-->

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia

- September 02, 2018
Jual Barang Online Melalui Shopee Malaysia. Sejak beberapa tahun ini, budaya berbelanja secara atas talian semakin menjadi pilihan rata-rata pembeli. Beli online bukan saja jimatkan duit, malah menjimatkan masa dan tenaga ke pasaraya atau kedai-kedai. Dengan membeli secara online, duduk rumah tunggu ja barang tu sampai depan rumah.

Sebagai pembeli, laman web e-commerce seperti Lazada, Zalora, 11street tu memang biasa sangat kita buka. Apatah lagi dimasa perayaan hampir tiba, promosi potongan harga memang benar-benar menguggat nafsu berbelanja hehe..

Selain laman web diatas, apa lagi yang best?

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia

Nama Shopee bukan lagi asing bagi kita. Kebanyakkan peniaga online semakin rancak berniaga online di Shopee kerana sistem pengurusan jualan yang teratur dan selamat.

Pernah dengar atau pernah tak jual barang di Mudah.my? Menjual di Shopee lebih kurang caranya menjual di Mudah cuma urusan jual beli dilakukan dengan cara yang berbeza.


Berniaga Di Mudah.My

1. Daftar akaun Mudah.my
2. Jual Produk (upload gambar, maklumat, harga)
3. Publish produk secara percuma selama 3 bulan
4. Urusan jual beli/pembayaran dilakukan diluar (bukan didalam laman web Mudah)
5. Selepas 3 bulan, iklan produk automatik akan dipadam.


Berniaga Di Shopee Malaysia

1. Daftar akaun Shopee
2. Jual Produk (upload gambar, detail produk, harga, kiraan stok, cara penghantaran)
3. Publish Produk tanpa had masa, selagi anda tak delete selagi itu ada dalam laman web berkenaan (kecuali dipadam)
4. Urusan jual beli/pembayaran dilakukan didalam laman web Shopee (online banking,kredit kad, debit kad, FPX dan sebagainya)
5. Produk sampai kepada pelanggan anda, barulah pembayaran akan disahkan dan dikreditkan ke akaun bank anda.


Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia?

Menjual di Shopee adalah percuma!

Jika anda peniaga pakaian bayi, jual tudung, jual produk kecantikan, produk kesihatan, jual buku, alatan elektronik dan sebagainya. Anda harus memilih Shopee kerana sistem jual beli yang selamat dan terkawal.


Cara Mudah Jual Produk Di Shopee 

Perkara asas yang perlu anda sediakan adalah:-

1. Komputer/Laptop
2. Internet - Broadband, Unifi, Streamyx atau sbgnya
3. Email 
4. Akaun Bank

Jika semua ada, kami akan terangkan langkah demi langkah memasukkan produk jualan di Shopee..

Langkah 1: Daftar akaun percuma di Shopee - Klik sini

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia

Langkah 2: Ambil gambar produk dengan klik button ''Camera''. Pilih gambar dalam Album/Gallery telefon dengan klik Photos Album. Gambar boleh diedit secara terus melalaui aplikasi ini. Menariknya, anda juga boleh import photo daripada akaun Instagram dan masukkan di Shopee.

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia


Langkah 3: Masukkan maklumat produk seperti Category, Price, Variation, Weight, Shipping Fee dan Days to ship. Jangan lupa masukkan # atau hastag untuk produk tersebut. Kemudian, klik tanda ''right'' (Android) atau ''Submit'' (iOS). Produk anda sudah tersenarai dalam Shopee. 

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia

Bagaimana Jual Barang Di Shopee Malaysia


Langkah 4: Tunggu order masuk, dan poskan barang kepada pelanggan anda. Pelanggan terima barang, Shopee akan release payment kepada anda!


Mudah ja kan?

Susah nak faham? ada panduan yang lagi detail dalam Ebook Rahsia Shopee ini...




Semoga bermanfaat.


Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search