-->

5 Kesilapan Yang Selalu Owner Bisnes Lakukan Dalam Instagram Marketing

- October 15, 2018
Di zaman era digital marketing ini, tentulah anda perlu banyakkan platform untuk pemasaran perniagaan anda. Anda dah tak boleh bergantung sangat dengan selesa pada satu platform saja. Dulu, selalu buat FB Ads tapi sekarang Facebook Ads dah semakin mahal dan terlalu cerewet.

Jika dulu anda selesa dengan FB Ads, sekarang ini anda kena tambahkan pplatform lain sebagai brand awareness anda seperti Instagram!

5 Kesilapan Yang Selalu Owner Bisnes Lakukan Dalam Instagram Marketing


Ramai yang dah gunakan Instagram sebenarnya..tapi ramai juga yang masih lalukan 5 kesilapan besar dalam Instagram ads ni..

Apakah 5 kesilapan tu? Nak tahu? Baca penerangan dibawah..


#1 – Tiada Link Dalam Bio Untuk Tingkatkan Trafik Website

Trafik adalah penting kepada website anda. Link di bio bertindak sebagai Call-To-Action (CTA) untuk mereka buat tindakan seterusnya, samada untuk membeli produk atau nak tahu lebih lanjut tentang produk anda.

5 Kesilapan Yang Selalu Owner Bisnes Lakukan Dalam Instagram Marketing


Link yang dimaksudkan adalah link website/kedai online anda, link FB, atau link Whatsapp. 


#2 – Akaun Instagram Di “Private” kan

Jika anda adalah peniaga/owner produk, menjadikan akaun Instagram anda ‘private’ memang tindakan yang ‘kurang bijak’ kerana anda akan kehilangan ramai Follower. Bua tapa nak follow kalua mereka tidak tahu akaun IG anda untuk apa atau menjual apa?

5 Kesilapan Yang Selalu Owner Bisnes Lakukan Dalam Instagram Marketing


Akaun Instagram yang personel, bolehlah anda buat begitu tapi jika akaun IG itu untuk perniagaan, sepatutnya boleh diakses tanpa sekatan! Lebih banyak followers, lebih banyak like dan share anda akan dapat.


#3 – Tidak Respon Pada Komen 

Dalam bisnes, hubungan anda dengan pelanggan adalah no. 1 ! membina hubungan baik, kepercayaan, keyakinan dan rasa selesa audience amat penting..cara mudah untuk membina semua ini adalah dengan membalas setiap komen yang diajukan..


#4 – Hastag Tidak Sesuai atau Relevan

Ramai owner bisnes kurang mengambil perhatian tentang penggunaan hastag ini. Ada yang ‘main hentam’ je letak sesuka hati hastag yang tidak relevan langsung dengan gambar dan produk yang diiklankan. 

Jangan sesekali gunakan hastag yang tiada kaitan dengan bisnes anda. Anda digalkkan guna hastag yang related dengan bisnes anda, sentiasa peka dengan niche dan keywords anda.

Contohnya: Jika anda jual produk Shaklee, jelas sekali hastag untuk #shaklee #vitaminc atau nama produk tersebut

5 Kesilapan Yang Selalu Owner Bisnes Lakukan Dalam Instagram Marketing


Instagram sekarang membolehkan anda meletakkan #hastag sebanyak 30. Lebih banyak hastag, lebih tinggi kadar interaction yang anda akan dapat.


#5 – Duplicate Gambar atau Gambar Kurang Kualiti

Elakkan menggunakan gambar yang berulangkali digunakan. Follower anda mungkin akan merasa bosan dan unfollow IG anda nanti. Gunakan apps yang boleh digunakan untuk edit gambar yang diambil, kerana terdapat banyak apps yang percuma anda boleh guna.

5 Kesilapan Yang Selalu Owner Bisnes Lakukan Dalam Instagram Marketing


Selain itu, gunakan kepakaran anda edit gambar tersebut supaya lebih Nampak “hidup” dan memukau audience nanti.

Oleh itu, anda sebagai owner produk seharusnya mempelajari cara meningkat Follower dan Lonjakkan jualan di Instagram! Kami syorkan anda membaca dan mendapatkan Ebook Panduan Tingkatkan Follower & Letupkan Jualan Di Instagram ini..




Atau Klik Sini << Khas Untuk Anda Yang Mahu Berniaga Di Instagram

Semoga membantu!

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search