-->

Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan

- May 05, 2019
Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan
Sumber gambar: serilawitcorner.blogspot.com

Anda nak memulakan perniagaan atau nak mengembangkan perniagaan? Anda perlukan modal untuk proses tersebut. Sebab itu, ramai peniaga sekarang ni membuat Kertas Kerja – Rancangan Perniagaan untuk merancang hala tuju perniagaan mereka.

Disamping itu, rancangan perniagaan ini digunakan untuk memohon pembiayaan daripada istitusi kewangan Bank Tempatan ataupun organisasi yang membekalkan pinjaman/pembiayaan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.


Contoh Rancangan Perniagaan

Secara lazimnya, struktur kandungan untuk kertas kerja rancangan perniagaan ini adalah sama. Berikut adalah format persembahan dokumen Rancangan Perniagaan yang seharusnya anda sediakan:

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
  • Nama perniagaan/projek
  • Tujuan rancangan perniagaan
  • Nama syarikat, alamat dan lain-lain
  • Nama orang yang menyediakan dan,
  • Tarikh siap rancangan perniagaan

Isi Kandungan Rancangan Perniagaan

2. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif
3. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
4. Latarbelakang perniagaan
5. Latarbelakang ahli kongsi
6. Kedudukan Projek
7. Objektif Projek
8. Rancangan Pentadbiran
9. Rancangan Operasi
10. Rancangan Pemasaran
11. Rancangan Kewangan
12. Penutup

Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan) Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)


Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan – Bisnes Bakeri





Ini hanyalah salah satu contoh rancangan perniagaan, jika nak melihat lebih banyak Template Rancangan Perniagaan yang berkaitan dengan perniagaan anda, sila lawati link dibawah untuk mendapatkannya..
Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan

Template Rancangan Perniagaan Mudah Edit – Klik Sini 


Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

  1. Memberi peluang kepada usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
  2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
  3. Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
  4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
  5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Semoga dengan perkongsian Contoh Rancangan Perniagaan Terbaik Untuk Pembiayaan ini dapat membantu anda menyediakan RP yang terbaik untuk meyakinkan pihak-pihak lain terutama sekali pihak bank atau agensi yang memberikan pembiayaan dan pelaburan terhadap perniagaan anda nanti.

Semoga berjaya!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search