-->

Berapa Banyak Untung Dalam Bisnes Baju Bundle?

- January 22, 2019
Berapa Banyak Untung Dalam Bisnes Baju Bundle | Berniaga ni bukan mudah. Untung dan rugi itu perkara biasa dalam perniagaan. Apabila meilih sesuatu bisnes tu, anda perlu buat survey dulu pasaran bundle ditempat korang. Buat analisa pasaran samada nak pilih kategori pakaian mana yang nak dijual.
Berapa Banyak Untung Dalam Bisnes Baju Bundle
Sumber gambar: bundleakbar.blogspot.com

Tahniah kerana minat korang nak berbisnes bundle!

Nak memulakan bisnes bundle tapi newbie? Atau nak tambah ilmu sedikit mengenai perniagaan bundle ini?

[ Ebook ] – Panduan Buat Duit Dengan Bisnes Baju Bundle

Kami yakin Ebook ini akan banyak membantu anda nanti.


BERAPA POTENSI KEUNTUNGAN BISNES BUNDLE?

Setiap bisnes ada anggaran potensi keuntungannya. Biarpun anda buat bisnes dropship, keuntungan itu tetap dalam 10% hingga 30% daripada harga pasaran.

Berbeza dengan bisnes bundle, kita perlu modal untuk membeli guni bundle. Anggaran harga seguni pakaian Bundle adalah sekitar RM600.

Harga tersebut bergantung kepada Gred pakaian dan berat guni tersebut. Ini hanyalah harga anggaran untuk memudahkan pemahaman anda untuk kira keuntungan bisnes bundle.

Dalam 1 guni bundle, ada lebih kurang 400-500 helai pakaian. Selepas buka guni tersebut, korang perlu sort kan pakaian dengan asingkan mengikut gred pakaian. Asingkan pakaian macam ni:

Gred A – Harga Jual = RM15 keatas.
Gred B- Harga Jual = RM10
Gred C – Harga Jual = RM5

Katakanlah dalam 1 guni tu semuanya okay dan dapat semua pakaian elok untuk dijual.

Gred A – 100 helai
Gred B – 100 helai
Gred C – 200 helai

Anggaran keuntungan yang korang akan dapat adalah seperti berikut:

Gred A – RM15 X 100 helai = RM1,500
Gred B – RM10 X 100 helai = RM1,000
Gred C – RM5 X 200 helai = RM1,000

Maka, jumlah anggaran keuntungan yang korang akan dapat adalah sebanyak RM3,500.

RM3,500 – RM600 (modal) = RM2,900 (untung bersih)

Walaubagaimanapun, jika tidak kesemua pakaian berjaya dijual, kalau dapat jual dalam 50% saja pun korang masih untung sebanyak RM1,150!

Untuk mendapatkan Ebook Bisnes Baju Bundle ni, Klik Sini

Keuntungan masih banyak tu!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search