-->

Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Paling Lengkap

- July 25, 2018
Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Paling Lengkap. Dalam setiap urusan besar yang melibatkan wang dan harta benda kita kenalah sentiasa berjaga-jaga. Jangan nanti sudah terhantuk, baru tengadah.

Hari ni kami nak share contoh surat perjanjian jual beli yang kami buat supaya tiada pihak yang teraniaya. Isi surat tidak semestinya sama dan korang juga boleh tambah apa yang patut dalam perjanjian tu. Asalkan kedua-dua setuju dan ada tandatangan, surat tu akan sah secara automatik. Nak best lagi boleh pi Pesuruhjaya sumpah mintak diorang cop. Kenalah bayar sikit. Tak silap dalam RM10 setem duti.

Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Paling Lengkap

Ok, tak mau citer panjang lebar. Sila baca contoh surat perjanjian jual beli di bawah. Isikan tempat kosong dengan perkataan-perkataan korang yang relevan. 

Sebelum tu, sila sediakan apa yang patut seperti dibawah ni:-

Penjual - Salinan Kad Pengenalan dan Geran Kad Kereta

Pembeli - Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Lesen Memandu

Dah tu sila ambil kertas dan pen atau kalau tulisan macam cakar ayam tu bolehlah taip kat komputer dan print jer. Tak le pening membacanya nanti...

Berikut adalah contoh surat perjanjian sambung bayar kereta yang mudah untuk anda copy & paste..



SURAT PERJANJIAN

Bahawasanya pada hari ini bertarikh ................. satu perjanjian telah dibuat di antara ................... (nama pembeli) K/P ................. di alamat ................................ selepas ini dipanggil "pihak pertama" dengan ................ (nama pembeli) K/P ................ di alamat ......................... selepas ini dipanggil "pihak kedua".


ISI PERJANJIAN

1. Tujuan perjanjian ini dibuat adalah untuk menjual sebuah kenderaan ................ (model kereta) ........ cc, no. pendaftaran ............... (no plat kereta) oleh pihak pertama kepada pihak kedua dengan harga RM................ tunai.(then tulis pulak dalam ayat pulak supaya lebih jelas)

2. Semua kos pindah milik nama kenderaan ini adalah tanggungjawab pihak kedua, tidak melibatkan pihak pertama.

3. Dalam tempoh proses pindahmilik, sekiranya berlaku sebarang masalah adalah menjadi tanggungjawab pihak kedua tiada kena mengena dengan pihak pertama.

4. Insurans kenderaan ini akan dipindahkan (NCB) kepada kenderaan baru pihak pertama. Oleh itu,  pihak pertama tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah.

5. Kenderaan ini akan diserahkan kepada pihak kedua setelah pihak pertama menerima kenderaan baru pada ..................... seperti yang telah dijanjikan pengedar.

6. Deposit sebanyak RM.................... (tuliskan perkataan juga) akan dihangus sekiranya pihak kedua memungkiri janji yang telah dibuat.

7. Baki bayaran akan dibayar tunai dalam ........ kali oleh pihak kedua kepada pihak pertama sehingga yang terakhir dibayar pada hari penyerahan kereta.

8. Selepas tandatangan perjanjian ini, termeterailah semua perkara di atas. 


Sekian, terima kasih.


Nama Penjual :                                                                   Nama Pembeli:
No K/P           :                                                                   No K/P:
(pihak pertama)                                                                  (pihak kedua)


Disaksikan oleh:

                                                     
Nama Saksi:
No K/P:

*Boleh tambah atau buang mana2 isi perjanjian berdasarkan keadaan semasa. Tapi yang penting kena ada kepala surat perjanjian, isi no.1, no. 8 dan 3 tandatangan tu. Isi tengah2 tu boleh ditokok tambah.


Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Paling Lengkap

Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Paling Lengkap

Jika anda memerlukan format yang lebih lengkap dan teratur, kami cadangkan anda dapatkan Ebook Panduan Menulis Surat Perjanjian Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan ini - Klik Sini

--> http://bit.ly/SambungBayarKereta
--> http://bit.ly/SambungBayarKereta

Semoga membantu.

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search