Sunday, 11 November 2018

Berniaga jual air tepi jalan saja pun boleh jana pendapatan 4-5 angka sebulan? Pasti ramai yang sedar, ditepi jalan mana pun pasti ada peniaga membuka gerai mereka. Kalau kena jalan yang cun memang ramailah berhenti membeli di gerai mereka.

Memang betul, 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Tidak kira kerja apa pun anda lakukan, jika bersungguh-sungguh melakukannya pasti akan berjaya. Walaupun modal adalah kekangan bagi kita, namun bukan semua perniagaan dimulai dengan modal besar. 



Berniaga Tepi Jalan, Nak Jual Apa?

Bila sebut saja peniaga kecil, seperti peniaga nasi lemak, penjual air balang tepi jalan, jual goring pisang, pasti ramai yang pandang rendah pada mereka. Ini kerana ramai yang tidak tahu, mereka inilah sebenarnya yang kaya dan Bebas Hutang!

6 Tip Berguna Untuk Berniaga Air Balang Tepi Jalan


Kami akan kongsikan dengan anda 6 tip untuk berjaya dalam perniagaan jual air tepi jalan ni. Perkongsian ini mungkin boleh membantu perniagaan anda nanti, apakah 6 tip tu?


#1 – Jalin Silaturahim Antara Peniaga

Bila gerai jualan anda dah ada, hubungan dengan peniaga lain di sebelah anda perlu dijalinkan. Macam pindah rumah lah, tegur-tegurlah peniaga lain. Kalau peniaga lain jual air jagung, anda janganlah jual air jagung juga, buatlah air tembikai susu ke..biar costumer anda buat pilihan, elakkan bersaing terlalu sama kan resepi air balang tu. Lebih mesra, beli lah air peniaga di sebelah tu sekali sekala, apa salahnya support peniaga lain juga kan..


#2 – Belajar Dari Peniaga Warga Asing

Warga asing yang saya maksudkan adalah warga Indonesia, Bangla atau Cina yang berniaga tanpa memikirkan soal ‘malu’ ! kalau nak berniaga, buang rasa malu tu, kita nak cari makan bukan nak menjual barang ‘haram’. Sikap rajin warga asing ni harus di contohi, usah marah bila pasar malam penuh dengan Bangla berniaga, soalnya kenapa nak marah sedangkan anda sendiri yang malas memulakan bisnes tersebut. Ambillah nilai yang positif, belajar dari sifat rajin dan tanpa putus asa mereka.


#3 – Jangan Pandang Rendah Orang Lain

Inilah masalah orang kita. Kebanyakkan orang fikir, “Apa lah jual air tepi jalan? Jual nasi lemak je? Tepi jalan? Huh, tak ada class langsung! Tak ada masa depan tu!”

Berniaga tepi jalan ni, orang tak nampak yang tersiratnya. Ada je peniaga air tepi jalan yang pakai BMW 5. Tak percaya? Cuba search di google, “peniaga tepi jalan pakai BMW 5 Series” ! apa yang anda baca.. 

Jadi, sebelum menilai seseorang dari luaran seeloknya buang sikap suka pandang rendah terhadap yang lain. Rezeki itu melimpah ruah dengan usaha yang bersungguh-sungguh.


#4 – Hormat Menghormati

Ini sangat penting. Pernah kita dengar peniaga bergaduh berebut tapak? Tidak bertegur sapa, bermasam muka tidak puas hati. Ini memang terjadi dimana-mana, jadi tak salah kalau saling menghormati, saling mengalah, dan bertimbang rasa dengan peniaga lain. Yakinlah rezeki itu dating dari-Nya, jangan lah suka menjatuhkan perniagaan yang lain demi untuk menaikkan jualan sendiri. Itu tamak dan jahat namanya.


#5 – Sentiasa Sabar

Jika anda baru nak mula berniaga, kesabaran itu amatlah penting. Pada permulaan berniaga, anda perlu focus untuk membina kepercayaan dan pelanggan anda. Hubungan dengan pelanggan perlu dititikberatkan. Hormati pelanggan anda, beri layanan terbaik dan ucapan penghargaan. 

Jika pelanggan dah kenal dan rapat dengan anda. Pasti gerai jualan pertama dia dating adalah gerai anda nanti.


#6 – Sedut Ilmu Berniaga Daripada Mereka Yang Telah Berjaya

Jika anda berniaga daripada warisan keluarga, rasanya nak menuntut ilmu dan hasilkan resepi air balang itu dah tak perlu sangat. Resepi turun temurun biasanya dah ada pelanggan setia mereka. Kecualilah jika pelanggan sudah berubah selera, baru lah anda perlu cari resepi sedap untuk air balang nanti.

Bagaimana nak sedut ilmu orang yang dah berjaya tanpa keluar modal besar? Ada je peniaga yang nak berkongsi pengetahuan mereka, Cuma anda perlu keluarkan modal sikit untuk pengerasnya. Nak dapatkan FREE memang susah lah, sebab ilmu tu dah jana pendapatan 4-5 angka sebulan tau! 



Sedut ilmu Bisnes Air Balang? – Panduan Bisnes Air Balang 

Itulah 6 tip penting berniaga jual air tepi jalan yang mudah. Dato Aliff Syukri pun bermula dengan berniaga pasar malam saja, tapi dia berjaya sehingga sekarang. Tak mustahil, dengan kesungguhan dan usaha anda membawa anda ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga berjaya!


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement