-->

Resepi Air Sirap Bandung Cincau Untuk Air Balang

- May 23, 2018
Salam semua, tak larat nak masak, kalau masak pun setakat goreng2 telur aje, loooo tak caya ke, nanti lah entri yang akan datang anda tengok, apa che mat masak. Untuk tengah hari ini, kita minum dulu lah kan. Benda biasa aje. Entri macam ni kalau che mat buat masa bulan puasa, sah2 ada yang pingsan tergolek atas lantai opis katanya. Sirap bandung cincau tu bukan apa sangat, siapa2 boleh buat. 

Tapi kata orang lah kan sirap bandung ni femes di Johor tapi jangan cari di Bandung, Indonesia, memang tak jumpa, macam tu juga mi badung. Yang ni che mat buat cepat, cuma guna kordial sirap Jalen, susu rendah lemak, cincau yang diparut dan ais kiub. Kalau anda nak tambah air pun boleh. Sirap Jalen tu dah sedia kala manis, anda tak perlu tambah gula lagi....Nak resipi?...alah hai senang sangat, nak tulis pun segan...

Resepi Air Sirap Bandung Cincau Untuk Air Balang


BAHAN-BAHANNYA 

  1. Kordial Sirap Ros Jalen secukupnya (atau sebarang jenama)
  2. Susu rendah lemak secukupnya
  3. Cincau yang diparut secukupnya
  4. Ais kiub secukupnya
  5. Air mineral jika perlu


CARA MEMBUATNYA 

  1. Tuang susu rendah lemak secukupnya ke dalam gelas. Kalau suka boleh tambah sedikit air. Perlahan2 masukkan 2-3 camca besar kordial sirap ros Jalen. Tambah ais kiub dan akhir sekali sudukan 2 camca besar cincau yang telah diparut. 
  2. Biar sejuk dan sebelum diminum, anda perlu kacau perlahan hingga semua bahan2 rata. Selamat mencuba... ehemm....



Nak berniaga air balang? baca panduan memulakan Bisnes Air Balang disini - Klik Sini


Advertisement

2 Comments

avatar

susu rendah lemak boleh tukar x dgn susu cair ?


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search