Wednesday, 3 October 2018

author photo
4 Tip Pemasaran Tanpa Modal Besar. Bila sudah buat perniagaan banyak startegi yang harus dirancang untuk memastikan kemajuan dan keutuhan bisnes. Tanpa menjalankan sebarang strategi perniagaan pun tidak akan dapat berkembang apatah lagi dengan produk atau servis yang ditawarkan. Salah satu yang utama ialah strategi pemasaran. Strategi pemasaran merupakan proses perancangan berterusan yang melibatkan bagaimana produk, harga, promosi dan pengedaran digunakan bagi mencapai objektif dan matlamat organisasi. Pandangan skeptikal sering mengatakan bahawa untuk melakukan pemasaran memerlukan kos yang banyak. Sebenarnya tanpa modal yang besar juga pemasaran yang efektif boleh dilaksanakan.

Ikuti panduan berguna ini dan dapatkan inspirasi daripadanya...


#1 Platform Media Sosial

4 Tip Pemasaran Tanpa Modal Besar

Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest antara medium socmed yang boleh digunakan untuk membuat pemasaran. Kewujudan sosial media seharusnya dimanfaatkan sebaiknya oleh usahawan. Apa yang boleh dilakukan melalui medium media sosial ini ialah sebagai usahawan perlu cipta hubungan antara pelanggan dan perniagaan.


Untuk mencapai hubungan di antara pelanggan dan bisnes perlulah wujudkan “engagement”. Pentingnya engagement ini agar adanya interaksi pelanggan terhadap perniagaan itu di dalam media sosial. Media sosial bukan sebagai medium interkasi sosial sahaja sebaliknya boleh dijadikan media jualan jika kena dengan caranya.


#2 Kukuhkan Jenama

4 Tip Pemasaran Tanpa Modal Besar

Jenama syarikat serta produk atau perkhidmatan yang sudah stabil tetap perlu melakukan pemasaran namun boleh dilakukan dalam skala kecil tanpa modal besar. Bila sudah ada nama besar, produk terkenal maka tidak susah untuk buat pemasaran. Jenama yang telah kukuh memberikan kelebihan dan pemasaran hanyalah usaha tambahan.


#3 Jaga “Networking”

4 Tip Pemasaran Tanpa Modal Besar

Jaringan dengan pelanggan harus di jaga. Penting untuk mencari pelanggan baru tetapi perlu juga kekalkan pelanggan lama atau sedia ada. Ini kerana pelanggan sedia ada mempunyai prospek lebih tinggi untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda kerana mereka sudah umum tentangnya dengan melakukan pembelian.

Cara untuk kekalkan networking ini adalah dengan kerap melakukan follow up dengan mereka. Tanyakan maklum balas mereka tentang pengalaman penggunaan. Dengan ini maklum balas untuk penambahbaikan juga boleh dilakukan. Malah, bila kita jaga networking dengan pelanggan kan mudah jika ada pelancaran produk baru atau yang berkaitan. Pelanggan yang setia akan kembali kepada kita untuk dapatkan produk atau servis.


#4 Search Engine Operation (SEO)

4 Tip Pemasaran Tanpa Modal Besar

SEO sebagai enjin carian teknik pemasaran yang baik juga. Disebabkan perniagaan ini satu persaingan dan usahawan lain juga menjual produk dan menawarkan servis yang sama maka perlulah dibuat kelainan. Lakukannya dengan meletakkan laman web anda di carian yang tertinggi atau teratas.

Bagi mencapai matlamat tersebut perlulah gunakan kata kunci atau keyword search yang unik agar mudah website kita diletakkan pada carian nombor satu. Dengan SEO teratas ini lebih mudahlah pemasaran kerana produk anda lebih senang dijangkau oleh pelanggan.

Dalam menjalankan bisnes tidak boleh ada alasan. Kena cari jalan juga untuk kembangkan dan majukan perniagaan yang telah dibina. Jika modal kecil tidak bermaksud tidak boleh lakukan sebarang perancangan seperti pemasaran. Buat mengikut kemampuan.

Sumber: majalahniaga.com


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement