-->

Cara Mudah Jual Barang Di Shopee

- August 12, 2019
Cara Mudah Jual Barang Di Shopee | Pada kali ini, saya akan kongsikan panduan dan cara nak berniaga online menggunakan platform shopee. Platform ni ramai yang guna untuk membeli belah online, tapi platform ini juga digunakan untuk menjual barang atau produk anda. Tak susah sebenarnya gunakan Shopee ni. Semuanya sudah dipermudahkan , anda hanya perlu ikut step by step diberikan saja. Bisnes di Shopee sangat sesuai untuk mereka yang ada produk sendiri atau boleh juga untuk bisnes dropship.

Jika anda tidak mempunyai modal yang besar untuk mula berniaga online, maka bolehlah mula bisnes di Shopee menjual produk dropship. Inilah cara yang paling mudah nak mula bisnes online. Pilih produk orang lain yang laku keras, dan jual kepada orang lain. Harga dropship tolak dengan harga jualan itulah keuntungan anda. Kalau rasa nak cari produk yang laku keras untuk dijual dan dapatkan keuntungan besar, boleh baca tentang Taobao dan 1688.


Langkah Mudah Untuk Cara Jual Produk Di Shopee

Bagi anda yang baru nak mula bisnes online, Shopee adalah platform percuma yang wajib korang cuba. Ikuti langkah-lankah dibawah untuk mula menjual produk anda di Shopee.

Langkah #1 – Daftar Akaun Di Web Shopee

Pertama sekali, anda kena masuk ke laman web Shopee (Klik)

Cara Mudah Jual Barang Di Shopee

Bila dah masuk Shopee, daftar dulu untuk buka akaun baru. Jika dah ada akaun shopee, terus saja ke link Jual (atau Seller). Anda akan diberi pilihan untuk Bahasa Malaysia atau English. Anda wajib masukkan nombor telefon untuk verifikasi anda nanti. Lengkap maklumat yang diminta.

Langkah #2 – Login Ke Bahagian Seller

Masuk ke laman web Shopee dan kemudian klik pautan “jual” atau “seller” seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dibawah ini.



Langkah #3 -  Masukkan Produk Untuk Dijual

Bila dah masuk Shopee sebagai penjual, atau “shopee seller centre” anda boleh klik pada icon Produk Saya. 

Paparan dibawah akan keluar dan klik “Tambah Produk Baru”.

Cara Mudah Jual Barang Di Shopee

Paparan dibawah akan keluar dan anda perlu klik "Add New Product". 


Kemudian, masukkan nama produk dan pilih kategori.

Cara Mudah Jual Barang Di Shopee

Jika anda jual produk sendiri, pastikan gambar yang di upload berkualiti dan menyerlahkan produk anda di Shopee. Pelanggan akan rujuk gambar tersebut sebelum membuat pembelian. Jika anda menjual produk dropship, selalunya gambar yang dah “menyerlah” diberikan kepada dropshiper mereka. Hanya copy dan upload di kedai shopee anda.

Langkah #4 – Isi Butiran Mengenai Produk

Bahagian ni, perlu diisi dengan lengkap. Masukkan nama produk anda dengan betul dan lengkap. Ini penting supaya nanti orang tak akan rasa keliru dengan produk dari seller lain. Kena ingat, bukan anda sahaja yang mungkin menjual produk tersebut. Lihat maklumat dengan betul dan letak harga yang tidak terlalu tinggi jika anda menjual produk dropship.

Pastikan bahagian kategori produk adalah betul. Ini bagi memudahkan carian produk anda di shopee nanti. Di shopee, terdapat 22 kategori produk yang anda boleh pilih. Jika tiada dalam kategori, boleh pilih “others”. Mudah kan?


Sebagai contoh, jika anda menjual tudung, telekung atau shawl..pilih kategori “muslim fashion”. Carian lebih mudah jika dibandingkan dengan kategori “womens clothing”. 

Langkah #5 – Penghantaran

Setelah selesai memasukkan gambar dan maklumat produk, dibahagian bawah sekali adalah bahagian “penghantaran”. Bahagian inilah yang perlu dibuat dengan lebih teliti. Caj penghantaran ini boleh menguntungkan ataupun boleh merugikan. Salah letak caj pos, anda mungkin menanggung caj penghantaran yang lebih tinggi.

Jika anda buat dropship, harga pos selalunya telah diambil kira. Mudah nak letak caj penghantaran tu. Kalau produk tu anda punya sendiri, anda perlu memeriksa kadar caj di laman web poslaju atau syarikat courier yang lain berdasarkan berat produk tersebut dan lokasi penghantaran.

Cara Mudah Jual Barang Di Shopee

Namun, anda boleh saja meletakkan FREE SHIPPING untuk barang anda tu. Tapi, pastikan anda dah ambil gap untung RM3-RM5 supaya anda tak rugi nanti.

Jika anda menjual produk daripada luar negara atau perlu dibeli sebelum diposkan, letakkan Pre-Order untuk tempahan yang mengambil masa sehingga 7 hari untuk diposkan kepada pelanggan.
Kalau dah selesai isi semua, teruskan menekan butang “save and publish”.

Dan, produk anda sedia untuk dipaparkan ke shopee setelah di review olah Pihak Shopee. Jika menepati kategori, dan terma/syarat shopee maka produk anda telah pun disiarkan /live di Shopee.

Tunggu sehingga ada tempahan, dan poskan kepada pelanggan anda. Wang bayaran pelanggan di Shopee akan di kreditkan ke akaun bank anda setelah produk tersebut selamat sampai kepada pelanggan anda dan pelanggan menekan “received” .

Mudah je kan?

Nak lebih mudah, rujuk Pandun Bisnes Shopee ini ! – Panduan Bisnes Shopee

Atau klik banner dibawah..


Semoga bermanfaat untuk peniaga online di Malaysia khususnya.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search