-->

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand

- May 08, 2019
8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand | Nak borong dari China jauh sangat. Nak borong dekat Thailand tak tahu tempat borong pulak? Itulah nasib peniaga yang baru nak start berniaga. Nak cari lubuk bundle pun perlu bayar orang untuk dapatkan maklumat tu je. Bukan semua orang nak kongsi Free kalau taka da bayarannya kan hehe..


Kenapa bundle Thailand?

Thailand adalah negara yang paling hampir dengan Malaysia (Semenanjung Malaysia). Boleh guna kereta je masuk Thailand, kalau ada bajet banyak sikit boleh naik Flight ke sana. Kenapa mesti bundle Thailand? Bundle Singapura tak ada ke? Atau bundle Indonesia? 

Ini semua kerana nilai mata wang!

Berapa duit Thai Baht berbanding ringgit Malaysia?

Ketika artikel ini ditulis, nilai 1 Baht bersamaan dengan RM 0.13

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand

So, kalau 10 Baht duit kita baru RM 1.30 wow..


Lokasi atau Tempat Borong Murah Di Thailand

Sebenarnya boleh je korang beli borong bundle tanpa pergi ke Thailand. Asalkan korang tahu siapa agent yang boleh dipercayai boleh bawa masuk barang bundle dalam kargo. Kalau tak memang habis barang di tahan pihak Kastam di kargo nanti.

Jika korang bercadang untuk memborong barang bundle dari Thailand, dibawah ini adalah 8 tempat borong paling popular di Thailand:

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand
 Pratunam Market Bangkok, Thailand

1. Pratunam Market Bangkok, Thailand
Pasar Pratunam adalah salah satu pasar utama Bangkok, dan merupakan pasaran pakaian terbesar di Thailand. Nama Pratunam bermaksud "pintu air". 

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand
Rong Kluea Market, Aranyaprathet, Thailand

2. Rong Kluea Market, Aranyaprathet, Thailand
Pasar Rong Kluea , juga dikenali sebagai Pasar Klong Luek di Thailand , yang bermaksud Pasaran Gudang Salut. Ia terletak di Daerah Aranyaprathet , Wilayah Sa Kaeo 250 kilometer dari Bangkok . Terdapat 1380 kedai, kebanyakannya dari pihak Kemboja . Di pasaran ini terdapat banyak produk seperti tembaga yang digilap, lama dan baru. Porcelain pinggan mangkuk, pakaian, elektronik murah, bakul ikan, dan banyak lagi. Menjual beg fesyen, beg tangan, dan lain-lain.'

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand
Old Rong Kluea Market, Thailand

3. Old Rong Kluea Market, Thailand
Fokus pada Produk Kedua dan Produk Borong.

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand
Dayt Thai Market, Thailand - Sumber: Expique

4. Dayt Thai Market, Thailand
Kebanyakan produk adalah kasut, fesyen, tentera walaupun lama dan baru atau diperbaiki.

5. Bayn-ja wan Market, Thailand
Penuh dengan produk baru dengan harga kilang, seperti beg, kain dan kasut.

6. Chatuchak Market, Thailand
Pasar Weekend Chatuchak, di Jalan Kamphaeng Phet 2, Chatuchak, Bangkok, adalah pasaran terbesar di Thailand. Juga dikenali sebagai Pasar JJ, ia mempunyai lebih daripada 15,000 gerai dan 11,505 vendor, dibahagikan kepada 27 bahagian.

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand
Bobae Market, Bangkok, Thailand

7. Bobae Market, Bangkok, Thailand
Bobae , adalah sebuah pasar yang terkenal untuk pakaian murah dan murah. Kawasan pasaran menawarkan dua tempat membeli-belah besar di pasar Bobae Market dan Menara Bobae, yang merupakan gedung besar.

Pasar Bobae diasaskan sekitar tahun 1927 oleh kumpulan Thai-Chinese yang berkumpul untuk menjual produk tempatan seperti air kelapa , teh , kopi , atau pelbagai produk pertanian. Sebelum bertukar kepada jualan barang atau barang bekas semasa Perang Dunia II dengan menjual gerai. Pada mulanya, pakaian yang dijual adalah orang yang mati dalam perang. Kemudian, apabila pasaran lebih makmur dan terkenal. Ia telah berkembang sebagai kedai runcit hari ini. Tetapi elang jalanan masih tetap unik. 

Pasar dibuka dari pukul 6:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari, Kemudian pada waktu malam, akan ada penjual lain untuk mewarisi dan akan menjual seperti ini hingga subuh hari yang lain. Terutama pada waktu malam, ini adalah pasaran yang sangat sibuk

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand
Sumber: AyieKakiJalan

8. Khlong Ngae @ Krongek, Thailand
Orang Malaysia selalu panggil pasar Khlong Ngae sebagai Krongek. Pasar Krongek atau Nat Krongek atau Bundle Krongek merupakan salah satu tempat bagi peminat-peminat bundle yang ingin membeli barangan ini dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang dipasarkan di Malaysia. Kedudukan kawasan ini terletak di wilayah Sadao, Songkhla Thailand dimana jarak diantara Padang Besar ke Khlong Ngae adalah 31.3KM manakala jika melalui pos imigresen Bukit Kayu Hitam jaraknya adalah 32.5KM. Boleh dikatakan 90% adalah barangan bundle sama ada kasut, baju, seluar,

Ini hanyalah yang popular diperkatakan oleh rata-rata pemborong yang kami baca review mereka. Ada pemborong dan peniaga yang sudah bertahun-tahun membeli barang bundle dari Thailand dan masih berniaga sehingga kini.

Nak dapatkan lebih panduan bisnes bundle? Dapatkan ebook panduan bisnes bundle dibawah ini..

8 Tempat Borong Bundle Terbaik Di Thailand


Semoga membantu.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search