Perbandingan E-Commerce Platform Shopify Vs Easystore. Membuat keputusan untuk membuat laman web e-commerce untuk perniagaan adalah satu keputusan yang sukar apabila mahu memulakan perniagaan online. Jika anda mempunyai kemahiran membuat website, perkara ini mungkin bukan masalah tetapi jika tiada kemahiran teknikal dalam website ini yang memeningkan kepala anda.
Ramai yang berniaga tetapi bukan seorang yang mahir teknikal, maka mereka mengupah website designer atau builder untuk buat website. Kos untuk upah bukan RM100, bukan juga RM1000 tetapi boleh mencecah RM100,000 bergantung kepada keperluan website anda.
Apa Kelebihan Website?
Puas melayan karenah pelanggan di Facebook, Instagram dan Twitter? Siap beli aplikasi robot untuk auto reply message pun masih tak cukup tangan?
Ini antara kelebihan apabila anda ada website jualan online:
- Promote bisnes anda di Google (Orang taip di google, jumpa blog/website anda)
- Boleh gunakan Integrated Martketing (Google, Facebook & Instagram)
- Boleh iklankan semula kepada prospek anda (Retargeting Facebook & Google)
- Kumpul database
- Tak perlu PM guna Whatsapp lagi
- Bisnes lebih professional dan dipercayai
Bagaimana jika anda tiada budjet untuk upah orang untuk website builder?
Berita gembira kepada anda yang mahu membuat website e-commerce untuk bisnes. Walaupun anda bukan mahir teknikal atau tiada bajet besar upah designer, anda boleh membuat website e-commerce yang cukup sempurna dan lengkap dengan payment gateway.
Bagaimana?
Dengan menggunakan Website Builders!
Dengan guna website builders, anda hanya perlu keluarkan modal subscription secara bulanan atau tahunan dengan kos yang sangat rendah. Pengurusan website juga sangat mudah, lebih-lebih lagi jika anda berniaga menjual produk dropship.
Dengan website builders, anda boleh siapkan website kedai jualan online anda semudah ABC dalam sehari saja!
Guna Website Builders Untuk Kedai Jualan Online
Ya, setiap keputusan pasti ada Pro dan Kontranya. Ini adalah cara yang terbaik membandingkan website builder mana yang sesuai untuk keperluan bisnes online anda.
Baiklah, disini kami kongsikan dengan anda 2 website builders yang memang terkenal di Malaysia. Ini antara website builder yang menjadi pilihan ramai peniaga.
Shopify dan Easystore! Kini anda boleh pilih samada anda ingin menggunakan platform Shopify atau EasyStore.
Kedua-dua website builder ini menghasilkan Website E-Commerce.
Mari kita lihat perbandingan antara dua platform ini.
Platform Shopify Malaysia
Pertama sekali, jom kaji platform Shopify dulu. Ada yang kata, Shopify ni bagus tapi kat mana yang bagusnya?
Harga
Dibawah ini adalah pakej harga yang ditawarkan Shopify.
Dari segi harga, Shopify agak sedikit mahal. Dalam USD memang nampak sikit tapi bila convert duit RM memang nampak mahal sikit.
Features
Walaubagaimanapun, dari segi Features yang ada didalam Shopify ni lebih mesra untuk market oversea. Currency yang digunakan adalah USD ($)
Payment
Anda juga boleh integrated sistem pembayaran melalui Kad Kredit/Debit. Bukan itu saja, anda boleh gunakan PayPal dan Payment Gateway lain.
Template Design
Shopify mempunyai platform untuk membolehkan anda untuk edit website sendiri. Terdapat 100 lebih template (free dan berbayar) yang anda boleh gunakan. Selain itu, anda juga boleh membeli template untuk digunakan dalam platform Shopify.
Sekiranya anda memang nak custom dari segi layout website e-commerce, memang anda patut pilih Shopify.
Blogging Dengan Shopify
Selain mempunyai design template yang menarik, Shopify membenarkan kita untuk buat blog di website ecommerce. Ruangan blog ini adalah artikel berkaitan produk, perkongsian dan sebarang info yang boleh menarik pembaca mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut. Blogging lebih mesra SEO dan menarik trafik masuk ke website kita.
Cuba Shopify sekarang, ada Free Trial 14 Hari - Daftar Sini
Platform EasyStore Malaysia
Walaupun ramai kata Shopify best, tetapi jika anda bukan teknikal punya orang lebih jimat dan mudah guna platform EasyStore.
Apa yang membuatkan EasyStore juga pilihan terbaik?
Harga
Dibawah ini adalah pakej harga yang ditawarkan platform EasyStore.
Kalau nak dibandingkan dengan Shopify, harga yang EasyStore tawarkan jauh lebih murah dan sangat-sangat berbaloi.
Kalau anda baru nak start bisnes dan mahu buat website e-commerce ni, memang kami galakkan anda gunakan platform EasyStore Malaysia.
Harga yang dikenakan pula dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) Jadi memang sangat-sangat jimat jika gunakan EasyStore ini.
Features
Fungsinya lebih kurang Shopify. Tetapi bezanya, anda tidak dapat custom website anda.
Tapi, jika anda bukan suka dan mahir mengedit layout, lebih baik tak payah kacau apa-apa layout lagi. EasyStore memang dah fix untuk memudahkan anda yang tiada kepakaran custom design ni.
Payment
EasyStore adalah salah satu platform yang mesra LOKAL (untuk pembeli Malaysia). Sebab itu, system pembayaran dimudahkan denga guna Kad Kredit/Debit, Online Banking, dan lebih menarik banyak payment gateway yang sesuai digunakan untuk proses pembayaran di website anda seperti Ipay88, billplz, revPAY, MP@Y, MOLPay, Braintree, eGHL dan banyak lagi.
Template Design
Buat masa ini, EasyStore ada 35 template website untuk digunakan secara percuma.
Namun, template ini akan diupdate jika ada idea daripada anda. Ianya percuma saja!
Blogging Dengan EasyStore
Dulu, EasyStore tiada rungan blog ini. Tetapi, sekarang sudah ada blog untuk attract lebih pelanggan dan trafik ke website ecommerce anda nanti.
Multi Channel Selling
Lebih kepada local bukan bermaksud anda tak boleh jual di oversea!
EasyStore membolehkan anda Sync produk atau website anda di Lazada, 11Street, Amazon, ebay, dan banyak lagi.
Jika anda dropship produk dari Komuten, anda boleh sync produk disana ke EasyStore, Lazada, 11Street, Lelong dan ebay.
Cuba EasyStore sekarang, ada Free Trial 14 Hari - Daftar Sini
Kesimpulan
Memilih bukan kerja mudah! Tetapi, sebagai peniaga, anda harus tahu menilai mana yang terbaik untuk website anda. Jika produk tidak lebih 1000 dan tidak mempunyai bajet yang banyak untuk buat website ecommerce, anda sangat digalakkan guna platform EasyStore Malaysia. Jika anda sudah kembangkan bisnes kepada tahap lebih maju, gunakanlah Shopify Malaysia. Maksud saya, ditahap permulaan saja ambillah pakej basic. Jika sudah expert dengan platform ini, mungkin boleh fikirkan untuk upgrade ke pakej Plus atau Premium. Walaubagaimanapun, keputusan terletak di tangan anda!
Semoga berjaya dalam perniagaan ya! dah buat website jualan nanti, jangan lupa share dibahagian komen dibawah :)
Advertisement
EmoticonEmoticon