, mungkin boleh blender lama sikit.

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim


Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Muat la masuk dalam bekas aiskrim 1.5L ni.

Resepi Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim

4. Tunggu beku, lepastu bolehlah makan. Sedapnya!


MUDAH, KAN?

Rupanya senang sangat nak buat aiskrim durian sendiri di rumah. Jimat pula tu.

Rugi kalau tak cuba. Nak-nak pula tengah musim durian ni. Jadi, bagi yang ada durian lebih tu bolehlah buat aiskrim durian. Memang nikmat sungguh makan aiskrim ni bila cuaca panas. Tak payah susah-susah beli di kedai lagi.

Resepi aiskrim durian homemade lemak berkrim ini dikongsikan oleh Puan Syu Islamiah. 

Sumber: siraplimau

Jika anda berminat nak memulakan bisnes jual aiskrim, boleh baca panduan dibawah ini.

Semoga bermanfaat.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search