-->

4 Petua Mujarab Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan

- December 04, 2018
Copywriting adalah suatu yang tidak asing dengan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalu menitikberatkan penggunaan copywriting dalam memastikan produk atau servis yang ditawarkan mendapat sambutan oleh pelanggan. Copywriting boleh bertindak sebagai ayat “magis” yang dapat menarik perhatian prospek anda untuk membuat pembelian. Teknik copywriting yang berkesan boleh meningkatkan keberkesanan sehingga pelanggan membeli produk jualan anda.

Copywriting juga dipanggil ayat jualan atau teknik “mengayat”. Walau apa sahaja ayat gelaran untuk copywriting objektifnya hanya tertumpu kepada untuk memberikan keyakinan kepada prospek pelanggan untuk membeli. Untuk itu idea untuk diletakkan dalam copywriting perlulah menarik dan unik untuk pelanggan dapat melihat kelainannya. 


#1 Proven Headline

Tajuk utama (headline) kepada copywriting memainkan peranan kerana kebanyakan orang memulakan pembacaan daripada headline. Headline yang terbukti keberkesanan daripada pelanggan terdahulu akan menambahkan keyakinan prospek baharu untuk turut menjadi sebahagian daripada mereka yang menggunakan produk atau servis anda.

4 Petua Mujarab Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan


Proven headline bukan sahaja mempunyai daya tarikan yang tersendiri bahkan ia juga bakal menimbulkan rasa ingin tahu kepada prospek pelanggan kerana jika sudah ada bukti apa lagi yang perlu diragui? Jadi, penting untuk anda membuat kajian terlebih dahulu sebelum merangka headline copywriting anda. Ingin tahu lebih banyak tentang headline boleh baca di artikel terdahulu di sini.


#2 Tunjukkan Testimoni

Testimonial adalah sebagai salah satu cara untuk membuktikan sesuatu. Untuk para peniaga testimoni ini melibatkan kaedah untuk memperlihatkan keberkesanan produk atau perkhidmatan anda terhadap prospek pelanggan. Testimoni ini boleh didapati daripada pelanggan yang sudah menggunakan produk anda. Boleh minta feedback daripada mereka tentang pengalaman penggunaan (user experience).

4 Petua Mujarab Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan


Hasil daripada testimoni yang diberikan inilah dapat menjadi penguat kepada produk dan servis anda yang efektif. Kebiasaannya para usahawan dinasihatkan sekurang-kurangnya 3 testimoni. Ini memadai kerana tidak terlalu berlebihan atau sedikit. Pentingnya testimoni pengguna bukan sekadar untuk memuji-muji sesuatu produk bahkan ia menunjukkan kepuasan atau ketidakpuasan pelanggan.


#3 Sediakan Tutorial / Cara Penggunaan

Bagi usahawan yang menjual barangan produk fizikal elemen yang boleh ditambah dalam copywriting anda adalah dengan menyediakan beberapa tutorial berkenaan produk. Ia dapat memberikan peluang untuk prospek pelanggan mengetahui produk itu secara holistik berbanding hanya ditunjukkan secara fizikal (display).

4 Petua Mujarab Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan


Bahkan dengan tutorial seperti cara penggunaan memungkinkan untuk pelanggan cara menggunakan produk secara tepat. Boleh juga sertakan user manual kepada pelanggan anda jika perlu.


#4 Berikan Jaminan

Prospek pasti akan lebih tertarik jika anda menawarkan jaminan atau waranti terhadap produk. Dengan adanya jaminan atau waranti ini dapat menyelamatkan pengguna daripada misalnya situasi kerosakan. Kebiasaannya ia melibatkan produk teknologi seperti gajet, jam dan yang berkaitan. Pelanggan akan diberikan tempoh jaminan antara 6 bulan, setahun dan sebagainya.

4 Petua Mujarab Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan


Dengan adanya jaminan pengguna akan lebih yakin untuk membeli produk dengan peniaga yang memberikan jaminan kerosakan dan keberkesanan.


#5 Elakkan Terlalu Bersikap “Hard Selling” 

Dalam pemasaran, hard sell adalah iklan atau kempen yang menggunakan mesej jualan yang lebih langsung, kuat, dan seakan memaksa. Pendekatan hard sell kurang digemari oleh para pelanggan kerana ia bagaikan bentuk pemaksaan daripada peniaga agar mereka melakukan pembelian. Pelanggan membeli kerana mereka mahu bukan kerana terpaksa.

4 Petua Mujarab Dalam Copywriting Sebagai Daya Tarikan Pelanggan


Berbanding menggunakan cara hardsell peniaga digalakkan untuk lebih soft sell kerana ianya lebih lembut, halus dan bukan secara langsung menjual. Apabila anda terlalu hard sell dalam menjual ia menyebabkan ketidakselasaan kepada pelanggan. Anda tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli namun boleh menarik minat mereka terhadap produk atau servis yang anda sediakan.

Selalu diingatkan bahawa copywriting adalah senjata utama untuk perniagaan dan teknik pengiklanan. Oleh itu sentiasa kemaskini kandungan copywriting anda mengikut peredaran masa dan situasi. Tambah baik copywriting anda agar menarik dan sentiasa relevan pada mata dan hati pelanggan.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search