-->

Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan

- May 17, 2018
Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan. Siapa sangka dengan hanya menjual pakaian bundle boleh menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan kepada sestengah pihak.  Bundle yang dahulunya ibarat suatu benda yang lapuk dan tidak selalu disebut-sebut, tetapi telah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini.  Perniagaan bundle jauh lebih berbeza dengan masa sekarang.  Bundle pada masa kini sering sahaja menjadi perbualan dan mendapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan masyarakat.

Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan

Bundle boleh diertikan dengan pakaian pakaian yang terpakai yang mempunyai kualitinya yang tersendiri.  Barang bundle itu sendiri seperti baju, seluar, handbag, kasut dan sebagainya biasanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Barang-barang bundle ini kebanyakkannya adalah daripada barang yang original yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Antara jenama yang sering disebut-sebut ialah Levis, Dockers, Polo, Harley Davidson dan pelbagai lagi.  Barang bundle ini kebiasaanya diimpoet dari luar negara seperti US, Jepun dan Korea. 

Kebiasaanya, apabila kita bercerita tentang bundle, apa yang terlintas di minda kita ialah stok bundle ini tidak seperti stok yang berada di butik-butik ternama dipusat membeli- belah.  Stok bundle itu sendiri didatangkan dalam sekumpulan guni atau lebih. 

Menurut salah seorang pemuda yang telah berjaya dalam bidang bundle ini, bermula dengan hanya minat dengan pakaian-pakaian seperti ini yang dikatakan mudah didapati dan mempunyai kualitinya yang tersendiri,  sekaligus membuatkan aktiviti yang dahulunya hanyalah suka-suka bertukar kepada bisnes yang lebih serius.

Mengikut  Mohd Firdaus bin. Mat, seorang pemuda yang berusia 25 tahun, minatnya mula berputik dalam perniagaan bundle ini adalah bermula dengan melihat rakan beliau yang lain berniaga bundle dengan begitu baik dan dapat menghasilkan sambutan yang sangat menarik daripada ramai pihak.

Bermula dari situ, beliau mula berkecimpung berniaga barang-barang bundle ini secara kecil-kecilan dengan hanya membuka kedai dikaki lima, tepi jalan dan hasilnya sangat mengalakkan.

Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan tentang bundle ini, Mohd Firdaus bin. Mat bertekad untuk membuka sebuah kedai daripada hasil yang begitu memberangsangkan tentang jualan beliau. Dengan hasil usaha gigih dirinya sendiri, beliau telah berjaya membuka sebuah kedai diatas namanya sendiri yang diberi nama sebagai STYLO BUNDLE di daerah Parit Buntar, Perak.  Kedai ini beroperasi dari 10 pagi hinggalah 7 petang.

Daripada hasil kedai yang telah ditubuhkan itu, beliau mendapat keuntungan yang sangat lumayan antara RM5000-RM6000 sebulan.  Sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang betul-betul minat terhadap bundle ini sangat menggalakkan.  Selain perniagaan yang beroperasi di kedai, beliau juga selalu mengadakan event bundle seperti festival bundle dan sebagainya untuk memperkenalkan lagi kedai beliau kepada orang ramai.

Menurut beliau lagi, matlamat utama beliau untuk  lebih serius dalam perniagaan bundle selain daripada menambahkan pendapat ialah untuk mengubah persepsi segelintir masyarakat yang menganggap bundle itu sebagai barang yang tiada nilai.  Seperti yang diketahui, tidak semua orang suka dengan pakaian bundle ini, malah ada yang menganggap barang bundle ini barang kotor dan buruk.

Bagi Mohd Firdaus Bin. Mat, bundle mempunyai nilainya yang tersendiri dan beliau pernah berkata ‘ jika kita pergi ke kedai makan , kita tidak kisah cawan dengan pinggan itu adalah bekas orang guna, mengapa kita hendak kisah tentang pakaian juga’. Baginya bundle adalah sama dengan pakaian-pakaian yang lain.  Hanya yang betul-betul memahaminya sahaja yang dapat menilai barang bundle itu sendiri.


Dengan tidak langsung, perniagaan bundle pada masa sekarang sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat berbanding dahulu.  Perniagaan telah berkembang lebih maju searus dengan teknologi yang membangun di negara kita.  Bundle nampak biasa, tetapi hasilnya sangat luar biasa.


Berminat menceburi perniagaan bisnes baju bundle? Baca info lanjut tentang panduan lengkap bisnes bundle ni – Klik Sini

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search