-->

Beli Balang Air Murah Untuk Berniaga Bazar Ramadhan

- April 22, 2019
Jual Balang Air Murah Untuk Berniaga Bazar Ramadhan

Bulan Ramadhan dah dekat. Adakah anda sudah siap untuk berniaga bazar Ramadhan? Atau permohonan tapak bazar masih dalam proses? Peralatan untuk menjual air balang dah ada?

Kali ini, saya akan kongsikan dengan and acara mendapatkan balang air murah dan mudah nak dapat. Ini kerana, pemilihan jenis balang air juga merupakan Faktor Utama menentukan jualan air anda. 

Mengapa perlu pilih balang air? Baca sampai habis ya..


Jenis Balang Air

Balang air terbahagi kepada 2 jenis iaitu Jenis Plastik dan kedua Jenis Kaca. Daripada segi harga sudah pasi balang air jenis plastic lebih murah berbanding balang jenis kaca. Malah, jenis plastic lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke tempat jualan. Jika terjatuh, jenis plastic tidak mudah pecah.
Balang kaca lebih berat dan mudah pecah namun ada kelebihannya, apa yang best pakai balang air kaca?

Jual Balang Air Murah Untuk Berniaga Bazar Ramadhan
Balang Air Jenis Plastik

Jual Balang Air Murah Untuk Berniaga Bazar Ramadhan
Balang Air Jenis Kaca

Nampak tak perbezaan balang air diatas? Balang air jenis kaca lebih menampakkan warna air tu dan menarik perhatian. Manakala, balang plastic menutup kecerahan warna air dan kurang menarik.


Dimana Beli Balang Air Murah?

Terdapat 5 cara untuk membeli balang air ni. Anda boleh pilih samada nak beli terus dari kedai penjual atau membeli secara online.

  • Beli balang air di Mudah.my
  • Beli balang air di Shopee
  • Beli balang air murah di Lazada
  • Beli balang air di Carousell

Apabila anda membuka laman web diatas, masukkan carian untuk “balang air jenis kaca”, “balang air 30 liter”, “balang air 30 liter”, “balang air 26 liter” atau taip “balang air”.

Harga balang air kaca ni biasanya dalam lingkungan RM100 hingga RM150. Dapat lagi murah lagi bagus! Beli sekarang dan balang air akan sampai dalam 3-5 hari bekerja. Bulan ramadhan ada 2 minggu lagi, sempat sangatlah balang air beli online ni sampai kan..

Untuk bisnes pemula, elok beli 3 balang air terus biar nampak pelbagai sikit air yang anda jual.

Saya harap perkongsian ini dapat membuka jalan untuk anda memulakan bisnes air balang. Untuk mengetahui lebih banyak tentang bisnes air balang ni, baca dibawah!


Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search