-->

Jenama Pakaian Paling Laris Untuk Bisnes Baju Bundle

- January 21, 2019
Ramai orang pada masa kini lebih memilih pakaian yang “branded”. Biasalah kalau imej tu nak jaga depan orang sekeliling kan, tetapi bila ekonomi jadi tak begitu baik orang akan mula mencari alternative lain untuk kekal bergaya. Dan sebab itulah pasaran BUNDLE (pakaian terpakai) semakin naik dan menjadi pilihan yang terbaik bagi mereka.

Jenama Pakaian Paling Laris Untuk Bisnes Baju Bundle

Lihatlah dimana-mana tempat pun, pakaian bundle banyak dibuat di tepi-tepi jalan dan lot-lot kedai. Inilah peluang untuk korang yang nak buat “duit tepi” dengan menjual pakaian bundle. Menariknya, anda boleh buat bisnes ini walaupun masih bekerja secara Full-Time. Sambil layan kerja hakiki, sambal buat duit tepi!

Dalam dunia canggih sekarang, perniagaan tidak semestinya dilakukan secara membuka kedai atau pondok jualan. Korang boleh mula berniaga melalui platform media social seperti Facebook dan Instagram. Untuk permulaan, tak perlu pening soal kos sewa premis, bayar bil elektrik dan sebagainya. Permulaan bisnes boleh dilakukan 100% untuk berbisnes secara online sahaja.  Jika pendapatan dah stabil dan pelanggan tetap makin ramai bolehlah fikirkan soal membuka premis untuk kedai korang.


PASARAN PAKAIAN BUNDLE MENGIKUT JENIS

Ada macam-macam kategori bundle yang korang boleh jual. Boleh focus kategori mana, atau jual semua sekali pun boleh. Rezeki tu kana dah dimana-mana? Atara pasaran yang tengah HOT adalah seperti:
  1. Pakaian kanak-kanak
  2. Pakaian rare (pakaian susah nak dapat di Malaysia)
  3. Seluar jeans
  4. Beg tangan wanita atau lelaki
  5. Pakaian baju band (band metal, indie dan sbg)
  6. Pakaian travel (winter clothing)
  7. Kasut lelaki

Ini baru kategori bundle mengikut pasaran. Bagaimana pula dengan jenama?


JENAMA PAKAIAN PALING LARIS UNTUK BISNES BAJU BUNDLE

Dalam pasaran bundle, ada banyak jenama yang ada. Namun, ada sesetengah jenama pakaian yang selalu orang cari atau tanya. Antara jenama yang menjadi sasaran penggemar baju bundle adalah:

  1. Polo Ralph Lauren
  2. Palace
  3. Fila
  4. Supreme
  5. Canterbury
  6. Carhartt
  7. Dickies
  8. Nudie
  9. Levis
  10. Timbuk2
  11. Uniqlo
  12. GAP
  13. A Bathing Ape 
  14. The North Face
  15. Hackett
  16. Dan banyak lagi

Ini adalah serba sedikit jenama pakaian bundle yang ada di pasaran. Pendek kata, pakaian yang ada dijual di supermarket tu jika dah second hand akan jadilah Baju Bundle! Harga RM100 dah jadi RM10! Jimat memang jauh lebih jimat..

Bisnes Baju Bundle ini memang boleh berjaya. Ramai dah buat!

Dengan syarat, korang buat dengan ilmu yang betul. Sebab itulah, Panduan Buat Duit Dengan Bisnes Jual Baju Bundle ini dibuat untuk korang yang bercadang nak buat bisnes jual baju bundle ni. 



EBOOK BISNES BUNDLE


Untuk mendapatkan Ebook Bisnes Baju Bundle ni, klik banner atas tu !

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search