Tuesday, 4 September 2018

author photo
Ramai betul orang berniaga di media sosial sekarang ni kan. Seperti yang kita sedia maklum media sosial ni satu medium untuk kita bersosial, berkomunikasi, berkenalan, berkongsi dan sebagainya. Yang pastinya, ia bukan tempat untuk berniaga dan beriklan. Tapi, peluang yang wujud untuk mengaplikasikan media sosial sebagai medan untuk perniagaan memang amat luas.

13 Kesalahan Berniaga Online Di Media Sosial

Antara media sosial yang menjadi pilihan peniaga ialah Facebook, Instagram, Blog dan lain-lain lagi.

Memang seronok berniaga secara online, senang dan mudah. Tapi tahukah anda ada beberapa kesalahan yang selalu peniaga lakukan. 

Mari kita selam lebih dalam lagi apa kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga yang berniaga di media sosial.


1. BERNIAGA TANPA ILMU DAN PERANCANGAN

Bila anda berniaga di media sosial, yang paling penting anda kena ada ilmu yang betul, jangan main hentam mak bedah jer. Boleh tanya pada peniaga lain yang sudah berpengalaman.

Buat research tentang produk, sesuai ke tak dengan pelanggan sasaran, kenapa mereka perlu beli, cara betul buat ayat iklan. Jangan main tiru je tengok orang lain jual kau pun nak jual juga la.

Rancang masa yang sesuai bila nak buat promosi, bukannya post gambar produk je setiap jam. Sekali sekala post la tips, ayat motivasi atau buat cerita yang beremosi tangkap dalam punya.


2. JUAL TERLALU BANYAK PRODUK

Jual hanya 1 atau 2 produk sahaja, ni ramai yang buat silap. Semua barang dia nak jual, dah macam kedai runcit. Kebanyakkan yang berjaya hanya menjual 1 produk sahaja.

Bila banyak-banyak barang yang anda jual, anda akan hilang fokus, kelam-kabut, orang tanya lain kau jawab lain. Yang penting anda perlu fokus dan konsisten.


3. TERLEBIH BERIKLAN DAN PROMOSI

Media sosial ni tempat untuk bersosial, bukannya untuk mengiklankan produk anda. Bila buka sahaja Facebook atau Instagram, penuh dengan gambar-gambar produk. Semak semak..!

Sakit mata tengok. Setiap masa upload gambar produk, rasa nak unfriend pun ada, betul tak.!!

Tapi tak salah, bila anda ada bisnes, tak guna media sosial untuk promosi barangan adalah satu kesilapan juga. Cuma jangan berlebihan beriklan, selitkan perkara-perkara yang memberi manfaat pada rakan-rakan anda.


4. TAK BINA PERSONAL BRANDING

Anda terus menjual tetapi anda tak bina personal branding. Siapakah anda?

Pelanggan perlu tahu siapakah anda? Apa kelebihan anda? Apa perniagaan yang anda jalankan?

Personal branding adalah satu kaedah membangunkan diri anda atau mempromosikan diri anda.

Dari situ akan terbina kepercayaan, rasa hormat, dan diminati ramai.


5. TAK TAHU COPYWRITING ATAU STORYTELLING

Sebagai peniaga online anda perlu tahu dan belajar apa itu copywriting dan storytelling.

Jangan hanya upload gambar dan terus bagi details harga bagai. Memang nampak seperti iklan dan terdesak untuk dapatkan jualan. Kena ingat ye di media sosial orang tak suka sangat tengok iklan.


Anda perlu tahu cara menulis dengan baik, bercerita dengan penuh emosi dan mampu menarik minat pelanggan anda untuk membaca.

Dengan copywritng yang baik, pelanggan anda akan tersentuh atau kena dengan dirinya. Dari situ akan timbul minat ingin lebih tahu dan seterusnya membuat pembelian.


6. KURANG KOMUNIKASI

Satu kesilapan yang terbesar yang selalu dilakukan oleh peniaga ialah kurang berkomunikasi dengan pelanggan lain.

Jika ada Pm atau pertanyaan, anda terus bagi details dan siap no akaun. Relax der, borak-borak la sikit anggap mereka berada di depan mata kita.

Dengan berinteraksi promosi anda nampak hidup dan anda membina kepercayaan dalam diri orang lain.

Sesiapa pun memang tak suka berinteraksi dengan orang yang sombong atau kurang layanan.

Selalu lah juga komen post dan like page orang lain. Baru orang nampak dan suka dengan anda.


7. TIDAK FOKUS 

Anda harus fokus bila mempromosikan produk anda di media sosial. Jangan terlalu menjual banyak barang, nanti hilang fokus.

Fokus juga pada cara atau strategi nak promosi barang ke lebih rangkaian media sosial yang lain.

Ingat, promosi hanya kepada yang berminat. Jangan buang masa kat orang yang memangnya tidak berminat.


8. CAMPUR ADUK AKAUN PERIBADI DENGAN PERNIAGAAN

Yang ni ramai buat silap, terutama di facebook. Main campur aduk je tentang peribadi dan pernigaan.

Kucing berak merata pun kau nak cerita dalam facebook. Mak mertua datang nak masak apa ni, itu pun cerita. Pastu kau post tentang produk kau jual. Ape ke hal, nampak berserabut tak..!!


Anda sebagai peniaga, seharusnya buat satu page khusus untuk berniaga. Baru senang pelanggan nak cari barangan yang anda jual. Nampak profesional la sikit, tak la bercampur aduk sana sini.

Kalau guna Instagram boleh buat 1 lagi akaun untuk perniagaan.


9. SALAH GUNA HASHTAG

Ramai peniaga menyalahgunakan #hashtag dalam perniagaan mereka. Ada yang ambil kesempatan dengan menggunakan hashtag yang popular atau trending.

Contohnya anda berniaga perfume, tapi anda gunakan hashtag #jangancakapabangtakpayung atau lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan produk anda jual.


Tolong guna hashtag yang berkaitan dengan perniagaan dan produk yang anda jual. Bukan payah mana pun kan.


10. AKAUN MEDIA SOSIAL ANDA PRIVATE ATAU TIDAK PUBLIC

Disini jangan menyusahkan pelanggan anda untuk berhubung dengan anda.

Sebagai peniaga online perlu bagi orang luar nampak bukan hanya sekadar kawan-kawan anda sahaja.


11. TIADA TARGET AUDIENS

Anda perlu tahu produk yang anda jual dan siapa yang perlu beli dari anda. Kena belajar dan  buat kajian sikit.

Anda perlu tahu tempat tinggal mereka, umur, masalah dan minat mereka supaya senang untuk anda mempromosikan produk anda.


12. LAMBAT BALAS PM

Paling lewat pun dalam tempoh 24 jam. Jangan la sampai berhari-hari baru nak balas. Nak berniaga online kena jaga sistem.

Pelanggan tak suka menuggu lama dan akhirnya bertukar kepada peniaga lain.


13. SPAM IKLAN

Spam adalah satu kesalahan dalam perniagaan online.

Contohnya mempromosikan perniagaan anda di facebook page orang lain dengan meletakkannya diruang komen.

Satu tindakan yang tidak beretika dan mampu menjatuhkan kredibiliti anda.


Kesimpulan

Sebagai peniaga, anda gunakanlah media sosial sebaik mungkin. Anda harus pandai menggunakan elemen positif untuk membina kepercayaan untuk orang lain mengenali anda. Semoga bermanfaat pada anda semua.

Semoga bermanfaat.


This post have 0 komen


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

wholesaledeals UK Wholesale Directory