Resepi Jus Delima Tembikai. Pengambilan buah delima dikatakan, boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu mengembalikan sel kulit dan pembentukan semula tisu badan.
Kajian dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh di Scotland pula mendapati, buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Jus ini bukan saja sedap tetapi berupaya melegakan tekak kehausan dan mudah disediakan.
Bahan-bahan:
- Tembikai - 4 potong (dikisar dan dipotong dadu)
- Buah delima - 2 sudu besar (dikopek)
- Jus Delima - 1 gelas kecil
- Air gula - 1 sudu kecil
- Ais - 1 mengkuk kecil
Cara Penyediaan:
- Tuangkan ais ke dalam cawan dan diikuti denga air gula
- Campurkan jus delima
- Masukkan tembikai yang sudah dikisar tadi
- Taburkan buah delima yang sudah dikopek
- Letak tembikai yang sudah dipotong kecil dan berbentuk dadu
- Siap untuk dihidang
Info Tambahan:
Antara khasiat buah delima;
- Mengurangkan batuk.
- Membantu menstabilkan paras kolesterol.
- Membantu merendahkan tekanan darah.
- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
- Melindungi otak bayi dan ibu mengandung.
Sumber: Bharian
Sekiranya anda jadikan Jus Delima Tembikai ini untuk dijual Air Balang di Bazar Ramadhan. Tambah kuantiti bahan-bahannya mengikut saiz balang yang digunakan.

Advertisement
EmoticonEmoticon