-->

Borong Barang Tanpa Orang Tengah Dari China - Rahsia Taobao China

- January 08, 2018
Borong Barang Tanpa Orang Tengah Dari China - Rahsia Taobao China. Berniaga kena pandai, pandai cari lubuk dimana dapatkan produk laku keras dan lebih murah berbanding melalui agen atau orang tengah. Memborong barang dari luar negara memang susah, lebih-lebih lagi bila tak tahu berbahasa English dan berbahasa Cina. Orang tengah yang memborong dari luar pasti akan mengenakan caj untuk perkhidmatan mereka.

Kenapa perlu bayar lebih sedangkan ada cara yang lebih baik untuk borong produk dari China?

Kali ini, kami akan kongsikan dengan anda satu panduan memborong produk dari China bagi bypass orang tengah ni. Bukan nak tutup periuk nasi orang, tetapi untuk mengelakkan kes penipuan dan mengurangkan kos perbelanjaan nanti.


Cara Borong Barang Dari China Dengan Mudah Dan Lebih Murah

Kita sedia maklum bahawa negara China merupakan pusat barangan murah di dunia. Ia menjadi pusat untuk ramai peniaga dari seluruh dunia mendapatkan stok barang secara borong pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi di negara masing-masing termasuklah peniaga dari negara kita, Malaysia.

Borong Barang Tanpa Orang Tengah Dari China - Rahsia Taobao China

Laman web Taobao China merupakan salah satu anak syarikat E-Commerce yang terbesar di China, Alibaba. Cuma yang membezakan konsep antara kedua laman web ini adalah, Taobao kita boleh membeli secara borong dengan kuantiti yang sedikit, walaupun 5 unit pun dibolehkan. Manakala, Alibaba perlu melakukan pembelian borong dengan kuantiti 500 hingga 10,000 setiap transaksi.

Dengan membeli di Taobao, kosnya lebih rendah berbanding perlu order sehingga penuh satu kontena jika beli borong di Alibaba.


Elakkan Kes Penipuan Di Taobao

Atas kertas, nak memborong barang-barang fizikal dari China kadangkala nampak mudah.Tapi hakikatnya ada yang pernah ditipu dan telah melakukan pelbagai kesilapan di dalam menjalankan bisnes borong ini.Ia mengakibatkan kerugian beberapa ribu ringgit dan terpaksa menghadapi pelbagai masalah. 

Antaranya :
  1. Ditipu oleh pembekal. Sudah order dan bayar tapi... barang tak sampai-sampai!.
  2. Stok sampai, tapi tak boleh pakai langsung!
  3. Tersalah pilih stok, yang menyebabkan barang susah untuk dijual.

Masalah-masalah ini ada yang menyebabkan mereka kerugian begitu banyak wang, masa dan tenaga.Tuhan saja yang tahu perasaan mereka yang pernah ditipu.

Ada mereka yang takut ditipu, mereka pergi sendiri ke China untuk memborong. Berapa kos perjalanan yang terpaksa ditanggung?

Borong Barang Tanpa Orang Tengah Dari China - Rahsia Taobao China

Lihat! Bukankah ianya terlalu tinggi ?

Ini belum termasuk mengupah seorang translater bahasa Cina jika anda tidak fasih berbahasa English atau Cina. Tambah lagi kos belanja ke sana.

Bagi mengelakkan permasalahan seperti ini berlaku, kami perkenalkan kepada anda sebuah Ebook Panduan Import Barang Dari China Secara Online.


Panduan Import Barang Dari China Secara Online

Jangan melakukan kesilapan yang sama seperti mana yang pernah menimpa orang lain, sedangkan ada cara yang terbaik untuk memborong barang secara online sekarang ini.

Beza antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal ialah, orang berjaya, bertindak dengan ilmu.. manakala, orang yang gagal, bertindak secara terburu-buru tanpa ilmu..

Belajarlah dari pengalaman orang lain itu adalah cara belajar yang lebih bijak, lebih mudah serta menjimatkan masa, tenaga dan wang!

Untuk memudahkan anda belajar dan menimba ilmu, penglaman tersebut telah dibukukan dan diberi nama RAHSIA TAOBAO- Panduan Import Barang Dari China Secara Online!




Isi Kandungan - 6 Rahsia Penting Import Barang Dari China

Sebelum mendapatkan Ebook ini, disini kami kongsikan apa isi kandungan dan rahsia yang didedahkan oleh penulis berpengalaman ini.

Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku
Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!
Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com
Rahsia 4 : Barang Kena Tahan Kastam? Atau.. Barang Tak Sampai? Apa Nak Buat?
Rahsia 5 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
Rahsia 6 : Proses Jualan & Teknik Meng"Ayat"

Kesemua penulisan buku ini berdasarkan pengalaman sendiri oleh penulis itu sendiri. Jika anda baru nak mulakan bisnes dan mahu memborong online, inilah panduan terbaik untuk anda.

Lihat beberapa testimoni mereka yang pernah mendapatkan ebook ini.

Borong Barang Tanpa Orang Tengah Dari China - Rahsia Taobao China

Borong Barang Tanpa Orang Tengah Dari China - Rahsia Taobao China

Nak testimoni lagi? yaa..ada banyak lagi testimoni yang bakal anda saksikan nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ebook ini,

Baca - Rahsia Taobao - Panduan Import Barang Dari China Secara Online 
Semoga membantu.

Join Chanel Telegram :  https://t.me/Rahsia1688 untuk lebih info borong China!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search