Tuesday, 26 March 2019

author photo
Kira-kira sebulan lebih lagi bulan Ramadhan akan tiba. Kebiasaanya, ramai yang mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan keluarga di Hari Raya Puasa nanti. Bukan setakat tambah income untuk raya, malah ramai yang berniaga untuk meningkatkan pendapatan mereka. Peniaga sedia ada semestinya sudah bersiap sedia dengan segala persiapan menjelang Ramadhan seperti hebahan promosi, membuat banner dan sebagainya.

Cara Mohon Permit Untuk Berniaga Di Bazar Ramadhan

Usah berniaga secara haram, ikutlah prosedur berniaga yang betul daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Jangan nanti menyesal jika gerai jualan anda dirobohkan atau dirampas pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab. 


Susah ke nak memohon permit berniaga di Bazar Ramadhan?

Ramai yang bertanya bagaimana cara untuk membuat permohonan permit berniaga di bazar Ramadhan. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, kami akan kongsikan sedikit cara untuk memohon tapak/memohon permit berniaga di bazar Ramadhan.

Apakah dokumen dan keperluan penting untuk permohonan permit?
  1. Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan
  2. Suntikan Typhoid (TY)
  3. Borang Permohonan Permit Berniaga Bazar Ramadhan

Berikut adalah carta alir permohonan permit bazar Ramadhan:

Cara Mohon Permit Untuk Berniaga Di Bazar Ramadhan


Perkara (1),(2), & (3) perlu dihantar bersama ketika memohon permit kepada pihak penganjur tapak Bazar Ramadhan.

Ada pihak Majlis atau PBT memandang serius keperluan sijil pendalian makanan ini. Kursus ini biasanya wajib untuk peniaga makanan/minuman. Kursus ini biasanya boleh diambil dalam masa 3-5 jam sahaja, memandangkan ianya wajib untuk peniaga makanan dan minuman anda boleh lah menghadiri kursus ini secepat yang mungkin. 

Tempoh sah sijil kursus pengendalian makanan ini adalah seumur hidup. Bayaran untuk menduduki kursus ini pula dalam RM50 sahaja bergantung kepada pengendali kursus. Anda perlu memastikan pengendali kursus mendapat pengiktirafan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala, suntikan Typhoid pula adalah wajib diambil oleh setiap peniaga. Suntikan ini ada tarikh luput dia, bergantung kepada klinik tempat anda mengambil suntikan tersebut. Harga untuk suntikan ini dalam RM30 untuk tempoh setahun. Selepas mendapat suntikan, anda akan diberikan surat akuan pemberian suntikan. Kedua-dua dokumen ini perlu disimpan atau dipamerkan semasa berniaga, jka diminta pihak berkuasa tempatan anda perlu menunjukkan dokumen ini.


Permohonan Permit Bazar Ramadhan

Permohonan permit berniaga tapak bazar perlu dilakukan 1-2 bulan sebelum bermulanya bulan Ramadhan. Kelewatan memohon mungkin menyebabkan lokasi tapak bazar anda menjual tidak bagus, yang bahagian depan dah habis! Harga tapak pula bergantung kepada keluasan tapak yang biasanya dari RM90 hinggalah RM1000. Tapak yang paling besar dan mahal biasanya dibekalkan dengan khemah besar untuk mereka.

Sekarang dah bulan Mac, awal bulan Mei nanti bermula dah bulan Ramadhan. Anda dah mohon tapak bazar ke belum?

Jika belum, anda mohonlah sekarang..

Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan bisnes bazar Ramadhan, kami syorkan anda menjual Air Balang saja dulu dengan berbekalkan sedikit ILMU dalam Ebook Bisnes Air Balang ini





This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement