Resepi Aiskrim Asam Boi Yang Mudah Dan Sedap. Teringat zaman kanak-kanak dulu, aiskrim batang ni selalu ada dalam peti sejuk emak buat untuk kita. Kalau tak ada pun, di sekolah banyak dijual hehe..
Dulu masa kami bersekolah dulu, harga aiskrim ni hanya 20 sen sebatang. Sekarang, tak tahu lah sebab tak pernah beli. Kita lebih suka buat sendiri baru tahu tahap kemanisan tu macam mana. Paling best, warna air tu boleh dipelbagaikan kepada banyak warna. Ada warna merah, oren, hijau dan sebagainya.
Cara untuk buat aiskrim ni pun sangat mudah. Nak buat aiskrim asam boi ni? boleh ikut langkah penyediaan resepi dibawah.
Bahan-bahan diperlukan:
- Air gula (manis ikut citarasa masing2x)
- Daun pandan
- Asam Boi merah(Klu nak blh di potong 2)
- Plastic Aiskrim
Cara menyediakan dan memasak:
- Mudah sahaja cuma masak gula bersama daun pandan
- Bila agak larut gula dan pekat sedikit tutup api & sejukan
- Masukkan asam boi merah tadi kedlm plastik Aiskrim
- Setelah air gula tadi sejuk baru masukan/tuangkan kedalam plastik yg sudah berisi asam boi tadi
- Kemudian simpulkan hujung plastik tadi & siap
- Masukkan kedlm peti sejuk dan setelah keras sedia utk di makan.
Sumber: myresepi.com
Itulah dia Resepi Aiskrim Asam Boi yang diminati semua lapisan masyarakat di Malaysia. Bisnes menjual aiskrim ini juga boleh menguntungkan peniaga. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang bisnes aiskrim, boleh baca panduan dibawa ini.
Semoga bermanfaat.
Advertisement
EmoticonEmoticon