-->

Jana Pendapatan RM7K Sebulan Hanya Dengan Menjual Nangka Tepi Jalan

- January 04, 2018
Bisnes ni kadang-kadang bermula hanya dengan buat secara suka-suka. Dan, apabila sudah menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit barulah menjadi punca pencarian utama. Jika mempunyai azam yang kuat, boleh saja bisnes tu dikomersialkan jika kena pada caranya.

Kali ini, kami kongsikan dengan anda bagaimana seorang remaja menjana pendapatan sampingan dengan jual buah nangka tepi jalan saja. Melalui status facebook Prof Abdullah Hassan, beliau sangat kagum dengan income yang remaja lelaki ini buat setiap hari.

Jual Buah Nangka Tepi Jalan Jana RM350 Sehari

“Sambil menunggu peraih nangka madu ini membungkus nangka hamba, hamba melihat nangkanya habis, cuma ada tiga bungkus untuk hamba. RM5.00 sebungkus, tidak perlu ditimbang” Prof Abdullah Hassan mengulas.
Jana Pendapatan RM7K Sebulan Hanya Dengan Menjual Nangka Tepi Jalan

Berapa untung untuk setiap biji nangka? Jawapnya, RM70.00. Berapa buah nangka dijual setiap hari? Jawapannya 5 buah nangka. 

Wah! RM350.00 sehari??

Remaja lelaki ni  tersenyum, dan menyambung kata-kata, "Bolehlah, sementara menunggu dapat kerja?"

Pendapatan Jual Nangka Lebih Besar Daripada Gaji Seorang Graduan Universiti

Jumlah yang besar jika dibuat setiap hari. Kerja menjual buah nangka ini dapat membawa pendapatan RM7,000 sebulan, jikalau dia belerja 5 hari seminggu. Padahal graduan hanya mendapat gaji RM2,200 sebulan. Itupun kalau bekerja di sector awam, kalau dengan sector swasta mungkin hanya RM1,600 sebulan.

Persepsi masyarakat beranggapan, apabila seseorang itu mempunyai pekerjaan tetap maka pendapatan pun TETAP. Dalam bisnes, anda perlukan kekonsistenan untuk meneruskan perniagaan dan menjana keuntungan yang lebih. Lebih rajin anda menjual, maka lebih banyaklah pendapatan anda.

Pertanian juga adalah perniagaan. Remaja lelaki ini mungkin mempunyai ladang buah-buahan yang besar. Atau mungkin juga membelinya dari pasar tani untuk dijual semula. Namun, keuntungan pasti anda, secara kasar RM7,000 sebulan adalah relevan. Jika ditolak dengan modal membeli nangka, mungkin boleh jadi RM3,000 sebulan. Ianya masih lebih besar berbanding gaji seorang graduan yang bekerja di syarikat swasta.

Kesimpulan

Anda yang mahu memulakan perniagaan tapi tidak tahu perniagaan apa yang anda nak buat, mungkin boleh buat bisnes jual buah nangka ini juga. Seeloknya, kita sebagai warga Malaysia tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan mana tau bisnes suka-suka inilah yang menjadikan anda jutawan nanti. Jadikanlah cerita ni sebagai sumber inspirasi kepada diri anda.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search