-->

10 Produk Borong China Laku Ketika Bulan Puasa

- May 15, 2018
10 Produk Borong China Laku Ketika Bulan Puasa. Hari ini adalah masa nak tengok anak bulan. Maknanya, bulan puasa akan bermula beberapa hari lagi. Bulan puasa dah makin dekat, maknanya Raya Puasa pun tak lama lagi akan menjelang tiba. 

Bagi anda yang mungkin sedang mencari-cari idea untuk menjana duit extra sikit, bolehlah menambah modal belanja untuk hari raya nanti.

Nak tambah extra duit bukan mudah, sebab itu anda perlu tahu produk apa yang HOT SELLING ketika ini. Disini, kami kongsikan dengan anda 8 produk yang lazimnya menjadi carian paling popular menjelang raya puasa atau aidilfitri.


Produk 1 -  Langsir


Kalau raya dulu tukar perabot, tukar cabinet TV, tukar TV kan? Sekarang bila musim ‘duit ketat’ sikit. So, ramai orang akan pertimbangkan tukar benda yang murah sedikit seperti langsir, sarung sofa atau alas lantai (karpet). Berbelanja sikit tapi rumah tetap nampak cantik dan menarik.


Produk 2- Beg Tangan Wanita


Wanita dan beg tangan tak akan dapat dipisahkan. Situlah dompet, situlah kunci kereta, alat kosmetik dan handphone. Kalau baju dah buat kat kedai jahit, beg tangan mesti beli juga. Di china, banyak je beg tangan wanita yang murah berbanding beg sama dijual di Malaysia.


Produk 3 – Kasut


Banyak je menjual kasut ni tapi kalau nak buat meniaga borong dari China boleh kaut untung lebih. Time raya ni baju mesti buat kat tailor, songkok memang taka da lah kalau beli dari China. Jadi, kasut memang mudah nak dapat.


Produk 4 – Phone Casing


Produk ni paling kerap orang nak tukar. Kalau tukar phone mungkin lama nak tunggu bajet tapi casing anytime je boleh tukar. Sebab tu kalau jual yang corak dan design menarik mesti orang akan beli. Borong dari China dan juallah di Malaysia.


Produk 5 – Bekas Kuih (Plastik/Kaca)


Time puasa dan raya ni pasti ramai yang nak buat dan jual kuih raya. Kalau tahu lubuk mana nak beli bekas kuih ni, berlambak jual di China. Anda hanya perlu borong dan jual dengan peniaga kuih muih raya ni. Mudah buat bisnes..hehe


Produk 6 – Aksesori Tudung (Keronsang/Pin)


Hari raya nanti pasti ramai akan beli baju baru, tudung baru. Beli baru tak kan lah pakai balik pin dan aksesori lama kan? Untuk matching kan baju dan keronsang anda tak perlukan yang mahal-mahal. Sebabnya, di China boleh je borong pin dan keronsang ni.


Produk 7 – Inflatable Car Seat Bed


Raya ni ramai yang akan balik kampong. Perjalanan jauh mungkin memenatkan anda. Budak-budak kadang-kadang bising tak dapat tidur dalam kereta. Kalau ada Inflatable Car Seat macam ni, selesa lah sikit budak-budak nak tidur nanti. Di China, semua aksesori untuk car seat ni ada dijual. Beli lah, jual balik pun boleh!


Produk 8 – Selfie Tripod/Stick


Raya nanti, jumpa keluarga di kampong. Jumpa kawan-kawan, melawat saudara mara dan jiran-jiran. Selfie itu memang wajib nak buat. Kalau ramai-ramai, kita wefie lah hehe..kalau beli di kedai mesti mahal. Jadi anda boleh beli murah dari China dan jual benda ni dengan harga yang berpatutan!


Produk 9 - Tudung


Tudung merupakan kelengkapan wajib bagi seorang wanita muslimah. Bukan saja dimasa Raya Aidilfitri wanita suka membeli tudung tetapi boleh dikatakan sepanjang masa. Tudung yang cantik dan warna yang menarik pasti menjadi pilihan wanita. Di China juga ada dijual tudung yang harga dia memang murah. Cuba tengok di www.1688.com atau Taobao.com, tudung dengan harga murah boleh dibeli borong dan dijual di Malaysia. Jimat dan menguntungkan!


Produk 10 - Kosmetik

10 Produk Borong China Laku Ketika Bulan Puasa

Ya, wanita memang perlukan make-up dan produk kecantikan untuk penjagaan seri wajah mereka. Lebih-lebih lagi dimasa Raya nanti mesti meletup jualannya. Produk dari China pun boleh tahan banyaknya. Cuma pilih yang betul-betul sesuai dan mempunyai kelulusan daripada agensi berkaitan. 

Tak faham Bahasa Cina tak menjadi masalah, kerana kami ada panduan untuk Borong Produk Dari China samada di Taobao atau 1688.



Panduan Borong China – Klik Sini

Ambil peluang jana duit extra di masa Bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa nanti. Semoga berjaya!

Nota: Mahu buat website Kedai Online serendah RM32.50 sebulan? buat kedai online anda sekarang di EasyStore Malaysia.

Nak dapatkan lebih info tentang PANDUAN BORONG CHINA? join chanel telegram dibawah ni..

Join Chanel Telegram :  https://t.me/Rahsia1688



Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search