-->

Kos Dan Keuntungan Jual Soft Ice Cream

- January 22, 2018
Kos Dan Keuntungan Jual Soft Ice Cream. Semua orang sukakan aiskrim. Aiskrim sedap kerana kemanisan, sejuk dan perasa yang membuatkan kita asyik nak makan je. Kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas pun gemarkan aiskrim. Sebab itulah, bisnes aiskrim tetap akan menguntungkan jika tahu bagaimana pengiraan kos memulakan perniagaan dan kadar keuntungan.

Bahan Dan Keperluan Asas Bisnes Jual Aiskrim (Soft Ice Cream)

Percaya tak? untuk memulakan bisnes jual soft aice cream hanya ada 4 bahan utama sahaja yang diperlukan? yaa..

Kos Dan Keuntungan Jual Soft Ice Cream

  1. Powder/Liquid bahan ais krim
  2. Kon
  3. Mesin Ais Krim
  4. Elektrik (boleh disambung dari rumah/kedai/dewan atau gunakan generator set)
Hanya 4 ini sahaja keperluan untuk memulakan bisnes jual aiskrim. Mudah kan?

Cara Penyediaan Soft Aiskrim

Cara penyediaan soft aiskrim amatlah mudah. Anda hanya perlukan powder/liquid bahan aiskrim dan air.

Lihat video tutorial penyediaan soft aiskrim menggunakan mesin Soft Aiskrim yang berbeza. Dalam video ini,

Ice Cream Powder + 2 Galon Water


Mudah kan? siapapun boleh buat aiskrim ni..


Kos Dan Keuntungan Menjual Soft Aiskrim

Jualan soft ais krim dapat memberi pulangan sehingga 100% dari kos bahan. Hasil jualan yang anda akan terima adalah lebih kurang 50:50. Memang lumayan!

Anggaran kos:
  1. Bahan soft ais krim (liquid) - RM18/pack (50 serving)
  2. Kon ada 3 jenis

i. Sugar cone (jenis biskut, sedap dan rangup) - RM28/kotak (300 pcs)
ii. Wafer cone - RM39/kotak (450pcs)
iii. Wafer cone kecil (macam orang jual aiskrim atas motor) - RM30/kotak (800 pcs)

Kiraan mudah. Untuk membuat 900 unit ais krim untuk majlis perkahwinan, kos yang anda perlukan adalah:
  • 3 kotak kon: RM32 x 3 unit = RM96
  • 18 packet bahan ais krim: RM18 x 18 unit = RM324
  • Lain-lain kos: RM30

Kos keseluruhan: RM96 + RM324 + RM30 = RM450

Anggaran keuntungan:

Harga jualan pula RM1/unit ais krim untuk 900 unit

Untung kasar: RM1 x 900 unit = RM900

Maka untung bersih yang anda bakal terima adalah RM450 !

Baca - Panduan Memulakan Bisnes Aiskrim

Mesin aiskrim --> KLIK SINI

Semoga membantu.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search