-->

10 Cara Promosi Bisnes Homestay Terbaik Untuk Pemula

- February 26, 2018
Cara Mempromosikan Bisnes Homestay Terbaik. Pergilah kemana saja lokasi di Malaysia ni, homestay pasti ada diiklankan di papan tanda tepi-tepi jalan saja. Mengapakah bisnes homestay ini menjadi fenomena bisnes yang semakin menguntungkan adab ini? 

Jawapannya? sebab homestay lebih murah berbanding Hotel...homestay lebih selesa dan bebas berbanding hotel yang hanya terhad dengan sebuah bilik...homestay boleh buat aktiviti outdoor seperti BBQ, Camping, atau buat pasrty yang simple di dalam rumah penginapan/homestay.


Pic Credit to Joyofun.blogspot.com

Kali ini, kita akan cuba ketahui 10 Cara Promosi Bisnes Homestay Terbaik Untuk Pemula bisnes homestay yang baru nak start atau bercadang untuk buat bisnes homestay ni.

Untuk permulaan, kita fahami dulu 10 cara untuk promosikan homestay anda supaya lebih dikenali pengunjung yang sedang mencari tempat menginap di sesuatu kawasan itu!


10 Cara Promosi Bisnes Homestay Terbaik Untuk Pemula


1 – Lokasi Strategik
Berhampiran dengan lokasi tarikan pelancong dan pemandangan yang menarik merupakan pilihan utama bagi mereka yang sedang bercuti. Bukan setakat strategik dengan lokasi pelancongan dan pemandangan menarik, malah strategik untuk membeli keperluan makanan yang boleh dimasak atau dimakan ketika di homestay.

2 – Fahami Golongan Sasaran Pelanggan
Buat sedikit kajian dan survey, siapakah golongan yang paling berpotensi untuk menjadi pelanggan anda. Adakah golongan bujang, golongan keluarga, atau pasangan yang berbulan madu. Apabila anda mengenalpasti sasaran pelanggan yang anda tau, disitulah anda target mereka untuk promosi seterusnya.

3 – Buat Website/Blog Untuk Homestay
Untuk menimbulkan rasa percaya dan keyakinan pelanggan terhadap homestay anda itu, membuat sebuah website atau blog adalah cara terbaik untuk promosi dan menarik minat bakal pelanggan anda nanti. Website/blog boleh dibuat secara percuma melalui blogspot atau wordpress.

4 – Buat Fan Page Di Facebook Untuk Dekat Dengan Pelanggan
Promosi menggunakan Fan Page di Facebook merupakan platform paling pantas untuk bakal pelanggan anda menjumpai homestay anda. Fan Page tersebut haruslah mempamerkan spesifikasi, keadaan dan update terkini homestay anda. Biarlah anda lebih dekat dengan prospek dan mudah berhubung dengan anda.

5 – Iklankan Di Website Pengiklanan Percuma
Ada banyak website pengiklanan percuma. Anda boleh iklankan perkhidmatan homestay anda disana dengan percuma, misalnya mudah.my, majalah.com, dan sebagainya.

6 – Promosi Dan Diskaun Istimewa Perayaan
Dimusim perayaan, ramai yang mengambil masa ini untuk bercuti bersama seisi keluarga. Untuk menarik lebih ramai pelanggan, tawarkan promosi dan diskaun istimewa untuk pelanggan anda menginap di homestay anda. Promosi ini boleh saja penginapan percuma, diskaun potongan harga dan sebagainya.

7 – Tawarkan Penginapan Percuma
Penginapan percuma selalunya menjadi rebutan orang ramai. Tawarkan penginapan percuma kepada pelanggan yang bertuah dan pastikan servis anda tip top. Apabila homestay anda viral atau menjadi buah mulut orang, secara drastik tempahan akan meningkat.

8 – Gunakan SEO Marketing
Ramai yang buat bisnes homestay ni, tetapi tidak ramai yang gunakan servis SEO Marketing. SEO adalah Search Engine Optimization, iaitu kekuatan kebolehcarian homestay anda di enjin carian google, yahoo, bing dan sebagainya. Sebagai pemilik homestay, anda boleh gunakan teknik SEO marketing guna website/blog sendiri atau mengupah blogger review bisnes homestay anda. Kalau ada bajet lebih, apa salahnya anjurkan kontes SEO untuk blogger-blogger di Malaysia.

9 – Jalin Kerjasama Dengan Orang Luar
Kunci utama kejayaan bisnes ini adalah kebolehpercayaan dan kerjasama dengan orang luar. Jalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan, orang kampung atau homestay lain. Tawarkan komisen bagi sesiapa saja yang membawa pelanggan menginap di homestay anda. 

10 -  Dapatkan Testimoni dan Paparkan Dalam Website/Blog/Facebook
Pelanggan yang bijak akan melihat testimoni pelanggan terdahulu yang pernah menginap di homestay tersebut. Paparkan testimoni pelanggan anda di website/blog/fan page Facebook anda untuk lebih meyakinkan pelanggan anda. Tawarkan komisen jika perlu untuk setiap testimoni yang diberikan kepada anda.

Cukup tak? Tak cukup...baca panduan urus homestay dibawah ni..


Banyak lagi teknik pemasaran dan perkongsian tentang bisnes homestay akan diupdate di blog ini. Pastikan anda membacanya untuk rujukan dan panduan bisnes homestay anda nanti.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search